Get your own Digital Clock

Jumaat, 30 Disember 2011

tersentuh dan terkesima aku

Tersentuh hati aku apabila Ustaz Don menceritakan bab2 ibubapa dan bagaimana nak membesarkan anak2. Hari niekan rehat panjang, jadi aku luangkan masa nengok segmen Ustaz Don di You tube. Tersentak sekejap aku, mendengarkan kata2nya. Apa yang diceritakan semuanya berpandukan hadith dan Al-Quran.

Alhamdulillah, itu satu pengajaran dan pengisian buat aku sebagai ibu kepada anak2 aku sendiri. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan peliharalah keluargaku. Amin

Rabu, 28 Disember 2011

~ Apam Gula Hangus

Resepi Apam Gula Hangus nie aku salin dari K.Shidah. Ada sekali k. Shidah bawak Apam nie kat Office, bila rasa terus... jatuh cinta nak buat. Lebih2 lagi bahan-bahan yang diperlukan mudah dan senang disediakan. Tapi kalau ada penyakit "M" hinggap kat dlm diri. Tu yang selalu delay jer..hahaha!!!! biasalah tu. Aku pun selalu kena penyakit "M" nie. Tapi malam semalam terlebih rajin pulak.


Alhamdulillah ....cubaan pertama nie, menjadi. Seronok rasanya...

Jom tengok resepi "Apam Gula Hangus" nie:-

Bahan 1 (Gula Hangus)
- 1 atau 3/4 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas

Caranya:-
Masukkan gula pasir ke dalam periuk. Pastikan api yang digunakan sederhana besar, takut tak terkontrol bila gula tu nak menghangus. Silap2 jadi gula rentung pulak hehehe!!!!
Masa gula tu dah nak hangus dan warnanya dah nampak mcm keemasan bolehlah masukkan air panas tadi. Berhati2 ya takut terperecik kat tangan atau muka. Biar mendidih kejap utk pastikan gula larut. Pastu ketepikan.

Bahan 2
- 2 biji telur gred A (aku guna 3 biji sbb telur gred B)
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 11/2 cawan tepung gandum

Caranya:-
Masukkan telur dlm blender, putar sampai kembang. Pastu masukkan minyak putar lagi hingga sebati. Setelah itu masukkan susu, putar lagi. Eeemmm....letak soda bikarbonat, putar lagi. Ok, bolehlah tuangkan gula hangus tadi ke dalam blender tadi. Blender sikit, sampai agak sebati. Akhir sekali masukkan tepung. Putar lagi hingga adunan sebati. Dah siap....senangkan, hanya dengan blender jer.


beginilah rupanya bila semua bahan2 tadi diblender 

Sementara sibuk memblender tu, bolehlah panaskan kukusan ya. Gunalah loyang yang sesuai. Aku guna loyang bulat yang kecik jer...jadi adunannya tebal dan aku kukus selama 45 minit. Insyaallah klu kawan2 buat mesti jadi. (utk elakkan air kukusan jatuh atas apam, aku guna aluminium foil utk tutup permukaan loyang)

aku potong apam nie dalam pukul 11.10 mlm, sbb dah tak sabar nak rasa

*K.Shidah terima kasih kerana sudi share resepi nie. Hasilnya memang best....lembut, tak manis dan memang sedap. 



Selasa, 27 Disember 2011

perasa "mangga"

Kecoh betol anak aku yang sorang nie, mintak aku buatkan ais krim malaysia. Siap request nak ais krim perasa mangga, pastu..nak perasa tu dan nak perasa nie..^&^($#$#6. Macam oder kat kedai ais krim jerkan..tunjuk2 jer. Akhirnya...ais krim nie, dihasilkan oleh ayahnya yang tak berapa busy masa tu. Terima kasih awak...hehehe!!!.


Ais Krim Malaysia - Perisa Mangga

Tara..dah siap. Malam semalam dah selesai sebatang. Aku potong 2 bagi kat anak2 ku itu. Bukan nak jimat sangat tapi mengelakkan "batuk". Nanti saper yang susah...aku dan dia jugak. Dari merawat baik mencegah kan..kan..kan????


Jumaat, 23 Disember 2011

- Sekadar Kenyangkan Perut -

Petang semalam punyer citer........
on the way balik ke rumah perut nie, terasa lapar tapi tak ada selera. emmm!!! macam mana tu ya.
nak masak..mcm malas jer..jd sampai jer rumah, aku ternampak pisang emas tak berapa nak muda dan tak berapa nak masak. Hatiku berkata..nie klu rebus nie sodap jugak!! tanya org umah dia ckp tak nak. tak nak
sudah..

apalagi..aku ambik dlm 5 biji terus masuk dlm periuk dan rebus dlm 10 minit. Dah siap...

-
Pisang Rebus

setelah ditoskan

sedia untuk dimakan

Pisang rebus nie, aku biasa makan masa kecik2 dolu2. Anak aku pun baru semalam kenal dan makan pisang rebus nie. Sodapkan..anak2 ku. Lain kali kita rebus lg ya. Biasanya pisang rebus nie aku makan ngan gula..layan tu!!!!! tapi boleh jugak makan ngan madu. Trylah makan sedap..dan berkhasiat.


Khamis, 22 Disember 2011

Ujung tahun yang "Stress"


Sebelum nie, senarai tugas aku lebih kepada menjaga dokumen, surat dan fail. Tahun nie pulak tugas aku jaga bab2 kewangan bahagian sbbnya K.ita dah naik pangkat jadi "CC". Aku sebenarnya tak pernah rasa stress bila ujung tahun. Tapi disebabkan aku dah buat kerja2 kewangan nie, barulah aku tahu betapa stressnya kak ita bila ujung tahun. OOoooo!!! mcm nie rasanya. Ok jugak..adventure gitu. Banyaklah kau ina.

Esok hari last aku kena pastikan semua Lo aku dah diambil tindakan. Penat jugaklah aku mengejar pembekal dan pegawai dari awal bulan Disember lagi ari tu. Alhamdulillah, esok tinggal 3 jer lagi utk disahkan. Pastu aku cuma perlu tunggu dan update jer dari masa ke semasa.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Permudahkanlah Urusanku.'' Amin

Isnin, 12 Disember 2011

Kuih Lopes - Mak Mertuaku....



~Kuih Lopes~



Caranya:-
senang giler cuma klu malas tak boleh nak buat apalah..


Actually, aku plan nak cuba buat Sabtu hari tu tetapi disebabkan mak mertua aku nak datang tanpa disangka2. Aku dah pindahkan (Ahad) projek Kuih Lopes ini pada mak mertua aku..hahahaha (boleh gitu)- bertuah punya menantu.
Bila aku tengok mak mertua aku buat mcm senang jer...tup..tup dah siap
Mula-mula MM aku blend daun pandan, ambil jusnya utk dimasak dengan pulut. Macam masak nasi, tapi separuh masak jer. Guna api kecil takut hangit nanti. Hari tu aku beli pulut susu, tak payah rendam. Boleh terus masak jek. Pastu, layurkan daun pisang utk proses membungkus. Bungkuslah ikut suka nak besar ke, panjang ke, pendek ke???? mcm gambo kat bawah tu.
Dah selesai...
Bolehlah dikukus atau direbus. Ikut suka. Hari tu, mak aku suruh aku rebus tapi aku malas. Aku cakap "kukus jerlah mak senang sikit"
hehehe!!!!

Sebelum

selepas

Setelah 1/2 jam berlalu, bolehlah diangkat. Bila dah sejuk bolehlah dipotong dan disalut dengan parutan kelapa yang telah ditabur garam. Pastu..jgn lupa pulak sediakan air gula merah. Takkan nak makan cam gitu pulakkan. Ok!!! sedia dihidang..ambik kau sekali hadap jer sepinggan. Buat bukan main lamanya, bila bab makan tu tak sampai pun 20 minit. Licin...


Selasa, 6 Disember 2011

hari penyampaian sijil tadika aniq





Berakhirlah sudah pengajian aniq di tadikanya selama 2 tahun. Alhamdulillah selama dia kat situ, banyak yang telah dia pelajari dan praktikkan dalam kehidupan seharian. Terima kasih guru-guru yang telah banyak membantu mengajar anakku ini.

Tahun depan dah 7 tahun usia Aniq, anakku akan masuk alam persekolahan yang sebenar dan mencabar. Semoga anakku kuat mengharunginya. Amin.

Aniq!!! nie gambar sebagai kenangan Aniq masa hari penyampaian sijil dan persembahan pada hari Sabtu bersamaan 03 Disember 2011 hari tu ya.

sukerlah tu.....

masa nie, aniq tengah azan..konon mcm kat Gazalah nak pergi berjuang untuk mempertahankan Palestin ngan Israel

Part nie, sedang bertempur. Siapa yang pakai baju ala cay.ya..cay..ya tu, mewakili orang palestin. Klu pakai baju askar mewakili Israel. Kesudahannya Palestin menang.
Nie pulak, persembahan Aniq yang ke-2. Menari lagu Cayya..cayya..cayya..
Pandai anak ibu gelek. Cayalah....terbaik!!!!

Acara kemuncak...aniq dianugerahkan sijil tamat Taska..
Tahniah anak ibu.....



Jumaat, 2 Disember 2011

ada jamuan? syok you makan-makan...

pagi-pagi dah meriah kat bahagian aku nie, ada jamuan sikit utk kawan2. Bab makanan pulak, kakitangan yang sumbangkan sikit sorang termasuklah aku. Hik! hik! hik..pada aku lagi best macam tu, dah mosan makan masakan catering. OOoppp!!! jgn marah yer. Bukan...maksud aku masa nielah nak rasa air tangan kengkawan kan...kan..

meh tengok apa yang aku bawak utk kengkawan
-
-
-
-
-

Arca timun simple giler
(1)

Puding Roti
(2)

oklah...harap kengkawan enjoy!!!!! makan sampai kenyang ya




Khamis, 1 Disember 2011

bila nak settle nie!!!




Bengang aku semakin membengkak nie... Bayangkan aku tepon dari 21.11.2011 sehingga ke hari nie (aku tak tepon lagi). Bendanya simple jer..tu pun susah sangat ker???

emel jer kat aku..tak payah anto pun kesini. Bukannya kita nak mintak dia duit pun, tak taulah sistem kerja dia orang nie macam mana. bendanya sehelai kertas jer, pastu settle. Aku nak tengok hari nie, boleh settle tak. Tak taulah macam mana aku nak usahakan lagi. Harap-harap dapatlah apa yang aku nak tu!!!


* Semalam terima melalui pos dan emel tapi hampeh, salah figurelah pulak. Apalah diaorang nie. Benda kecik mcm tu pun boleh salah.

Rabu, 30 November 2011





Selalunyakan perkara yang kira rancang mesti tak menjadi. Tapi buat sesuatu yg tak dirancang pulak biasanya jadi jer. Abah akulah nie, pagi Isnin 28.11.2011. Dia kata jom gie tengok gajah kat Kuala Gandah.
Aku pun apa lagi, jomlah!!!! dah lama aku plan nak gie tapi tak tau bila. Ate bila dah sebut...tekan minyak jerlah. Adik aku pun ada sekali. Aktiviti cam gini, bila reramai baru syok.

So, dalam pukul 10.30 pagi lepas masak utk tengahari, kami pun bertolak. Taklah jauh sangat dari Bentong. Kami sampai awal jugaklah dlm kul 11.30 pagi gitu. Rupa2nya aktiviti dekat Kuala Gandah nie rancak bila waktu petang around pukul 2.30 ptg cam gitu. Mana kami nak tau, ate melanguklah kami menunggunya. Sementara menunggu tu, sempatlah anak2ku memberi anak2 gajah makan. Seronok jugak!! menengoknya.

Patutlah masa kami sampai org tak ramai, parking pun banyak kosong. Ingatkan tak der org nak datang. Rupa2nya kami yang salah time. Hikk!! hikk! amek kau. Klu kwn2 nak tau sebelum masuk kita kena daftar utk ambik stiker ya. Kami tak kena bayar sbb stiker kami hanya utk LAWATAN SAHAJA. Klu nak stiker aktiviti bersama gajah warna frame stiker tu warna kuning. Rasanya yang tu kena bayarlah.. agaknyalah. Aku perhatikan, stiker2 tu dapat kat pelancong oversea. Depa dah kebas stiker2 tu (booking awailah tu).

Tinggal beberapa minit jer lagi aktiviti2 bersama gajah nak mula, aqil dah meragam. Adoi!!! frust aku. Penat aku tunggu. Ater..nak kata apa lagi - BALIKLAH. Tak larat aku melayan kerenah dia, menangis nak susu. Sebenarnya mengantuk pun ya jugak. malam tu dahlah tidur lambat, bangun pulak cepat. Siapa suruhkan..kan...

Tulah payah kalau berjalan bawak anak2 yang masih kecik (kecik ke??) . Tapi ada hikmat disebalik anak aku meragam tu. Rupanya dalam perjalanan keluar dari Kuala Gandah tu, hujan mau turun. Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan kami. Klu tidak!!  masak kitaorang, basahlah jawabnya. Jauh jugak nak ke Parking tu. Tak per-tak per klu ada rezeki, kita ke KUALA GANDAH lagi yer...

Ok papai!!!!!!!


tengah tunggu stiker

senyum...

bagi anak gajah makan kacang


Selasa, 29 November 2011

azam tahun 1433



Alhamdulillah...syukur sangat aku kehadrat Ilahi, kerana aku masih lagi disini. Mencipta angan2 dan azam utk aku meneruskan kehidupan didunia dan mempersiapkan bekalan diri diakhirat kelak. Sempena tahun baru "Maal Hijrah" 1433 aku nak memperbaiki diri utk menjadi baik kepada yang lebih baik dari semua sudut dan aspek. Banyak kelemahan diri yang perlu aku perbaiki dan ubah, tak kisahlah antara yang aku sedar dan tak sedar. Doakan aku...

baby mak ngah aku yg ke-2


Najwa...tu jer yang aku ingat nama baby nie. Jauh juga jarak umur antara abg dan najwa. Klu tak silap 7 tahun beza umurnya. Tak kisahlah..janji sihat kan..kan. 

-3-

Masa nie, sempat lagi mak ngah aku suruh basuh berak baby girl nie. Sib baik..mak ngah tengah pantang. Klu tak!  tak koser nak layan. Cian..najwa.

aku lebih suka yang ori....



Antara cekodok pisang yang ori dengan yang ditambah dengan bahan penaik, mana yang kau orang suka?
aku dan family lebih suka buat dan makan cekodok pisang yang ori..
maksudnya..tak der campur apa2 bahan lain.
aku hanya perlukan pisang yang masak, tepung gandum, gula dan garam
itu sahaja....hasilnya rangup diluar, lembut didalam
hik! hik! poyor jer kan...

Cekodok Pisang Ori..


Bukan senang tau... nak bancuh cekodok pisang ori nie. sbbnya klu terlebih tepung, adunannya bila digoreng jadi keras dan tak sedap. Klu terkurang tepung pun adunan jadi lembik dan serap minyak bila digoreng. Jadi pandai2 lah yer....



Cekodok pisang ori nie telah menjadi santapan family aku waktu pagi hari Sabtu ari tu. Ingatkan nak buat apam pisang, tapi niat ku tiba2 terpadam sbb "MALAS". Lain kali jerlah aku nak try buat apam pisang..
Tungguuuuuu!!!!!!!!! tapi entah bilalah tu...

Jumaat, 25 November 2011

makan...makan...lenguh mulut nie ngunyah jer

pagi nie, sampailah sekarang mulut aku nie tak berhenti mengunyah
kebetulan pulak hari jumaat, rehatnya panjang
ate..makannya apa lagi macam-macam ada

pepagi lagi 7.30 pagi. aku, dia dan aniq sarapan kat kedai mamak kat presint 9. Aku makan sekeping roti telur dan teh ais kongsi ngan aniq.

Tengahari tadi gie bungkus nasi ngan gie totok, hik!!hik!!hik!! mampus aku klu dia tau
dah..kekenyangan, tak cukup ngan tu aku bersekongkol ngan kak wana makan muruku
banyak jugak..lah, sambil2 melayan kak wana mengomel

pastu...tak sampai 1 jam, kak shidah pulak bawak kuah durian panas2 baik dari ladang (pehhhh!!!)
cicah ngan roti, mak ai sodap tu
walaupun perut aku kenyang tapi nak jugak
makanlah 2 keping roti cicah kuah durian, masyaallah kenyangnya
terima kasih kak shidah, rajin betoi dia

selang beberapa minit pulak, si zurina bagi cekodok ikan bilis pulak. Alhamdulillah..rezeki2
tq zue
tulah..bak kata pepatah

"rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari"


oklah..takder idea dah. Sbb perut dah kenyang mata pulak dah ngantuk.

Isnin, 21 November 2011

Kek Valvet....istimewa dari Aiza


Cantikkan...kan!!! kek nie
aku belum rasa lagi, aku telah dibekalkan
oleh tuan punya kek..utk juadah berbuka aku mlm nie


Tq so much. Buat aiza...
jangan lupa post resepi dlm BLOG ya!!!!!



sambungan....Hari Keluarga KKLW 2011

Nie, aktiviti seawal 8.00 pagi
Panaskan badan...gitu. Aku tak join pun sbb baru lepas sarapan. Kalau nak tau, aku rumah Oren,
tu semua kawan2 serumahlah. Cantikkan T-Shirt warna Oren tu????


Bukan setakat aku dan amin jer..dapat baju. Aniq dan Aqil pun dapat, tapi kanak2 dapat
warna biru laut
Ada lagi yang menarik bebudak nie dapat....jom tengok gambar seterusnya


Taraaa!!! siap dapat tabung satu sorang. Comel..gitu.


Peserta-peserta harapan rumah Oren. Hik! hik! hik!


masa nie, Aniq tengah tunggu wisel untuk mulakan
acara arkitek muda..ok 1....2...3 mula


tak sia-sia...aniq berjemur ditengah panas, berbaloi2
aniq dapat tempat ke-3. Oklah.
Aniq dapat beg tu...tu!!!tu!! warna pink lagi.
tahniah...


Aku pun tidak ketinggalan, aku masuk acara bowling buah kelapa. Gambo tak der..ya.
Sepatutnya, game tu utk peserta VIP (Datin2, Isteri2 Datuk). Dah... diaorang tak nak masuk.
Terpaksalah...kami masuk. Jadi VIP kejap. Ha...kau, nasib baik aku dan
kwn2 berjaya mengalahkan set2 mak datin dan vip tu.
Mula 2 seri ngan Rumah kuning..bila lawan balik. Rumah Oren dapat mengatasi Rumah Kuning.
Best giler..masa tu. Al-maklumlah dah lama aku tak join sukan cam gini.
Tu...cuba tengok kat bawah. Hadiah yang aku dapat yang telah dipecahkan
oleh anak aku. Huk..huk..huk!!!


Tak perlah anak. Bukan rezeki ibu.
Nielah dia pesalah...tu. Buat muka kesian pulak dia.


Kami berempat menunggu nama utk dipanggil bagi cabutan bertuah. Best giler hadiahnya...
Namun..hingga ke saat-saat terakhir pun. Nama kami tidak disebut2. Kecewahe...
Tak per..tak per
huk!huk!huk!


Oklah...tahun depan klu ada lagi. Insyaallah kami nak join lagi!!!


Jumaat, 18 November 2011

Hari Keluarga KKLW 2011

Esok pagi-pagi berkumpul kat Wetland. Nanti klu ada gambar aku tepek dan sambung story kat sini ya.

Selasa, 15 November 2011

dulu kecik jerk! sekarang dan besau.....


Nie gambar anak aku yang sulung versi masa kecik dan versi masa sekarang
umurnya dah 6 tahun
tahun depan dah nak masuk darjah 1
macam tak percaya jerk
anak aku dah nak masuk alam persekolahan


Anak aku yang nie, lain macam sikit, manja dia..bukannya manja sikit-sikit. Tapi manja lebih dari biasa. Hobi dia bercakap dan menangis dan menjerit. Kah..kah..kah..
  
Tengoklah gayanya tu...poyo jerk kan.


Ha..yang nie pulak, anak ke-2 aku. Tahun nie, dah masuk 3 tahun umur dia. Kejap betoi masa berlalu. Tup..Tup besau dah dia. Anak kedua aku nie, senang bawak runding.
Dia boleh layan diri, kurang manja dan pandai ngusik.


Nie..gambo dia yang terkini, sama poyo mcm abangnya jugak





Isnin, 14 November 2011

Kuih lapis....untuk sarapan semalam


Hari nie, aku nak story pasal aku buat kuih lapis
utk sarapan semalam
cadangnya nak buat mlm sabtu
tapi
"malas"
so start buat pukul 7.00 pagi keesokannya. 

 Blender semua bahan dan bahagikan kepada 2 warna

panaskan pengukus seperti diatas, aku guna periuk nasik jer....

kukusan dah panas, bolehlah tuangkan adunan selapis demi selapis.
aku ambil masa 5 minit jer utk kukus lapisan demi lapisan tu. Bila selesai kukuslah lagi 10 minit
utk pastikan kuih benar2 masak.

bila dah sejuk bolehlah dihidangkan....

Dah lama aku tak buat kuih nie, rasanya tahun lepas last aku buat masa adik aku dtg umah. Bila lama tak buat rasa mcm tak penah buat pulak. Klu lama sangat tinggal conform tak reti terus. rugi2......



Jumaat, 11 November 2011

"Terpaksa"...tutup sampai Rabu depan



Al kisahnya
Taska tempat anak-anak aku tu
telah ditutup "kuarantin" kerana terdapatnya kes kuku dan mulut
kesannya taska ditutup
dari khamis (10.11.2011) sehingga (16.11.2011)
Malam Rabu tu, memang aku serabut sikit
kat mana aku nak letak Aqil nie
nasib baik "Chik" aku sanggup
Alhamdulillah...

Bab Aniq tak kisahlah
sebab pagi hantar ke Tadika
tengahari "Amin" amik bwk gie office

Bukan aku dan dia tak nak cuti
ari tu baru jer ambik cuti pasal jaga aniq yang kena campak
cuti yang ada pun utk keperluan akan datang
lagi pun ujung2 tahun nie
kerja banyak yang nak kena settle
pengsan..
Alhamdulillah "syukur"...Allah permudahkan urusan kami
memang itu yang aku selalu pinta dariNYA





Selasa, 8 November 2011

Kek Marble...nasib jadi

Malam semalam punya citer. Aku nak try buat kek marble tapi berbelah bagi sbb apa??? sebab ari tu aku buat kek mentega tak jadi. Kek tu lepas masak lembek..lembek selembeknya. Tak tau mana silapnya. Yalah...aku mana ada mixer. Aku pukul pakai tangan jer..alamatnya buang ke laut ler.



Aku Tawakal jerlah..malam semalam. Yerlahkan..tak cuba tak tau kan..kan...sampai bila. Kalau ikutkan resepi asal kena pukul mentega dan gula sampai putih. Ate..dapat kat aku, gula, mentega dan telur aku campur sekali (blend) ambik kau. Sebenarnya..cuak jugak. Hikk!!!hikk!!
Bila dah selesai blend aku masukkan dlm satu bekas utk digaulkan dengan tepung. Bila dah siap bahagikan kepada 2 bahagian. Seperti diatas. Kononnya...

tuang ke dalam loyang ikut kreativiti

Alhamdulillah jadi...mantap gitu


tak sempat sejuk..dah nak kena ngap. tekstur kek aku nie taklah gebu sangat sbb guna mentega biasa jer dan tak guna saluran yang betoi....tapi oklah (lulus)