Get your own Digital Clock

Isnin, 24 Jun 2013

Sekolah Tutup..'Jerebu


Pagi nie, ingatkan lengang sbb aku keluar rumah awal. Rupa-rupanya sekolah tutup. Aku dapat tahu Sekolah tutup bila dah sampai depan pagar sekolah ya. Kebetulan pulak... semalam tak tengok TV pun. Nasib baik taska Aqil bukak..klu tidak kami bukak Taska dekat Officelah jawabnya hahaha!!!! Aniq dengan baju seragamnya...ikut ayahnya duduk office. Yang menariknya..library Kementerian ada buat tanyangan video utk sesi pagi dan petang sempena sekolah tutup nie. Ini mesti kes ramai ibubapa bawa anak ke Office. Alhamdulillah..tak derlah boring sangat Aniq. Adalah kawan..sambil2 tengok movie.


Gambar masa makan nasi tengahari tadi...


Isnin, 3 Jun 2013

Lawatan ke Pesta Buku Selangor 2013


Hari ini, aku menghabiskan masa di Pesta Buku Selangor 2013 dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Best jugak sekali-sekala tukar angin.. Kitaorang pergi ramai-ramai naik bas anjuran Library Kementerian. Aku tak beli buku, tapi aku beli SAIDINA utk Aniq. Dah puas pusing-pusing kat pesta tu, aku pergi pulak PKNS Shah Alam isi perut yang tak berapa lapar nie sambil tu aku cuci matalah...Ya Allah, mahalnya baju makan ratus. alamatnya pakat...tengok jerlah ya. Oklah...dah penat dan mengantuk gilerrr.......