Get your own Digital Clock

Rabu, 5 Oktober 2016

Apam Mekar - Air Tangan Anak-Anak



3.10.2016


Bahan2:-                                                  Cara:-


2 biji telur                                                 Pukul gula dan telur hingga kembang. Masukkan Ovellate
1 cawan gula                                           pukul hingga putih gebu. Masukkan esen kacau sebentar.
1 sudu teh ovellate                                  Tuangkan ais krim soda kacau rata dan lepas tu masukkan
1 sudu teh esen vanilla                            tepung, kacau rata. Bahagikan ikut warna kesukaan.
2 cawan tepung gandum                         Masukkan dalam paper cup dan kukus selama 10 minit.
1 cawan ais krim soda                             Siap..selamat mencuba In Shaa Allah jadi.
warna kesukaan







Aqil yang gigih


Kesian Aniq tak de gambarnya...klu dia tau conform tak puas hati kan...dik


Alhamdulillah...siap akhirnya


Cukuplah untuk bekal dan sarapan esok ya..






Cuti-cuti mandi sungai..



Check In di Ena's Place Janda Baik..






Jenis Tengas B (2 Bilik 2 Bilik Air)
1.10.2016 hingga 2.10.2016


Cantik dan Bersih


Sungai yang selamat untuk budak-budak mandi


Aktiviti malam, membakorr!!!


Syokk...


Bakar sosej + Bakar satay + Bakar Ayam


Sedappp...


Percutian yang singkat tapi memang relax dan best boleh petik buah lagi. Ok...next trip








Rabu, 17 Ogos 2016

Roti Buatan Sendiri - Sentuhan Pertama Haha....


Sarapan Pagi Selasa - 16 Ogos


Try buat sosej pintal..

Taraaa....oklah kan. haha!!!

Banyak nie jer dapat untuk satu adunan

Tara...sedia dimakan

* Adunan dah ok, cuma tak gebu gebas sbb mungkin uli tak lama dan terbakar terlama. Haha...semuanya terrrr....boleh cuba lagi. Cayok!! cayok!!



Jumaat, 5 Ogos 2016

Cup Cake Coklat Moist


Buat untuk Pot Luck Sekolah Pagi Anak-anakku......Syawal Terakhir

Bahan-bahan:-

3 biji Telur (4 biji klu gred C)
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil Soda Bikarbonat
1 sudu kecil Baking Powder
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 penutup botol esen vanilla

caranya:-

- Masukkan telur dan gula, kacau sampai kembang. Masukkan susu pekat kacau hingga sebati.
- Masukkan serbuk koko, esen vanilla, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder kacau sebati.
- Masukkan minyak, kacau sebati dan masukkan air panas.
- Masukkan dalam cup kecik2.
- Kukus 15 minit.
- Siap



Sebelum

Selepas


Rabu, 20 Julai 2016

Famous Amos bila buat menjadi..


Tepek sikit...

Bahan A

1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk Vanilla

Bahan B

2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sb serbuk koko (diayak)
1 sb tepung jagung (diayak)
1/2 sk cream of tartar nona atau ganti dgn 1/2 sk cuka/jus lemon)
1 cawan coklat chip

Cara:-

Satukan semua bahan A dlm mangkuk dan kacau hingga sebati. Masukkan bahan2 ayak tadi guna spatula jer. Pastu masukkan coklat chip. Simpan dalam peti ais selama 30 minit. Bakar suhu 170 darjah selama 20 minit.

Siap~~~

Sebelum

Selepas