Get your own Digital Clock

Rabu, 17 Ogos 2016

Roti Buatan Sendiri - Sentuhan Pertama Haha....


Sarapan Pagi Selasa - 16 Ogos


Try buat sosej pintal..

Taraaa....oklah kan. haha!!!

Banyak nie jer dapat untuk satu adunan

Tara...sedia dimakan

* Adunan dah ok, cuma tak gebu gebas sbb mungkin uli tak lama dan terbakar terlama. Haha...semuanya terrrr....boleh cuba lagi. Cayok!! cayok!!



Jumaat, 5 Ogos 2016

Cup Cake Coklat Moist


Buat untuk Pot Luck Sekolah Pagi Anak-anakku......Syawal Terakhir

Bahan-bahan:-

3 biji Telur (4 biji klu gred C)
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil Soda Bikarbonat
1 sudu kecil Baking Powder
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 penutup botol esen vanilla

caranya:-

- Masukkan telur dan gula, kacau sampai kembang. Masukkan susu pekat kacau hingga sebati.
- Masukkan serbuk koko, esen vanilla, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder kacau sebati.
- Masukkan minyak, kacau sebati dan masukkan air panas.
- Masukkan dalam cup kecik2.
- Kukus 15 minit.
- Siap



Sebelum

Selepas