Get your own Digital Clock

Jumaat, 30 Disember 2011

tersentuh dan terkesima aku

Tersentuh hati aku apabila Ustaz Don menceritakan bab2 ibubapa dan bagaimana nak membesarkan anak2. Hari niekan rehat panjang, jadi aku luangkan masa nengok segmen Ustaz Don di You tube. Tersentak sekejap aku, mendengarkan kata2nya. Apa yang diceritakan semuanya berpandukan hadith dan Al-Quran.

Alhamdulillah, itu satu pengajaran dan pengisian buat aku sebagai ibu kepada anak2 aku sendiri. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan peliharalah keluargaku. Amin

Rabu, 28 Disember 2011

~ Apam Gula Hangus

Resepi Apam Gula Hangus nie aku salin dari K.Shidah. Ada sekali k. Shidah bawak Apam nie kat Office, bila rasa terus... jatuh cinta nak buat. Lebih2 lagi bahan-bahan yang diperlukan mudah dan senang disediakan. Tapi kalau ada penyakit "M" hinggap kat dlm diri. Tu yang selalu delay jer..hahaha!!!! biasalah tu. Aku pun selalu kena penyakit "M" nie. Tapi malam semalam terlebih rajin pulak.


Alhamdulillah ....cubaan pertama nie, menjadi. Seronok rasanya...

Jom tengok resepi "Apam Gula Hangus" nie:-

Bahan 1 (Gula Hangus)
- 1 atau 3/4 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas

Caranya:-
Masukkan gula pasir ke dalam periuk. Pastikan api yang digunakan sederhana besar, takut tak terkontrol bila gula tu nak menghangus. Silap2 jadi gula rentung pulak hehehe!!!!
Masa gula tu dah nak hangus dan warnanya dah nampak mcm keemasan bolehlah masukkan air panas tadi. Berhati2 ya takut terperecik kat tangan atau muka. Biar mendidih kejap utk pastikan gula larut. Pastu ketepikan.

Bahan 2
- 2 biji telur gred A (aku guna 3 biji sbb telur gred B)
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 11/2 cawan tepung gandum

Caranya:-
Masukkan telur dlm blender, putar sampai kembang. Pastu masukkan minyak putar lagi hingga sebati. Setelah itu masukkan susu, putar lagi. Eeemmm....letak soda bikarbonat, putar lagi. Ok, bolehlah tuangkan gula hangus tadi ke dalam blender tadi. Blender sikit, sampai agak sebati. Akhir sekali masukkan tepung. Putar lagi hingga adunan sebati. Dah siap....senangkan, hanya dengan blender jer.


beginilah rupanya bila semua bahan2 tadi diblender 

Sementara sibuk memblender tu, bolehlah panaskan kukusan ya. Gunalah loyang yang sesuai. Aku guna loyang bulat yang kecik jer...jadi adunannya tebal dan aku kukus selama 45 minit. Insyaallah klu kawan2 buat mesti jadi. (utk elakkan air kukusan jatuh atas apam, aku guna aluminium foil utk tutup permukaan loyang)

aku potong apam nie dalam pukul 11.10 mlm, sbb dah tak sabar nak rasa

*K.Shidah terima kasih kerana sudi share resepi nie. Hasilnya memang best....lembut, tak manis dan memang sedap. 



Selasa, 27 Disember 2011

perasa "mangga"

Kecoh betol anak aku yang sorang nie, mintak aku buatkan ais krim malaysia. Siap request nak ais krim perasa mangga, pastu..nak perasa tu dan nak perasa nie..^&^($#$#6. Macam oder kat kedai ais krim jerkan..tunjuk2 jer. Akhirnya...ais krim nie, dihasilkan oleh ayahnya yang tak berapa busy masa tu. Terima kasih awak...hehehe!!!.


Ais Krim Malaysia - Perisa Mangga

Tara..dah siap. Malam semalam dah selesai sebatang. Aku potong 2 bagi kat anak2 ku itu. Bukan nak jimat sangat tapi mengelakkan "batuk". Nanti saper yang susah...aku dan dia jugak. Dari merawat baik mencegah kan..kan..kan????


Jumaat, 23 Disember 2011

- Sekadar Kenyangkan Perut -

Petang semalam punyer citer........
on the way balik ke rumah perut nie, terasa lapar tapi tak ada selera. emmm!!! macam mana tu ya.
nak masak..mcm malas jer..jd sampai jer rumah, aku ternampak pisang emas tak berapa nak muda dan tak berapa nak masak. Hatiku berkata..nie klu rebus nie sodap jugak!! tanya org umah dia ckp tak nak. tak nak
sudah..

apalagi..aku ambik dlm 5 biji terus masuk dlm periuk dan rebus dlm 10 minit. Dah siap...

-
Pisang Rebus

setelah ditoskan

sedia untuk dimakan

Pisang rebus nie, aku biasa makan masa kecik2 dolu2. Anak aku pun baru semalam kenal dan makan pisang rebus nie. Sodapkan..anak2 ku. Lain kali kita rebus lg ya. Biasanya pisang rebus nie aku makan ngan gula..layan tu!!!!! tapi boleh jugak makan ngan madu. Trylah makan sedap..dan berkhasiat.


Khamis, 22 Disember 2011

Ujung tahun yang "Stress"


Sebelum nie, senarai tugas aku lebih kepada menjaga dokumen, surat dan fail. Tahun nie pulak tugas aku jaga bab2 kewangan bahagian sbbnya K.ita dah naik pangkat jadi "CC". Aku sebenarnya tak pernah rasa stress bila ujung tahun. Tapi disebabkan aku dah buat kerja2 kewangan nie, barulah aku tahu betapa stressnya kak ita bila ujung tahun. OOoooo!!! mcm nie rasanya. Ok jugak..adventure gitu. Banyaklah kau ina.

Esok hari last aku kena pastikan semua Lo aku dah diambil tindakan. Penat jugaklah aku mengejar pembekal dan pegawai dari awal bulan Disember lagi ari tu. Alhamdulillah, esok tinggal 3 jer lagi utk disahkan. Pastu aku cuma perlu tunggu dan update jer dari masa ke semasa.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Permudahkanlah Urusanku.'' Amin

Isnin, 12 Disember 2011

Kuih Lopes - Mak Mertuaku....



~Kuih Lopes~



Caranya:-
senang giler cuma klu malas tak boleh nak buat apalah..


Actually, aku plan nak cuba buat Sabtu hari tu tetapi disebabkan mak mertua aku nak datang tanpa disangka2. Aku dah pindahkan (Ahad) projek Kuih Lopes ini pada mak mertua aku..hahahaha (boleh gitu)- bertuah punya menantu.
Bila aku tengok mak mertua aku buat mcm senang jer...tup..tup dah siap
Mula-mula MM aku blend daun pandan, ambil jusnya utk dimasak dengan pulut. Macam masak nasi, tapi separuh masak jer. Guna api kecil takut hangit nanti. Hari tu aku beli pulut susu, tak payah rendam. Boleh terus masak jek. Pastu, layurkan daun pisang utk proses membungkus. Bungkuslah ikut suka nak besar ke, panjang ke, pendek ke???? mcm gambo kat bawah tu.
Dah selesai...
Bolehlah dikukus atau direbus. Ikut suka. Hari tu, mak aku suruh aku rebus tapi aku malas. Aku cakap "kukus jerlah mak senang sikit"
hehehe!!!!

Sebelum

selepas

Setelah 1/2 jam berlalu, bolehlah diangkat. Bila dah sejuk bolehlah dipotong dan disalut dengan parutan kelapa yang telah ditabur garam. Pastu..jgn lupa pulak sediakan air gula merah. Takkan nak makan cam gitu pulakkan. Ok!!! sedia dihidang..ambik kau sekali hadap jer sepinggan. Buat bukan main lamanya, bila bab makan tu tak sampai pun 20 minit. Licin...


Selasa, 6 Disember 2011

hari penyampaian sijil tadika aniq





Berakhirlah sudah pengajian aniq di tadikanya selama 2 tahun. Alhamdulillah selama dia kat situ, banyak yang telah dia pelajari dan praktikkan dalam kehidupan seharian. Terima kasih guru-guru yang telah banyak membantu mengajar anakku ini.

Tahun depan dah 7 tahun usia Aniq, anakku akan masuk alam persekolahan yang sebenar dan mencabar. Semoga anakku kuat mengharunginya. Amin.

Aniq!!! nie gambar sebagai kenangan Aniq masa hari penyampaian sijil dan persembahan pada hari Sabtu bersamaan 03 Disember 2011 hari tu ya.

sukerlah tu.....

masa nie, aniq tengah azan..konon mcm kat Gazalah nak pergi berjuang untuk mempertahankan Palestin ngan Israel

Part nie, sedang bertempur. Siapa yang pakai baju ala cay.ya..cay..ya tu, mewakili orang palestin. Klu pakai baju askar mewakili Israel. Kesudahannya Palestin menang.
Nie pulak, persembahan Aniq yang ke-2. Menari lagu Cayya..cayya..cayya..
Pandai anak ibu gelek. Cayalah....terbaik!!!!

Acara kemuncak...aniq dianugerahkan sijil tamat Taska..
Tahniah anak ibu.....



Jumaat, 2 Disember 2011

ada jamuan? syok you makan-makan...

pagi-pagi dah meriah kat bahagian aku nie, ada jamuan sikit utk kawan2. Bab makanan pulak, kakitangan yang sumbangkan sikit sorang termasuklah aku. Hik! hik! hik..pada aku lagi best macam tu, dah mosan makan masakan catering. OOoppp!!! jgn marah yer. Bukan...maksud aku masa nielah nak rasa air tangan kengkawan kan...kan..

meh tengok apa yang aku bawak utk kengkawan
-
-
-
-
-

Arca timun simple giler
(1)

Puding Roti
(2)

oklah...harap kengkawan enjoy!!!!! makan sampai kenyang ya




Khamis, 1 Disember 2011

bila nak settle nie!!!




Bengang aku semakin membengkak nie... Bayangkan aku tepon dari 21.11.2011 sehingga ke hari nie (aku tak tepon lagi). Bendanya simple jer..tu pun susah sangat ker???

emel jer kat aku..tak payah anto pun kesini. Bukannya kita nak mintak dia duit pun, tak taulah sistem kerja dia orang nie macam mana. bendanya sehelai kertas jer, pastu settle. Aku nak tengok hari nie, boleh settle tak. Tak taulah macam mana aku nak usahakan lagi. Harap-harap dapatlah apa yang aku nak tu!!!


* Semalam terima melalui pos dan emel tapi hampeh, salah figurelah pulak. Apalah diaorang nie. Benda kecik mcm tu pun boleh salah.