Get your own Digital Clock

Isnin, 31 Oktober 2011

Mengigau.....tak tau aper yg dia nampak

Aku perasan.. dah nak msk beberapa kali dah anak aku yg ke-2 nie. Klu terkejut dari tidur mesti dia mengigau. Gelagatnya seperti nampak sesuatu...., berdebar jugak aku masa pertama kali tu. Bila masuk kali ke-2, ke-3 dan seterusnya, aku dah relax sikit. Konon-konon boleh bacalah aper akan terjadi seterusnya. Bila jadi mcm nie..ingat satu jer..tawakal pada Allah. Insyaallah selamat. Amin.

Isnin, 24 Oktober 2011

LuLuR sAtU BAdaN


Susah jugak ya..nak dapatkan daun Mambu nie ya.
Usaha kami berhasil setelah daun Mambu nie, kami perolehi dari seorang lelaki India. Pokok nie, tumbuh kat depan umah dia...
Alhamdulillah, lega rasanya. Bukan apa, Satu malam aniq tak tido, mengeluh sakit, gatal semua adalah.
Pening aku dibuatnya..
Jadi pagi2 sabtu..kami dah keluar umah cari daun Mambu nie...
Org tua2 kata daun nie, elok dibuat
mandi dan sapu buat mcm bedak sejuk..


tarraaa.....


Budak nie..memang tak tahan sakit. Aku lumur badan dia
dengan
bedak sejuk + daun Mambu
pun dia kata sakit. Sakit jiwa aku. SabarrRR!!! jelah

Tapi oklah semenjak aku mandikan dan lumurkan dengan daun tu, dengan izin Allah kuranglah dia merengek. Berasap telinga aku bila dia menangis mcm budak kecik. Manja sangat...kalah adik dia. Klu aku ckp mcm tu kat dia..pandai pulak marah aku balik. Anak..anak


Khamis, 20 Oktober 2011

bukan rezeki aku...

Pagi nie, k.lela ada bwk bubur kacang durian ngan roti, aiza pulak bawak pisang tanduk goreng dan k. norhaniza bwk bingka biskut bestnya....tapi aku tak dpt nak join sbb apa????
sbb aku poser ari nie.....lain kali bawak lg yer..kwn2 semua. Cian kat aku.

Rabu, 19 Oktober 2011

"Chicken Pox"



Lepas Adik, sekarang... Abgnya pulak. Leburlah cuti aku dan dia demi anak2. Cuti...cuti...nasib baiklah aku dan dia boleh berselang-seli ambil cuti. Taklah kerja2 kat office tu pending lama sangat. Seronoklah rakan2 seperjuangan aku, bila dapat tahu aku nak cuti nie. Tak perlah kwn2 demi anak2 aku korbankan (poyo..jerk). Sebenarnya kita org kat office nie, bersaing saper cuti paling sikit dan saper cuti paling banyak. Taklah semua terlibat. Hanya setinggan garden jerk...seronok??? persaingan secara sihat. Jadi tak derlah saper2 nak atau sajer2 cuti tanpa sebab yang kronik. HAhhahaa!!!!


Selasa, 18 Oktober 2011

tak..pasal2 aku jd mangsa!!

cerita lawak nie, baru kejap tadi berlakunya, geli hati aku bila mengenangnya. Haaa..tulah!! tak pasal2 aku jd mangsa keadaan. Hahahaha!!!!

kata pepatah utk kwn aku tu...

" siang-siang pandang2, malam-malam dengar-dengar"


cian kau....

Isnin, 17 Oktober 2011

Cuba buat kek lak...


Semalam aku try buat kek oren blender nie, boleh dikatakan jadilah cuma terlebih lama pulak aku membakarnya. Jadi keraknya terlebihlah sikit....hahaha.


tengah nak kembang

dah sejuk

sedia dimakan "Kek Oren Blender-

Memang senang nak buatnya, blender jer.....conform jadilah!!!


Rabu, 12 Oktober 2011

Buat jgn tak buat, conform jadi kwn2 !!!!!


Resepi Bingka Roti

Bahan-bahannya:-

1.   7 - 9 keping roti (ikut suka) 
2.   1 cawan tepung gandum
3.   2 cawan santan (guna santan kotak jer..1/2 cwn santannya
       dan 1 1/2cwn lg air) ikut suka nak lemak atau tak....
4.   3/4 cawan gula
5.   3 biji telur
6.   2 sudu esen vanilla
7.   1 sudu kecil garam
8.   kismis (hiasan) tak letak pun tak per (klu letak lg sedap)
9.   2 sudu marjerin untuk disapu kat loyang


Caranya:-

Mula2 ambik blender, masukkan telur, santan, gula, garam dan tepung. Pastu blender sampai sebati dan hingga gula hancur (tak hancur sangat pun tak per). Ambik bekas, cth dlm gambar tu kan...tuang bahan2 yg telah diblender tadi tu. Pastu, potong2 dadu atau siat2kan roti tadi tu. Masukkan dlm bahan2 tadi tu. Kacau2 kan dia sampai roti kembang dan meresap bhn2 tadi tu. Masa nie bolehlah masukkan esen vanilla tadi tu. kacau dan kacau sampai kita puas hati. Cth dlm gambar tulah. Pastu...lenserkan loyang dgn majerin, sebelum tu bolehlah panaskan oven dlm 170 darjah celcius. ha...sementara oven nak panas bolehlah tuangkan adunan tadi ke dlm loyang. Klu nak letak kismis, kita masukkan adunan tadi selapis demi selapis dlm 3 kali lapis. Hahaha..paham tak (buat2 paham jerlah). Bila dah beres...gie tengok oven dah panas ke belum, klu dah panas bolehlah dibakar selama 1 jam (api atas bawah). Dlm tempoh setengah jam tu, cuba intai klu bahagian atas tu warna dia dah ok. Tukarlah kepada api bawah sahaja.(takut belah atas tu hitam sgt pulak). Kita tambah 1/2 lg utk api bawah. Bermakna api atas bawah 1/2 jam dan api bawah 1 jam (klu naklah) klu ikut resepi asal, dia ckp 1 jam jer (pandai2 jerk..hahaha!!!). Dah..siap (boleh dimakan bila dah sejuk. Insyaallah mesti jadi.....amin. Slmt mencuba kwn2.


Selasa, 11 Oktober 2011

Lagi dan lagi...

Semalam aku plan nak buat bingka pandan utk kwn2ku. Tapi mengenangkan daun pandan tak der dan malas nak mencari. Jadi aku tukar plan dari bingka pandan ke bingka roti, sbb first time aku buat ari tu mcm tak berapa nak jadi. Kali nie aku harap jadilah... Taraaa!!! akhirnya...jadi seperti yang aku nak. Alhamdullillah....


Step 1
Step 2
Step 3
Hasilnya....

Bingka ROTI

Isnin, 10 Oktober 2011

Hari pertama ganti poser..

Hari nie, dengan izinNya dan izin suami... aku dah start ganti poser utk tahun 2011 nie. Sajer start awal, nak berubah sikit supaya ada tambahbaikan dalam diri aku nie (kesedaran). Pelan2 kayuh, tak derlah bila nak sampai Ramadhan seterusnya...pulun poser. Insyaallah...aku akan bertahan utk berposer pd hari Isnin dan Khamis sampai selesai. Insyaallah..........

Hobi baru...."membingka"




Bingka Pandan

Bingka pandan nie, aku try buat Jumaat malam ari tu.. utk yg ke-2 kalinya. Alhamdulillah menjadi....diantara banyak2 bingka yang aku buat, bingka pandan adalah bingka kegemaran suamiku. Oklah tu..pas nie bolehlah buat lg. Saper2 nak cuba bolehlah!! conform jd. Senang gila membuatnya, cuma blend semua bahan dan terus bakar.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Seronoknya.....bila dicuba menjadi


Kuih nie..aku cuba buat masa jamuan makan2 kat Office baru. Seronok...kan bila kita buat menjadi...terima kasih kepada yang empunya resepi.



 Bingka Jagung

Bingka nie pulak aku buat selasa malam, sarapan untuk aku dan dia dipagi rabu.



 Bingka Pisang

Selasa, 4 Oktober 2011

7 tahun sudah.....

hai...semua, dah lama tak bersiarankan. Beku otak aku, bila memikirkan apa nak tulis. Lama sangat tak update. Nak citer lebih2 karang tak syok jugak. Nak citer yang sedang2 ajer tu, yg susah nak tulis nie.

Sebenarnya aku sedang memikio, tak sangka aku dan dia sudah 7 tahun (01 Oktober 2011)  bersama. begitu pantas masa berlalu dan meninggalkan kami....kih!!kih!! cewah (poyoros). Mcm-mcm yang kami ciptakan dan impikan telah terlaksana dengan izinNya. Alhamdulillah...aku bersyukur sangat, Ya..Allah, Kau telah memperkenankan doa-doa aku dan dia. Namun begitu....aku tidak akan berhenti disini, aku akan tetap ingat dan akan terus berdoa. Amin.....