Get your own Digital Clock

Khamis, 27 Disember 2012

Klinik gigi Bestari Sg. Ramal


Minggu lepas, keadaan gigi Aniq makin tak berapa ok ya. Ingatkan gigi aniq yang berlubang tu tak serius sangat. Hari aper ntah luperrr..lak. Dia ckp sakit kat gigi tu. Aku check punya check ada ketulan mcm bisul dkt gusi tepi gigi berlubang tu. Aik!!! serius nie..Lastly semalam petang, aku terjah klinik seperti diatas....tu pun aku dapat dari sumber google. Alhamdulillah..urusan kami berjalan dengan lancar. Nak cari klinik Dr. Kamil nie pun senang (dkt rumah kedai berhampiran dengan gerai satay Willy Kajang) conform jumpa. Rasanya Klinik nie ada buka cawangannya dekat Putrajaya Presint 15.

Aniq cemas jugak bila kata kena cabut. Dan..danlah tak nak makan gula2lah nak berus gigi selalulah. Sudah terlambat yaa..Aniq hahaha!!!! Masa Aniq masuk bilik doktor tu, aku tak ikut. Ayah dia yg follow. Beberapa minit kemudian Aniq keluar dengan keadaan yang keliru, sbbnya bila aku tanya 'sakit tak?? dia tak jawab. Rupanya dia rasa pelik, dia ckp mulut dia mcm senget. Hahaha...kesan dari ubat kebaslah tu. Alhamdulillah dia tak nangis. Syukur semuanya dah selamat.

Rabu, 26 Disember 2012

dia..buat dahhh......


Hari pertama mcm ok. Tu pun, aku bagi alasan nak ke tandas kejap. Masuk hari ke-2 hari nie, dia buat dahhh...drama tak nak gie Tadika. Penat aku pancing dia mcm2 walaupun abgnya ada sekali, Aqil tak peduli masih nak ikut aku. Dah penat pujuk..tak mkn jugak. Cikgunya terpaksa dukung dan bawa dia masuk bilik tengok Tv. Aku rasa..kejap jer dia nangis..tak sampai 2 minit aku pergi mesti dia dah diam. Biasalah..budak, lebih2 lagi tempat baru ..masih tak biasa lagi. Tak perlah..kita tengok hari ke-3 pulak apakah watak yang akan dibawanya. Hahahaha....

Khamis, 20 Disember 2012

Dipermudahkan..dengan izinNya


Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar walaupun tidak seperti yang dirancang. Bak kata pepatah "kita merancang, Allah yang tentukan". Tadika Aqil yang sekarang nie buat perangai lagi. Kata hari tu, Tadika tidak akan beroperasi lagi tahun depan. Oklah..kiranya last pada 31.12.2012. Tup..tup Rabu nie bagi tau..Taska akan ditutup pada 24.12.2012 maknanya aqil last kat taska tu Jumaat nie. Apa pun alasannya pihak pengurusan Taska telah menyusahkan ramai ibubapa dan memberi masalah kepada kami bagi pihak ibubapa.Letih aku..memikirkan kat mana nak letak Aqil minggu depan. Aku bukan tak nak cuti, klu aku kerja tak berkaitan dengan kewangan, boleh jer nak cuti. Tapi disebabkan aku bertanggungjawab memastikan bayaran hujung tahun nie selesai kenalah berkorban utk tidak bercuti.

Nasib baiklah, semalam aku tanya cikgu Taska baru aqil masa buat bayaran pendaftaran. "boleh ker nak transit selama 4 hari utk 2 orang (Aqil & Aniq). Dalam pukul 5.30 petang, cikgu call bagi jawapan. Alhamdulilah...mensukacitakan aku. Dua beradik tu diterima dengan bayaran RM130.00 untuk 4 hari. Alhamdulillah..lega rasanya. Terima kasih cikgu...jasa baik cikgu saya kenang. Kebaikan kejadian ini berlaku:-

1. Aniq boleh tengok Taska baru Aqil
2. Aniq dan Aqil boleh together2
3. Aqil boleh biasakan diri sebelum 2 Januari 2013 utk kelas Taska kat situ.
4. dan yang sewaktu dengannya.....

Selasa, 18 Disember 2012

beberapa hari jer lagi...dah tak lama


Beberapa hari jer lagi...nak masuk tahun baru. Insyaallah klu dipanjangkan umur... rutin akan kembali seperti biasalah. Bangun awal dari biasa tapikan tahun nie akan lebih awal lagi dari tahun lepas. Sebabnya, Aqil dah dikatogerikan dah bersekolah (tadika) tahun depan. Aqil wajib dikejutkan dulu dan disiapkan dulu. Tak dapat bayangkan lagi situasi pagi yang akan kami hadapi tahun depan pada hari pertama...hahaha!!! conform riuh-rendah.

Pastu pulak...tak dapat nak bayangkan lagi penerimaan Aqil di Taska barunya tahun depan. Haruslah...dinginkan. Biasalah...awal2 memang gitu. Tapi..kan, masa abang dia dulu, sambutan pada hari pertama amat memberangsangkan..siap dia cakap "ibu dan ayah baliklah". Teruja aku mendengarkan. Anak orang lain siap, nangis2 lagi. Aniq relax jer..Alhamdulillah...tu kisah 3 tahun yang lalu.

Aniq tahun nie, sempoi sikit. Tak payah aku nak tunggu. Drop jer mcm biasa, pastu pandai2lah dia bawak diri. Bukan apa, cikgu dah warning...ibupada tak perlu tunggu di sekolah kecuali ibubapa bagi pelajar tahun satu sahaja. Kiranya 2 Jan 2012 tu, aku dan amin fokus dekat Aqil jerlah...yang baru nak mengenal alam sekolah dan persekitaran baru nanti.

Rabu, 5 Disember 2012

Rabu..


Malam tadi, tetiba jer..suhu badan aniq panas. Tapi taklah merisaukan sangat..tapi risau jugaklah. Aku pun seperti biasa akan tuamkan dengan kain lembab dibadan dan dahinya. Alhamdullillah anak ibu dah besar, tak merengek lagi mcm dulu. Klu dulu, marah betul klu dituamkan dgn kain basah, sejukkk!!! katanya.

Al-kisahnya, aniq hari nie...tinggal dengan ayahnya yang bercuti rehat. Hehehe~!!!! semoga cepat sembuh dan jgn miss mkn obat ya. Ya..Allah, berikanlah kami kesihatan yang baik. Amin..

Aqil..pulak, sekarang dah berani nak basuh sendiri bila buang air besar. Klu ikutkan sebelum nie, masa aku suruh dia basuh..dia buat keras tangan dia dan menjerit tak nak. Geli kot!!! hehehe....
Mlm tadi aku tengok selamba jer dia basuh tanpa disuruh dan siap mintak sabun lagi. Syabas..Aqil, anak ibu yang nie pun dah semakin pandai dan besar ya. Alhamdulillah...tahun depan, tahap kerisauan ibumu ini dah berkurangan.

Isnin, 3 Disember 2012

Sesi ke-2 pulak


Pagi nie, Aniq akan meneruskan kelas pemantapan Al-Qurannya di Masjid Besi pulak selama 3 minggu. Hari nie, aku tidak perlu menunggu lama kat situ. Just dengar taklimat ibubapa jer..pastu aku tinggalkan Aniq utk aktiviti bersama kwn2 baru, ustaz dan ustazahnya. Sbbnya aku yakin dengan adanya pengalaman dia masa dekat Masjid Putra hari tu, Aniq pasti boleh menguruskan dirinya sendiri. Bukanlah..kata, aku nak lepaskan tanggungjawab cuma nak ajar dia berdikari dan yakin pada diri sendiri. Insyaallah Aniq pasti boleh. Cuma sebelum aku tinggalkan dia tadi, aku tunjukkan toilet kat mana dan dimana dia kena tunggu petang nanti.

Tak sudah disitu jer..aku dan amin berkejar pulak ke Koperasi Sek. Ren. Presint 8(2) utk beli buku Aniq utk Tahun 2. Lagi pun hari nie, first day koperasi dibuka utk ibubapa beli buku. Alhamdulillah masa aku sampai, tak ada saper pun lagi. Jadiknya mudahlah urusan aku hari ini. Tak perlu beratur dan menunggu lama mcm tahun lepas. Berpeluh dibuatnya...hehehe!!! 


Khamis, 29 November 2012

Best rasaa...seronok jerrr...


Entahlah, tetiba rasa mcm seronok jerrr!!!! tau kenapa..tapi tak yahlah nak citer. Biasa2 jer..nikmat dlm hidup. Alhamdulillah..

Rabu, 28 November 2012

Jimat sangat....


Ya Allah, syukur sangat..dapat jugak Aqil ditempatkan kat Taska Laman Cerdik sebelah bangunan aku nie. Ingatkan tak dapat dahhh....sbb minggu lepas, dengar desas desus mengatakan Aqil tak dapat. Check2 hari nie, masih ada kekosongan. Alhamdulillah..terus book dan ambik borang kat sebelah. Lega sesangat...tak terkata. Senang sikit pepagi, tak yah..nak melencong ke Presint 9 dah. Kiranya lepas anto Aniq kat presint 8 terus jer gie Ofiice. Jimat masa dan tenaga....

Yang paling penting..LEBIH JIMAT. Sebabnya....aku, ada jugak booking Taska yang sama di Presint 9. Taska kat situ bulanannya RM390.00 berbeza Taska kat sini bulanannya hanya RM240.00. Beza tak?? beza tak?? bezaaaaaakan!!!! kan!!!! jimat sesangat. Bolehlah..aku simpan balancenya utk masa depan hehehe!!!! tu baru beza bayaran bulanan. 

Jom kita tengok beza bayaran tahunan, kat sini tahunannya tak sampai RM900.00. Bayaran tahunan Taska kat Presint 9 tu mencecah RM1,700.00. Tapi tak boleh jugak nak pertikaikan kenapa yuran bulanan dan tahunannya mahal sikit. Sbbnya..yang aku tahu, taska yang mahal tu..mungkin sewanya mahal, swasta sepenuhnya dan yang paling penting kualiti yang dihasilkan dan Teacher Taska Laman Cerdik di Presint 9 tu memang baik sangat. Dan..  dah ada bukti pun..Anak kwn seoffice aku nie dah boleh membaca dan mengaji masa umur 5 tahun dalam tempoh setengah tahun belajar kat situ. Apa yang penting ...sebelah nie pun rangkaian taska tu jugak, cuma pengurusannya lain. Tapi..seandaikan Aqil memang tak der rezeki kat Taska sebelah nie, aku dah nekad pun nak anto Taska kat presint 9 tu. Apa2 pun syukur aku kepada Allah...sbb semuanya berjalan seperti mana yang aku harapkan.



Selasa, 20 November 2012

Merlin ..kembali


Aku dan family memang minat sangat tengok cerita Merlin nie. Bayangkan dari episod yang mula-mula sekali sehinggalah sekarang jaranglah miss. Dah bertahun rasanya kitaorang..nontonnya. Tapi tahun nie cerita Merlin akan bersiaran pada hari Isnin pukul 10.00 mlm, biasanya klu ikutkan tahun2 sudah, klu tak silap aku.. setiap hari ahad pukul 10.00 malam kannn!!!!!

Emmm..tak kisahlah, hari apa dan pukul berapa. Yang pasti kami akan setia menontonnya...

sumber dari google


Jumaat, 16 November 2012

eemmmm...


Sempena Awal Muharam 1434, aku nak tanam dalam diri nie..supaya menjadi manusia yang sentiasa bersyukur, bersangka baik, berfikiran positif dan semua yang sewaktu dengannya. Hanya Allah sahaja yang tahu...

Isnin, 12 November 2012

Syukur....


Nasib tak jadik...terbang. Klu tidak!!!! conform aku tak boleh nak toleh kiri dan kanan. Alhamdulillah..Allah kabulkan doa aku. Nasib..nasib... (work)

Bestnya..bagi mereka yang bercuti direct seminggu. Aku jerlah..yang sibuk nak simpan cuti.
Sabar ina, sabarrrrr!!!! nanti kita cuti ya. (nak sedapkan hati). Aniq..malam semalam aku dah poskan pada adik aku. Terima kasihlah ya..sudi jaga budak besar tu. Klu tak!!! tak tahu mana hala aku nak letak. Klu minggu depan aku dah tak risau ..Aniq dah ada aktiviti sampai habis cuti sekolah. Apa-apa pun SYUKUR Alhamdulillah....

Selasa, 6 November 2012

Terima Kasih Puan....


Petang tadi aku terima call, eemmmm...nie suara puan nie. Ingatkan nak tanya pasal kerja tapi Puan ajak keluar malam nie. Puan dan suaminya nak belanja. Ya..Allah segan rasanya. Memanglah rezeki....tapi mintak maaf sangat Puan ya tak dapat nak terima pelawaan Puan sekeluarga. Semalam Puan belanja pun dah syukur Alhamdulillah. Semoga Puan sekeluarga dibukakan pintu2 rezeki...hanya Allah jer dapat membalasnya. Terima kasih banyak2 Puan...jasamu ku kenang.


Rabu, 31 Oktober 2012

Lega..settle jugak, tapi tak sepenuhnya lagi ya. Tunggu ptg nie pulak'


Dah berminggu aku tunggu, hari-hari aku call. Dan..akhirnya settle jugak. Tapi tinggal step terakhir jer lagi. Katanya petang nie pukul 3.00 ptg. Nasib baik, orangnya..berhemah dan baik. Sejuk sikit hati nie. Nak wat cam no...kerja..kerja..kerja...

TQ...kerjasama anda amat saya hargai.

Insyaallah.. pasti boleh!!!!


Mulai malam tadi, aqil tidak dipakaikan pampers ketika tidur. Tawakal jerlah aku..klulah dia kencing atas tilam tu...nasiblah. Nak wat cam mana??? nak ke, tak nak ke, kena jugak berkeras dengan Aqil. Sbbnya tahun depan dah 5 tahun. Nak masuk Tadika...sampai bila nak pakai pampers kan..kan..

Mula2 tu bila nak masuk tidur, dia dah start mintak susu. Ayah dia kata..jgn layan, kesian Aqil. Menangis bukan main lagi, sedih sangat gayanya. Yerlah..klu dia minum susu masa nak masuk tidur, conform kencing punyalah. Jadi..kami jadi kejam sikit, sikit jerlah...demi kebaikan bersama yer tak..hehehe...tak dapeklah Aqil susu mlm tadi...tidurlah dia bersama perasaan yang rajuk dan sedih.

Pastu sepanjang mlm tadi, bila aku terjaga jer. Aku mesti tanya Aqil "nak kencing tak". Jawapannya "tak nak". Sampailah pagi tadi, Aqil dah lulus ujian pada mlm tadi. Alhamdulillah...dan mulai pagi nie jugak Aqil tidak dipakaikan pampers ke Taska. Aku dah pesan kat cikgu, tolong pantau Aqil. Cuma klu Aqil tido jer pakaikan pampers..sbb tak nak menyusahkan cikgu. Tak taulah pulak...kisahnya petang nie. Tunggu!!!!!

Isnin, 29 Oktober 2012

Raya Korban kat sini...


Tahun nie, raya kat rumah sendiri jer. Tak kemana-mana pun...rumah abah pun tidak, rumah mak mertua pun tidak. Hanya setia disini sahaja. Khamis petang on the way balik dari kerja, kami just beli 2 batang lemang utk juadah kami esoknya (tak sempat pagi...mlm tu sebatang lemang dah lesap masuk perut). Mlm tu, aku pulunlah masak rendah ayam cili padi sbb nak mkn ngan lemang tu. Alhamdulilah..success...pedasnya bukan main, kategori rendang cuci perutlahkan..hehehe!!!

Pagi2 lagi kami dah bersiap nak pergi solat sunat raya kat Masjid UKM. Awal jugaklah..kami keluar rumah dlm pukul 8.00 pagi. Sajerlah..takutnya ketinggalan pulak, nanti terkial2 nak cari parkingnya..tempat solat nya kan..kan. Masa pagi tu, kami memang tak jamah apa2 pun lagi sbbnya sunat kita tidak menjamah makanan sehingga selesai solat sunat raya. Pengetahuan yang baru utk aku tahun nie...Alhamdulillah.

Selesai solat...niat nak rayalah rumah makcik aku, nampaknya tak der rezeki. Mereka tiada dirumah, mungkin raya kat umah abang pakcik kot. Jadinya..kami pun baliklah rumah. Beraya dan menikmati juadah sendiri. Tengahari..kami test, try tengok buat nasi minyak (konon). Hanya berpandukan buku resepi HANIELIZA untuk Nasi. Alhamdulillah...jadik, makanlah bersama ayam masak merah dan gulai kari ikan tongkol.

Sebenarnya..niat sebenar nak raya kat sini sbb nak join komuniti kat umah tu buat korban. Tup..tup..korban tu buat hari nie, hari Isnin. Tak dapeklah...aku nak join tengok. Bising anak2 aku bila tengok lembu sekor ada terikat kat taman mainan depan umah tu. Layan jerlah....


Khamis, 18 Oktober 2012

Aniq..lepas nie conform tak boring lagi...


Cuti sekolah ujung tahun nie, aku dah tak pening2 dan tak payah nak risau2 lagi, sebabnya aku dah jumpa kat mana nak transit aniq nie. Alhamdulillah.... Allah telah mempermudahkan urusanku. Aku memang rasa lega dan seronok sangat, apatah lagi aniq.

27.9.2012 aku dah daftarkan Aniq untuk join Kem Pemantapan Al-Quran sempena cuti sekolah 2012 bermula:-

Tarikh    :  19 November hingga 30 November 2012
Hari       :   Isnin hingga Jumaat
Masa     :   8.30 pagi hingga 4.30 petang
Yuran    :   RM50.00 seorang
Tempat  :  Masjid Putra, PUTRAJAYA

Hari nie pulak, aku nak daftar Aniq untuk join Kem Tahfiz Al-Quran & Pemantapan Kefahaman Fardhu Ain (PEKFA) sempena cuti sekolah 2012 bermula :-

Tarikh    :  03 Disember hingga 21 Disember 2012
Hari       :  Isnin hingga Jumaat
Masa     :  8.30 hingga 4.30 petang
Yuran    :  RM50.00 seorang
Tempat  :  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, PUTRAJAYA



Aku harap cuti sekolah kali nie, Aniq enjoy!!!!

Rabu, 17 Oktober 2012

Nyaman....sangat



Semalam lebih baik dari dulu semalam
dan hari nie..moga lebih baik dari semalam

Insyaallah...


Rabu, 10 Oktober 2012

kucing kertas



Hasil seni original dari Pn. Melati khas utk Aniq


Terima kasih untie, pandainya untie buat kucing dengan kertas. Mesti anak untie dlm peyut tu, bila kuar jer..kreatif mcm untie hehehehe!!!!!

Selasa, 9 Oktober 2012

Lafaz dan fahami



Rabbighfirli     -    ampuni aku

Warhamni       -    sayangi aku

Wajburni         -    cukupi kekuranganku

Warfa'ni          -    tinggikan darjatku

Warzuqni        -    beri aku rezeki

Wahdini          -    tunjuki aku

Wa'afini          -    sihatkan aku

Wa'fuanni       -    maafkan aku



Isnin, 8 Oktober 2012

Jauhkan aku...


Ya Allah peliharalah, lidah aku, hati aku dan telinga aku dari berbuat dosa. Janganlah kerana hambamu itu, aku mudah menciptakan dosa dan dia mendapatkan pahalanya. Ampunkanlah aku Ya Allah.. sesungguhnya aku hambamu yang lemah. Amin...




Jumaat, 5 Oktober 2012

~ Suatu Hari Nanti...


Tersentuh hatiku bila terfikirkanmu
Kau sering bersandar padaku
Disaat kau lelah

Ingatkah dirimu pada waktu-waktu dulu
Aku sering menyambutmu
Disaat kau jatuh

Akulah...aku
Yang selalu membuat kau tersenyum
Walaupun sering ku terluka
Tapi tak mengapa

Akulah...aku
Kan selalu hadir untukmu
Moga nanti suatu hari
Kau akan sedari..


 
       ` Keroz Nazri.....

Khamis, 4 Oktober 2012

"Bicara Psikologi Bil.4/2012"


Program Bicara Psikologi hari nie tajuknya ialah "Kau Yang Terindah". Menarikkan...memang menarik. Banyak bicara pasal pasangan kita, rumahtangga, anak-anak, boleh kata cerita pasal alam berumahtangga dan keluargalah.

Persoalan macam mana nak mengenali pasangan kita, cara nak atasi kelemahan dan masalah pasangan kita. Apa yang perlu kita buat dan apa yang perlu kita dapat. Semuanya ilmu2 yang baguslah utk diperaktikkan dlm keluarga kita. Eeemmm...tadi masa ustazah cerita pasal apa yang pernah rasulullah lakukan kepada isterinya Aisyah. Tersenyum aku sensorang....

Alhamdulillah, Allah telah temukan aku dengan seorang suami yang baik. Moga apa yang aku ada nie..berkekalan hingga ke akhir hayat. Sesungguhnya...aku amat bersyukur sangat dengan kurnianNya.

Pastu tu pulak, kami dapat kad masa pendaftaran tadi. Cantik kad tu...ustazah tu cakap "berikan Kad itu kepada Insan yang kita sayang. Jadik..tak reti2 lagi...hahahha!!!!

Rabu, 3 Oktober 2012

tekad..nak tukar jugak


Yesss! Yesss!

Akhirnya..aku berjaya jugak. Memang dah lama aku nak tukar wajah blog aku nie. Tapi bila aku pilih ..pilih punya pilih. Tak jadik jugak...

Finally ...hari nie, aku dah tekad nak tekan save utk tukar..ini background baru blog aku lah. Aku sangat2 berpuas hati. Setelah sekian lama...ianya berwarna hitam dan gelap ya. Kini ianya berwarna apa ya?  Tapi sejuklah mata yang memandang. Pada pandangan mata akulah. Klu org lain aku tak tahulah hahaha!!!! dan aku masukkan lagu siapa entah (tak kenal pun). Tapi...pada aku lagu tu mcm best jer bila dengar, terbuai-buai jer perasaan nie.kih..kih..kih (apa sudah jadik)

Kenapa ina? free sangat nampak. Begini...minggu nie aku tak boleh nak buat apa2 sbb Kad Ep aku dah expired. Hari nie baru siap, insyaallah...esok aku dah kembali normal.


Isnin, 1 Oktober 2012

8 tahun sudah


Masyaallah..boleh aku dan abg aku tak ingat ya. Hari nie hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-8 tahun. Pagi nie..pukul 9.50 pagi, baru aku teringat dan terfikir bila kawan officemate tanya tarikh hari nie. Bila teringat terus aku message abg aku. Dia pun sama lupa hahaha!!!!!

Tak per2...istimewanya hari nie, Allah telah menggerakkan hati kami utk berpuasa bersama2 pada hari nie. Syukur..ada juga benda besar yang kami lakukan bersama. Alhamdulillah. Rasa macam sweet sangat.

Khamis, 20 September 2012

Ayam Percik Sempoi punya....


Resepi nie, aku dapat daripada lin. Dia dok bercerita anak dia suka makan ayam percik nie. Tengok gayanya dia bercerita mcm best jer. Jadiknya aku mintaklah resepi ayam percik yang biasa dia buat. Memang sempoi betoi bahan2 yang dia gunakan. No wonderlah, dia boleh bikin bila2 ajer. Seingat aku apa yang perlu ada adalah:-

Bahan2

1. Ayam
2. Halia
3. Cili kering
4. Buah keras
5. Bawang putih/bawang merah
    (Blend semuanya)
6. Serai
7. Asam keping
8. Santan
9. Garam
10. Gula

Caranya pulak

Blend semua bahan kecuali serai (titik jer). Tumis semua bahan tu....sampai wangi. Masukkan santan  biar didih kejap. Seterusnya masukkan ayam tadi. Agak isi ayam dah separuh masak. Keluarkan ayam tu utk dipanggang atau dibakar hingga masak. Didihkan kuah tadi sehingga masak dan pekat. Pastu bolehlah jiruskan kuah tadi yang pekat ke atas ayam yang telah siap dibakar. Makanlah..dengan kenyang ya.

andai kata anda kreatif, bolehlah tambah apa yang patut hehehe!!!!


Hasilnya....

Kat bawah gambar sebelum kejadian-----

kuah tengah didihkan sehingga pekat

ayam sedang dibakar sehingga garing bukan sampai rentung ya....


Selasa, 11 September 2012

setelah bertahun tak berjumpa....


yana dan aku

Sabtu malam bersamaan 8 Sept 2012, berhari raya bersama. Seronok dapat berjumpa dengan kawan lama aku masa kat Kolej. Tapi masih rapat dan saling contact walaupun tak selalu. Tapi klu jumpa tak hingat...riuh sangat. Dah bertahun rasanya tak berjumpa. Mana taknya Yana nie sibuk memanjang. Nie pun, rezeki dapat jumpa. Kebetulan dia free aku pun free.





Selasa, 4 September 2012

Rentetan Hari Raya Tahun 2012

 Salam Syawal,

Sambutan Hari Raya Tahun nie memang best dan berjalan dengan lancar dengan izinNya jua. Alhamdulillah...semuanya nampak sempurna. Kemanisan Syawal tahun nie dapat kami rasai dan moga apa yang kami lakukan dapat keberkatan dan keredhaan dari Allah.

Sabtu lepas subuh, kami dah mula gerak untuk balik ke Bentong, Pahang. Tahun nie klu nak ikutkan memang giliran belah keluarga aku. Biasanya, setiap kali malam Raya Taman rumah aku akan adakan kunjungan rumah ke rumah untuk Takbir raya. Jadi tahun nie, kami berganding bahu menyiapkan juadah untuk hidangan berbuka dan beraya. Tahun nie, adik aku plan nak masak mee kari. Makcik aku pulak masak ayam halia dan kuah kacang. Tak ketinggalan abah aku pulak masak rendang ayam untuk dimakan dengan lemang. Aku pulak..hehehe!!! ngelat sikit, cuma sumbangkan tenaga untuk merebus ketupat adabi. Hahaha!!!! oklah tu. Ada jugak sumbangan....Malam lepas berbuka, kami dah sibuk nak siapkan hidangan untuk orang2 surau. Alhamdulillah...semua settle.

1 Syawal pagi2 lagi aku dah bangun dengan penuh semangat mengejut dan menyiapkan anak2. Tahun nie, kami semua pergi sembahyang Raya di surau kat Taman rumah aku. Memang seronok you....semuanya berseri2 nak raikan kemenangan masing2. Yang paling excited anak2 akulah. Mana taknya..seronok nak menggayakan baju melayu diaoranglah. Habis sembahyang raya, kami adik beradik beraya pulak dengan Abah dan makcik. Cuma anak2 makcik jer yang tak der sbb tahun nie, diaorang beraya belah mertua.

Dah settle beraya, acara seterusnya...makan beramai2, menikmati juadah hari raya yang telah kami sediakan semalam.

2 Syawal pagi-pagi lagi kami dah nak gerak ke destinasi masing2. Aku nak menghala ke Bangi nak beraya rumah mak sedara  kat Limau Manis. Adik lelaki aku dah start kerja esoknya. Adik aku yang perempuan tu, nak menuju ke Melaka (rumah mak mertuanya). Mira pulak nak ke Taiping (rumah saudara belah suami). Makcik dan abah menuju ke Kampar rumah Opah (mak mertua abah). Aku stay kat Bangi sampai 4 Syawal untuk settle apa2 yang perlu.

5 Syawal aku  dan adik perempuan aku gerak ke Tapah untuk beraya dengan keluarga arwah Pak Ngah. Dekat rumah Mak Ngah, adik aku ditugaskan untuk masak laksa. Sepatutnya mak ngah aku nak masak utk kami. Tapi kesihatannya tidak mengizinkan. Aku pulak kena masak untuk makan tenganhari. Oklah..tu berjasa untuk sepupu-sepupu aku tu...yang bestnya abah dan makcik pun datang beraya kat umah Pak ngah aku. Lepas asar, kami pulak follow abah dan makcik beraya umah Opah pulak. Kami lepak sampai maghrib. Kami siap mandi lagi kat umah Opah...dah settle semua kami gerak balik ke rumah Pak Ngah aku untuk bermalam.

6 Syawal, lepas sarapan aku gerak ke Teluk Intan (rumah mak mertuaku). Adik aku pulak balik ke Shah Alam. Aku beraya kat Teluk Intan sampai 9 Syawal. Masa kat Perak, kami gie beraya kat Manjong (rumah adik mak mertuaku). Sempat lagi kami singgah ke Teluk Batik, tak mandi pun. Lain kali boleh kot?????

Oklah tu..jer.




Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat Hari raya


Aniq dan keluarga mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA" DAN " MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada semua yang mengenali kami. Hati-hati dijalanraya semoga selamat sampai dan selamat kembali ke destinasi yang dituju. Semoga Ramadhan tahun ini bukan ramadhan yang terakhir buat kita.

Selasa, 7 Ogos 2012

Anak-anak aku...



Setakat hari nie, tak pernah miss lagi lah beli kuih lopeh. Hanya sahari jer tak beli kuih lopeh masa hari sabtu masa balik bentong ari tu dan hari ahad makcik buatkan kuih lopeh utk kami. Kuih lopeh nie, kuih kemestian aniq bila berbuka puasa. Heran aku...tak der kuih lain ker yang dia nak makan. Hari2 bila tanya..kuih lopeh jugaklah jawapannya. Nasib baik senang nak dapat. Klu tak haru aku ............

Semalam aku dah tunaikan permintaannya nak makan bubur pulut hitam. Berulang2 jugaklah dia makan, seronok aku tengok. Sehinggakan bersahur pun tambah sampai 2 mangkuk. Hari nie, boleh makan lagi ya..aniq, seperiuk ibu buat. Makan puas2...semoga aniq puasa penuh tahun nie. Insyaallah.

Yang aqilnya pulak dengan perangainya. Yalah..seminggu lepas dia asyik demam jer. Lepas makan ubat ok, pastu panas balik..macam tulah berulang-ulang sehingga semalam. Alhamdulillah hari nie, aku tengok dia dah sihat. dan ok macam biasa. Cuma...selsema pulak. Bila waktu berbuka puasa, masa tulah dia nak buat perangai.. nak itu tak kena, nak ini tak kena, bila makan.. kejap nak, kejap nak luah. Sabarrrrr!!!!! Ampunkanlah dosa2 aku Ya Allah......sesungguhnya hambamu ini lemah. Berikanlah kekuatan untuk aku membesarkan dan mendidik anak2 aku menjadi anak2 yang berguna dunia dan akhirat. Amin..

Rabu, 1 Ogos 2012

Boleh tahan jugak..


Hari nie, abg aku telah bekerja keras untuk menyiapkan Kad Hari Raya. Aniq dah request dari Jumaat lepas lagi. Dia bagi tau, kad tu nak bagi Ustazah KAFAnya. Sayang ya..kat Ustazah dia. Hari tu, dia request jugak Kad untuk Hari Guru. Yang tu aku yang buat. Tak terfikir pulak nak ambik gambar kad tu. Biasa-biasa jerlah yang tu. Tapi Kad Raya nie, special sikit. Nampak cantiklah..kreatif jugak abg aku nie yer!!!

Abg aku hanya sediakan kad jer..tapi isi dalamnya Aniq yang tulis sendiri. Ikutlah apa yang dia nak tulis untuk Ustazah kesayangannya tu.

haaa!!!! cantik tak? cantik tak?
siap letak gambo lg...empunya kad. Sampul kad pun warna hijau (buat sendiri jugak)
Terbaikkkkk!!!!!


Isnin, 30 Julai 2012

Gulai Kemahang di Bulan Ramadhan


Salam Ramadhan,

Hari nie dah hari ke-10 umat Islam berpuasa. Alhamdulilah setakat hari nie, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Aku tak sangka ya Bulan Ramadhan tahun nie, aku dapat menikmati Gulai Kemahang yang dah lama aku teringan dan angan2kan. Bayangkanlah semenjak aku berumahtangga aku tak menikmati Gulai nie. Kesiankan...dan akhirnya dengan izin Allah, aku dapat menikmatinya semalam. Bukan apa, susah nak dapat bahan2nya cthnya:- kemahang tu sendiri dan belimbing. Kat tempat aku tinggal nie mana nak jumpa kemahang, batang keladi adalah. Mungkin ramai tak tau cara nak masak dan makan pucuk keladi nie kot. Jangan buat pasai klu tak kena gaya masaknya merenyam tekak menahannya. Kihh!!kihh!!

Semalam petang, aku memberanikan diri mengofer diri utk masak gulai nie. Dlm hati berdoa (jadilah hendaknya jgnlah gatal). Klu tak nanyer satu rumah...makan Gulai Kemahang gatal. Ramuan utk masak Gulai nie tak guna kos yang banyak pun. Aku rasa RM20.00 tak habis kot. Meh!!! tengok bahan2 yang aku gunakan(resepi wan aku).


Gulai Kemahang



Bahan-bahan:-
1. Kemahang
2. Belimbing
3. Kunyit hidup*
4. Cili Padi*
5. Serai
6. Daun Kunyit
7. Belacan*
8. Garam*
9. Ikan Talang Masin (klu ada jering cambah lg terangkat)
10. Santan pekat

Itu jerlah bahan2nya. Mari kita lihat cara penyediaannya pulak:-

Mula tumbuk bahan2 bertanda * hingga lumat. Bersihkan kemahang (buang tangkainya dan bilas), dah tu masukkan dlm periuk kemahang dan bahan bertanda * bersama air  (agak2 tenggelam daun kemahang). Pastu bolehlah dipindangkan atau direbus. Sementara nak mengelegak tu, masukkanlah daun kunyit, serai yang telah dititik, belimbing masukkan sebiji2) dan ikan masin talang. Biar mengelegak agak lama ya, sampai belimbing dan kemahang tu hancur sendiri dan masak bebetoi. Dah agak2 matang, masukkan santan pekat tadi dan perasakan. Ikut selera masing2. Dah siap....sedap jugak dimakan dengan lempeng. Kecur air liur aku....



Berbuka Dibentong...


Sabtu hari tu, kami balik Bentong sempena nak berbuka puasa beramai2 dan sempena birthday abah. Satu pakejlah kiranya. Cuma tak sempurna pertemuan nie sbb anak2 makcik dah balik minggu lepas berbuka puasa together2. Tahun nie..abah dapat handphone baru....suka tak. Harap2 suker ya abah.

Macam biasa setiap Ramadhan abah dan makcik akan sibuk didapur dari pagi hingga tengahari sbb buat kuih utk dihantar ke pasar Ramadhan. Kuih2 makcik nie, memang dah famous dan sedap jadi tak hairanlah kuih2 makcik laris walaupun bukan bulan Ramadhan ya. Petang baru.. kami take over dapur utk masak juadah berbuka.

Hari Sabtu menu berbuka kita org ialah:-  1. Nasi putih
                                                               2. Gulai Lemak Cili Api Ikan Tongkol dengan belimbing
                                                               3. Sayur kobis panjang
                                                               4. Air Sirap Cincau Bandung
                                                               (Semua di atas adik aku yang masak)

                                                               5. Sambal udang + petai (nie aku bikin)
                                                               6. Kuih muih dari air tangan makcik dan abah. Memang sedap.
                                                                   terutamanya Kuih Tepung Gomak inti kelapa dan kacang.
                                                                   Terbaik!!!!!!

Hari Ahad pulak                                  :- 1. Nasi putih
                                                              2. Tomyam campur
                                                              3. Air oren sunquick
                                                              ( adik aku masak)
                                                
                                                              4. Gulai Kemahang dengan ikan masin
                                                              5. Sambal sotong
                                                              (aku yang bikinlah)

                                                              6. Kuih Lopes
                                                               (nie kuih special sikit, makcik aku yang buat. Makcik tak jual yer..

Oklah setakat ini jerlah..senarai juadah kitaorang selama 2 hari. Jom layan gambar yang aku ambik hasil aktiviti membungkus dari bentong utk kami bersahur dan berbuka hari nie. Haaaa...senang banyak you!!!!

                                                           Kuih Tepung Gomak dan Bingka roti

Kuih Lopeh, Kuih Buah Melaka dan Kuih Sagu 

Tomyam campur

Gulai Kemahang dengan ikan masin


Jumaat, 27 Julai 2012

Majlis Tahlil dan berbuka puasa di Office 2012


Setiap tahun dah jadi kemestian bagi kelab bahagian ICT adakan Majlis cam gini utk ahli2nya. Alhamdulillah..dengan izinNya tahun nie kelab ICT sekali lagi dapat menganjurkan majlis setahun sekali nie utk ahli2nya together2 berbuka dan solat berjemaah bersama2. Setiap tahun nak masuk bulan Ramadhan  kelab ICT  ada juga berikan sumbangan buah kurma sorang satu bekas utk juadah berbuka puasa. Terima kasih..sangat kepada Jawatankuasa2 kelab ICT yang banyak menjaga kebajikan ahli2nya. Cayok!! cayok...!! semoga aktiviti2 cam gini dapat mengharmonikan silaturrahim sesama kita. Amin..

Haa...ptg nie. Aku kira tak balik rumahlah. Terus jer..jemput anak2 aku dan terus balik office semula utk Majlis Tahlil dan Majlis berbuka puasa. Ya Allah semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin..
 bersambung 30.7.12 utk layan gambar yang aku tepek kat sini utk kenangan2
Meja kami no.8

Aiza bikin sendiri..aku tak dapat makan sbb ada daging tapi karipap nie paling hangat dipasaran

Lopeh nie..kak liza yang buat, nie pun laris (mantop)

mertabak pun ada

Tengah menikmati juadah..

rakan semeja...jenuh kami nak perabihkan makanan satu meja nie hahaha!!!


 

Isnin, 23 Julai 2012

Ramadhan kali ini penuh makna..


Syukur kehadrat Ilahi, Ramadhan tahun nie lebih bermakna bagi kami. Apa yang aku cita-citakan tercapai, Insyaallah...ia tidak akan disisihkan dan aku mohon aku tidak akan mengabaikannya lagi. Pastu saat yang manis sekali, kami sekeluarga dah boleh solat terawih berjemaah kat surau rumah kami. Alhamdulillah, Allah telah memberi kemudahan dan kelapangan kepada kami. Aqil pun dah besar jadi mudahlah aku nak bersolat kat surau. Oklah perangainya masih boleh dikawal. Ramadhan tahun nie, aku harap Aniq dapat berpuasa penuh dengan jayanya. Insyaallah ya..sayang. Pastu apa lg ya.. hahaha!!!! tak nak membazir dan berlebih-lebihan. Semoga apa yang aku doakan dan harapkan akan kekal sampai bila-bila. Amin...

Rabu, 18 Julai 2012

Alhamdulillah...terima kasih ya



Ya Allah, seronoknya..pagi-pagi lagi aku terima call tanya saiz, saiz apa ya..hahahah!!! saiz baju akulah. Hehehe!!! ingatkan aper ke benda, rupanya dia nak belanja sepasang baju yang dah siap utk aku. Alhamdullillah..rezeki yang tidak aku jangkakan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya, semoga rezeki kau akan diluaskan dan dicukupkan oleh Allah yang Maha Kaya. Amin..


Jumaat, 13 Julai 2012

Al- Fatihah...


Al-Fatihah aku hadiahkan buat arwah Pak Ngah aku. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang2 yang soleh. Amin..

Pagi nie, aku terima message dari anak sulungnya mengatakan Pak Ngah dah meninggal dunia. Sesungguhnya..Allah lebih menyayanginya. Setiap yang hidup pasti mati, itu sudah pasti. Pak Ngah adalah satu-satunya abg kandung seibu dan sebapa arwah mak aku. Sekarang..hanya sepupu-sepupu aku sajerlah yang tinggal sebagai penyambung tali persaudaraan kami. Insyaallah..hubungan persaudaraan kita akan kekal hingga akhir hayat walaupun arwah mak dan arwah pak ngah sudah tiada lagi didunia ini.


Rabu, 11 Julai 2012

Bulan Ramadhan makin hampir...



Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik ..bulan Ramadhan makin dekat dengan kita. Apakah persediaan kita ya..maksud aku bukan persediaan nak raya atau nak berbuka apa ya..hehehe!!! sendiri mau ingatlah. Aku nie bukannya pandai sangat..aku pun masih belajar dan akan terus belajar untuk memperbaiki diri. Banyak lagi perkara yang perlu aku lakukan dan buat penambahbaikan. Ya.. Allah bantulah aku, aku senantiasa mengharapkan petunjuk dan hidayah dari Mu. Berikan aku kesenangan dan kelapangan untuk aku terus beribadah kepada Mu. Janganlah Kau lalaikan aku dengan perkara duniawi dari terus mengingati Mu.

Aku bersyukur ke hadrat Mu Ya Allah atas apa jua yang Engkau limpahkan dan Kurniakan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Berkatilah kami Ya Allah. Semoga Bulan Ramadhan tahun nie, akan lebih baik dan lebih bermakna buat kami. Amin...

Isnin, 9 Julai 2012

Team Building - Bhg ICT




 

Gambar kenangan... last day Teambuilding kat Bukit Merah pada 29 Jun - 01 July 2012 dengan geng2 ICT termasuk bos2. Semuanya sporting2 belaka....memang best!!!!!

Ringan tapi berat....


Just nak share:- Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw bersabda.
"Dua kalimah yang ringan bagi lisan untuk mengucapkannya, berat ketika diletakkan diatas Mizan (timbangan diakhirat) dan sangat dicintai oleh Dzat yang Maha Mengasihi iaitu:-"
                      
Sumber gambar dari Google "aku cuma edit bacaan rumi dan maknanya"






Khamis, 5 Julai 2012

Ikan Pekasam yang sedap...kedah mari



Pekasam Ikan Lampam klu tak silap akulah...

Tq..tq.. kak ita, ingat jugak kat kita orang ya. Walaupun dah lama tak jumpa. Sempat lagi agihkan ikan pekasam untuk kawan2. Aku jumpa dia kat lobi Kementerian masa aku baru jer turun dari bas setelah selesai teambuilding kat Bukit Merah. Rezeki nak jumpa dan nak dapat ikan pekasam yang best nie.

Jadinya aku try goreng semalam, Alhamdulillah tidak hancur. Pastu tumis pulak dengan bawang dan cili, aku percikkan kicap sikit (kasik warna gitu) memang ada uummpHHhh!!!! layannnzzz
Ikan pekasam nie memang best, tak masin, tak masam..siap ada rasa lemak lagi. Ingat klu habis nak oderlah ngan kak ita lagi. Boleh ke..????



Selasa, 3 Julai 2012

Cuti Sekolah hari tu..


Just nak share tempat nie, dah lama plan nak ke sini. Tapi cuti sekolah hari  tu kami berkesempatan singgah. Itu pun sbb on the way balik dari Teluk Intan Perak nak balik ke rumah ikut jln lama. Jom layan gambarlah..malas nak story panjang2.

Nielah tempatnya

Kami baru sampai, tengah tunggu train malas nak jalan kaki...masuk kena bayar ya.

cewahhh!!! tak ketinggalan. Aku pun nak posing jugak


Sampai jer terus ambik gambar view kolam nie. Rupa2 kat sini ada dua kolam besar mcm nie. Satu yang nie, satu lagi kolam mandi air panas (gambar tak sempat ambik, brg penuh ditangan). Kolam air panas masa nak balik baru jumpa. Rugi ...rugi rasanya. Klu tau boleh mandi kat situ pulak. Tapi mengenangkan dtg ngan mak, tak bolehlah ikut kepala kitaorang jer. Kesian kat mak penat menunggu. Tak per..tak per ada rezeki kita pergi lagi ya mandi2.

Depa 3 beranak jer yang mandi2. Aku dan mak tengok jerlah. Lagi pun hari tu org ramai bebenor. Malulah.... Yelahkan cuti sekolah, pulak2 hari ahad. Memanglah....


Abg ngan Aniq mandi kat tempat yang dalam sikit dan main gelongsor tu. Aqil pulak mandi jerlah kat tepian kolam, ditemani aku. Eemmmm..basah jugaklah seluar aku sehingga paras lutut, merasa jugaklah main air. Hehehe!!!!


Dah penat mandi manda kami pergi pulak kolam air panas untuk rendam kaki. Aku tak join "malas". Nie..kolam kecik khas utk rendam kaki.

Kaki Aniq yang kepanasan

Oklah...setakat nie jerlah...gambar yang sempat aku ambik.


Rabu, 27 Jun 2012

Duit gaji..????



Dapat jer gaji Isnin hari tu, terus gie membeli. Tak sempat panas duit gaji dalam dompet. Ada-ade jer..itulah inilah. Bulan nie aku kena beli kasut sukan, seluar trek, baju T-shirt lengan panjang. Gara-gara kena pergi team building Jumaat nie. Penyertaan adalah "wajib", klu tak nak pergi kena bagi surat direct ke pegawai atasan. Itu pun tak tentu lepas. Alhamdulillah setakat nie, semuanya berjalan lancar. Ok jugak..dah lama tak gie kursus lasak2 mcam gini. Boleh jalan-jalan makan angin. Papai...abg, papai... anak2 ku. Jangan nakal2 yer..


Selasa, 19 Jun 2012

entah apa silapnya..tak bersarang






Frust tau....bila buat tak jadi. Aku niat nak bawak kek gula hangus utk Majlis Hari Jadi Saffiya comey Sabtu hari tu. Tapi hasilnya jadi macam gini. Maka terbantutlah hasrat murni aku tu. Tapi still boleh makan, tapi tak bersarang jer seperti yang sepatutnya. Tulah...lama tak buat, ginilah jadinya. hahahah!!!!

Akhirnya aku dan family yang perabihkan separuh, separuh lagi aku bagi adik aku yang sorang lagi tu..Hahaha!!! jadi mangsa aku.

Aku tau kenapa tak bersarang, salah satunya pasal telur ayam. Yang ke dua pasal cara bancuh. Aku tersalah steplahhhh...orang suruh masukkan susu pekat, aku pulak pergi masukkan tepung. Hahaha!!!! buat pasal lagi. Tulah hasilnya,,,tak bersarang semut tak nak dekat. Tak perlah nanti kita cuba lagi ok...




Rabu, 13 Jun 2012

Layang-layang - Homemade




Jangan tak percaya ya...layang-layang nie, abg aku buat sendiri. Klu aku, tak kuasa... beli jerlah RM10.00 jer. Layang-layang nie diperbuat dari lidi penyapu kat belakang pintu rumah aku. Hehehe!!!! pastu guna plastik sampah yang tebal sikit. Last sekali diikat menggunakan benang sulam aku yang dah lama aku tak gunakan (peninggalan arwah mak aku) bayangkan dah bertahun ya. Benang tu masih dalam keadaan elok. Benang yang sama jugak abg aku gunakan untuk main layang2 nie. Harap2 tak putuslah hendaknya. Bila aku tengok hasilnya..mcm tak caya jer. Boleh ker terbang, takut2 tak sempat terbang dah bersepai...hik hik!!!

Sabtu bersamaan 9.6.2012 kitaorang try terbangkan layang2 dekat Tasik Cempaka. Cemas kauuu.....sib baik naik tinggi hingga benang terakhir. Yang ruginya..masa tu tak bawak kamera. Tak per..2x, next time ok.


Isnin, 11 Jun 2012

Dah jadik - aKu BaKAr jEr...


Continue pasal Kek Coklat segera hari tu. Aku dah berjaya membuatnya, biasanya orang kukuskan tapi aku try bakar pulak, nak tengok apa bezanya.Yesss!!!! mood rajin aku sudah mari.........
-
-
-


Ok kawan2, klu nak sukat gunalah cawan mcm gini. Insyaallah tak keras dan tak lembik. YeyeOOO jer!!!
Nie first time aku cuba buat kek coklat guna tepung segera. Nantikan hasilnya..jeng.jeng.jeng



Pastu, bancuh sampai jadi macam gini, pastikan adunan dah tak berketul dan digaul rata yerrr!! Hari tu telur kat rumah aku tu kecik sikit. Jadinya aku letak 4 biji telur ayam.



Langkah seterusnya, tuangkan adunan ke dalam loyang. Aku guna loyang bulat yang besar sikit dari saiz sederhana. Dah tu... aku bakarlah sehingga masak. Rasanya tak sampai 1 jam aku bakar. Aku awalkan 10 minit.  Rajin2lah jengok2 oven tu, takut karang rentung kek tu..hahahaha!!!! sebabnya oven2 kita2 bukannya semua sama kan..kan. Tapi klu kukus mudah sikitlah rasanya. Risiko hangus tu tak adalah....kan
-
-
-



Alhamdulillah.....jadik akhirnya Kek Coklat Segera aku nie. Oklah sedap..beza sikit rasanya dengan yang kukus. Klu yang bakar nie, teksturnya agak kering. Klu yang kukus pulak lebih lembab. Ikutlah mana kita suka. Janji sedap........



Selasa, 5 Jun 2012

Tepung Kek Coklat Segera...


Tepung Kek nie..Kak Ngah aku mintak aku jualkan kepada sesiapa yang berminat hanya RM10.00 sahaja. Dia bagi aku sample nie masa aku singgah rumah dia Ahad petang bersamaan 3 Jun 2012. Dia memang minat jual2 nie. Aku pulak bukan pandai sangat (segan). Tapi dah dia bagi sample nie, aku tolong wawarkan utk kengkawan yang minat nak beli. Bolehlah buat2 simpanan utk raya nanti, senang dan cepat.


Bahagian depan

Cara Penyediaan

Aku tak sempat lagi nak cuba buat, nanti bila aku cuba buat dan menjadi aku post kat sini ya. Tunggu......!!!

Khamis, 31 Mei 2012

Spaghetti Sotong..ader ker???


Dah lama aku tak post tentang masak2kan. Naper yer??? sbb aku tak masaklah. Hahahaha!!!!!!!
Senang jer jawapannya, puncanya ialah:-

1. Mengelakkan makan, terutamanya nasik diwaktu malam.
2. Jaga kesihatan.
3. Kurangkan berat badan.
4. Malas.

Klu aku masak gerenti kena makan. Dan..danlah jadi lapar. Conform!!!punyalah. Anak2 klu lapar aku masak simple2 jer @ beli ajer. Klu aku @ abg lapar sangat2 pun, ikutlah buat lempeng ke, cekodok ke, roti ke..alah!!! aper2 jerlah kecuali nasik. Alhamdulillah..nampaklah hasilnya, bukan senang nak disiplinkan diri utk buat semua nie. Kecuali secara paksa hahaha...kejam punya orang. Tak pasai2 abg aku terlibat sama. Ok aper..peyot dia tu dah nak menonjol dah. kih!!kih!!

Semalam menu makan malam kitaorang ialah Spaghetti Sotong (seafood style). Simple giler..sib baik sodap. Aniq yang request, petang selasa ari tu. Aku rasa klu tak kerana Aniq, tak jadi spaghetti sotong tu hahaa!!!
Sebab apa spaghetti sotong??? sbb aku malas nak cincang ayam. Klu guna ayam cingcang yang segera tukan, aku tak suka sangat sbb rasanya yang tak manis dan tak sedap berbanding ayam yang kita cincang sendiri. Ngada2lah kau nie!!!!! betoi!!!

Bahan2 :-

1/2 dari sebungkus spaghetti
1 biji bawang besar (potong dadu)
4 ekor sotong segar (potong kelar2)
1 tin cawan butang
1 botol sos spaghetti saiz kecik (Kimball perasa original)

Cara:-

Rebuskan spaghetti dlm periuk nasi elektrik sehingga empuk (masukkan minyak sikit). Untuk sosnya pulak, panaskan minyak dalam kuali untuk tumis bahan2 tadi. Mula2 tumis bawang dulu. Bila bawang dah wangi masukkan cendawan yang telah dipotong nipis dan dibersihkan tadi. Pastu masukkan sotong tadi. Kacau2 sampai masak rata. Tuangkan sos spaghetti tadi, lebihan sos dlm botol tu kita goncangkan sikit dengan air. Biarkanlah sos tadi memekat ikut citarasa masing2. Klu nak berkuah, biarlah cair sikit. Klu suka pekat biarlah sos kering sikit. Dah siap...sedia utk dimakan. Yummy!!!


Spaghetti Sotong




Rabu, 30 Mei 2012

Bubur Nasi Tonggang Kicap




Dah lama aku tak jumpa orang masak mcm nie, yang selalu masak cam gini...wan aku. Aku selalu makan cam gini masa kecik-kecik dulu. Biasalah keluarga tak senang, makan yang simple2 jer. Tapi nikmat tu tetap ada..hahaha..berkat!!

Jadinya buat pertama kalinya aku masakkan untuk anak aku Aqil yang demam, tak sedap perut semua adalah. Aku fikir klu masak nasi putih ngan lauk2. Conform dia tak makan, dahlah makan memilih. Tak nak sayurlah..itulah inilah..hei!!pening aku. Tiba2 timbul idea buat bubur nasi kosong jerlah (senang). Trylah masak sikit untuk dia. Bila dah masak aku tuang kicap jer. Alhamdulillah...berselera betoi dia. Tak sangka ..kena pulak dengan selera dia ari tu. Habis..kat dia sorang jer..siap request nak lagi dan nak lagi. Klu mcm nielah sambutannya..lain kali ibu masak lagi yer!!!




Isnin, 28 Mei 2012

Aniq demam lagi -



Hari nie sepatutnya cuti sekolah nak tumpangkan aniq kat rumah chik aku selama 2 minggu. Tetapi memandangkan aniq demam tetiba pagi tadi. Niat terus bertukar ke plan ke 2, lepak kat office aku. Senang sikit aku pantau kepanasan badan dia. Tidaklah aku risau sangat, pagi tadi aku dah bawak gie klinik swasta. Malas nak tunggu lama2 kat klinik kesihatan (almaklum jerlah kan.) Silap hari bulan aku pulak yang demam. Kih..kih..kih..

Ini mesti demam sebab terlalu penat..sbb semalam aku dan adik aku pergi kenduri kat Melaka (terjah 2 majlis perkahwinan sekali) 1 umah kawan aku dan adik dan satu lagi umah kawan adik ipar aku. On the way nak balik tulah kami singgah zoo Melaka. Pusing sampai penat yer..memang penat, sib baik Aqil tak per2. Alhamdulillah. Abg aku tak ikut sbb dia gie Kursus kat Pulau Pangkor. Bagi peluanglah dia jalan2 ngan kengkawan.

Budak demam



 

Jumaat, 18 Mei 2012

Ada2 jer..lah korang nie


Hari nie, sekolah Aniq sambut Hari Guru. Semalam petang dah pergi cari hadiah utk 2 orang cikgu yang dia suka. Alhamdulillah settle..yang bestnya kad  kat hadiah tu dia tulis sendiri. Macam tak percaya anak aku dah besau yer dan dah pandai dah. Hari nie pulak dia tuntut nak makan ABC..sekarang nie dah pandai mintak nak itu nak ini. Anak..anak...

Aqil pulak, aku tengok dah ok sikit semalam. Alhamdulillah...apa yang aku perasankan, Aqil mcm tak sedap perut. Macam org merengat perut..tak der selera makan, tak nak menyusu dan berjalan pun tak nak. Malamnya hingga subuh aku dok urut perut dan belakang dia. memang nampak dia lega sangat lepas aku uli2 badan dia sehingga dia senawa. Lega agaknya...takperlah semoga Aqil cepat sembuh ya...


Khamis, 17 Mei 2012

hati yang tak syok..



Since minggu lepas dan minggu nie, hati nie tak best sangat bila memikirkan anak2 yang on off tahap kesihatannya. Aqil sejak minggu lepas, demam on fff on off jer. Risau pulak aku dibuatnya. Yang Aniq pulak start petang selasa, dia demam. Hati ibu mana yang seronok bila tengok anak2 tak sihat mcm gitu. Kebetulan pulak Sekolah Agama tengah exam. Kena jugaklah Aniq kuatkan semangat pergi sekolah semalam. Cuma sekolah pagi jer, dia tak pergi. Pagi nie, Insyaallah bebudak tu aku tengok ok rasanya. Ya Allah kasihanilah hamba-hambamu ini. Kurniakanlah kesihatan badan buat kami supaya kami dapat uruskan kehidupan dengan baik. Dengan izinMu jua. Amin.


Selasa, 15 Mei 2012

berakhir sudah...



Lalala....senang hati aku hari nie. Sebab apa ya? ha..sebab PA kat office aku dah kembali. Ringan sikit tanggungjawab aku. Just fokus kat kerja2 aku jer. 3 bulan aku tanggung kerja PA, bukan seminggu, atau sebulan ya. Lama tu...klu aku nak cutikan fikir 2 tiga kali sbb aku akan pastikan kerja2 PA settle, lebih-lebih lagi berkaitan mesyuarat, waran kapal terbang dan lain2. Yerlahkan....aku tanggung kerja PA nie berbayar, taknaklah pendapatan aku tu tak diberkati. Aku kenalah bertanggungjawab atas semua tugas2 PA tu. Takkan nak bebankan orang lain, pastu kita senang2 dapat upahnya. Tak sesuai....

Setakat ni dan sehingga semalam, Alhamdulillah aku dah buat yang terbaik dah utk pikul tanggungjawab tu. Insyaallah, klu ada rezeki aku nak kongsi dengan rakan2 yang banyak membantu selama aku tanggung kerja PA nie. Terima kasih ya kawan2.