Get your own Digital Clock

Isnin, 26 Mac 2012

....ngantuknya

 
Ya Allah..ngantuknya. Rasa nak baring jer atas meja nie. Tak terangkat dah mater aku nie ha. Bestnyalah kalau aku kat atas katil dengan bantal aku dan selimut aku. Lena-selenanya....dengan syarat jgn ada bebudak tu. Hahaha...biar aku sorang2 kat umah. Bilalah tu ya??? nak cuti sayang Ooooo. Kat Office nie, kami berentap siapa cuti paling banyak. Bestkan..sebab tulah aku kedekut bab cuti nie, melainkan untuk anak2 aku klu tak sihat. Kenalah aku cuti dengan relanya. Mengarut dah!!!!!!

Jumaat, 23 Mac 2012

"Dimanakah Mahabbahku"

Gambar Ehsan dari Google


Tulah tajuk Program Ceramah Agama pagi nie, Alhamdulillah...ada perkara dalam pengisian yang membuat aku tersentuh dan tersentak sebagai seorang ibu. Berlinang dan meleleh air mataku.....Banyak kisah2 Nabi dan pengisian dlm cermah ustaz tadi walaupun sekejap. "Kasih Sayang" tulah keyword ceramah pagi tadi...hanya dengan kasih sayang. Fikir-fikirkanlah.....

Isnin, 19 Mac 2012

Kuih Sagu..versi kukus

Aku sebenarnya tak berapa nak ok nie. Rasa tak sedap badan...nak demam pun ada. Tapi aku rajinkan jugak nak post pasal kuih sagu nie.

Kan..ari tu aku ada post aku nak berehatkan. Malam tu aku cuba buat kuih sagu versi kukus dan Bingka Pandan resepi lain utk bekalan balik ke rumah mak mertuaku. Tapi aku hanya nak share cara buat kuih sagu jer kali nie. Aku jumpa resepi nie kat satu blog..tak terfikir pulak aku kuih sagu boleh dikukus. Biasanya abah aku masak kuih sagu atas kuali sehingga masak buat jual kat pasar. Abah aku memang dah expert klu buat kuih sagu. Anaknya jer yang tak reti2 + malas.

Meh!! kita tengok resepi kat sini  KUIH SAGU KUKUS

Jom tengok, jadi tak aku buat????

Masak sampai pekat


Kukus sampai takder bijik2 putih

Nielah orangnya yang request kuih nie, jadi dia kena kerja keras klu nak makan

Nielah hasilnya..alhamdulillah memang sedap!!! tak tipu. Cubalah mesti jadi punya.


Rabu, 14 Mac 2012

esok nak berehat

Aku dah start cuti esok, nak gie mana ya. Nanti akan diceritakan Insyaallah.... Nak tulis apa lg ye????
Blurrr!!! lah pulak. Tadi bukan main berkobar2..nie mesti pasal kes sentap tadikan. Yalahh..kot. Entah apa-apa ntah. Tolak tepi jerlah...small matter. Oklah.

Isnin, 12 Mac 2012

cuti sekolah

Hari nie, Aniq dah start cuti sekolah. Nasib baik ada mak sedara yang dekat, dapat jugaklah aku tumpangkan Aniq. Klu nak letak kat Taska lama dia tu, boleh jugak. Tapi ..awal2 lagi Aniq tak nak sbb katanya..tak best sebab tak boleh bising, tak boleh main2 sangat dan tido lama sangat katanya. Oklah Aniq, ibu memahaminya. Klu dia kat rumah pun memang tak duduk diam dan mulut pun susah nak tutup. Nak wat cam ner..dah begitu orangnya. Sabar ajerlah...moga2 apa yang ada pada diri dia hari ini, ada kebaikan buatnya. Amin....

"Selamat bercuti ya Aniq"

*nanti kita jln2...ya.

Jumaat, 9 Mac 2012

Pasai aper ntah!!!

Hari nie, aku terpaksa tukar background blog sbb dah tak show. Aku ganti yang lain..baru boleh kuar sbg background. Oklah jugak...dah lama sangat aku guna background yang tu. Yang baru nie, mcm ok jugaklah. Aku masih kekalkan warna hitam dan background warna gelap. Aku memang suker....

Tak perlah..klu aku nak guna semula aku bolehlah pergi ke link kat bawah nie....

Background lama..

Khamis, 8 Mac 2012

Jom buat "Donut"

Semalam aku main2 tepung, uli2 buat donut. Aku puas hati sangat dengan donut semalam tapi tak puas sepenuhnya sbb lupa letak telur. Itu pun dah dikira lembut, klu aku letak rasanya mesti lagi lembut. Rupanya buat donut nie bukannya susah bebenor cuma malas dgn rajin jer. Kih..kih..kih

Bahan2 yang perlu ada :-

1. Tepung gandum
2. Mauripan
3. Marjerin
4. Telur (lupa letak)
5. Susu Tepung
(gula sikit dan garam sikit)
* Softener jenama nona (aku tambah)
(air utk buat doh)

Campur semua bahan nie sampai jadi mcm gini....yer!!!


Pastu boleh bentukkan ikut suka kita nak mcm mana


Proses akhir...goreng ngan api yang sederhana sampai masak dan lumurkan dengan gula. Dah siap utk dimamam.....


Donut oh donut

Selasa, 6 Mac 2012

pasal menu semalam...

Ahad lepas makcik aku ada bekalkan nasi putih (agak banyak). Jadi balik jer kerja semalam, aku dah plan nak masak nasi goreng jer utk dinner. Fikir2 punya fikir, ingat nak cuba buat nasi goreng kampunglah (mcm jadi). Memandangkan ikan bilis kat rumah aku nie banyak (beli dr sabah' pesan ngan pegawai kat tpt kerja) Tq sesangat - memang berjasa.

Sampai jer rumah, bermulalah misi aku utk menghasilkan nasi goreng kampung. Bahan yang aku guna cuma,

nasi sejuk(putih)
kangkung
ikan bilis
bawang putih
bawang besar
cili padi
garam
minyak masak

*menu tambahan (telur mata tanpa minyak)
telur ayam 3 biji

Nahhhhh!!!! dah siap. Alhamdulillah mengikut deria rasa aku dan dia. Nasi Goreng Kampung aku berhasil. Seronoknya...licin(berani tak habiskan) hahahaha!!!!!



Nasi Goreng Kampung..ku


Isnin, 5 Mac 2012

positif..positif..positif '+'

Siapa suka fikir perkara2 yang positif? angkat kaki...hahahaha!!!!

Bukan apa, sajer jer. Percaya tak korang bila kita fikir positif semua jadi senang. Kau org ada rasa tak mcm tu. Atau pun ada ke orang yang fikir positif rasa mcm tak best. (masalah tu...kih..kih). Masing2lah kan..manusia nie tak samer rambut sama hitam tapi hati lain2. Tapi peribahasa nie, rasanya dah mcm tak sesuailah sekarang sbb skrg nie rambut manusia mcm2 colour. boleh ke kita ubah mcm nie " rambut tak sama warna hati pun lain2" sedap ker cam gini. Eee..mmmm mcm pelik jer. hik..hik..hik..

Tapi betullah, klu ikut pengalaman sayakan. Bila kita suka berfikiran positif, hasil yang kita dapat Insyaallah mesti positif jugak. Betul..tak tipu. Tak caya sudah!!!
Bukan apa, aku sajer nak share pasal nie, kurang2 ada story utk hari nie. Boleh gitu..??
Sebenarnya ..hati aku nie ada terdetik something pagi nie. Jadi aku tengah didik hati nie supaya fikir positif pasal benda tu..tulah sebenarnya, itu jer!! Sebelum hati nie, jadi kotor sbb benda2 kecik nie. Baik aku jejaga..nanti free2 jer aku dpt dosa tanpa sedar dan hati jadi kotor. Tak naklah...
Ya Allah peliharalah hatiku...amin..