Petang....sabtu atau Ahad 2 minggu lepas mesti kami turun main bola kat padang depan Maybank Putrajaya. Bosan tahap gaban dah....klu kat umah asyik nonton tv je tak pun menidurkan diri. Nak jalan-jalan disiang hari..aduhai bercinta sangat, tau2x jelahkan cuaca sekarang nie. Aniq pun bila cakap je nak main bola...excited sangat, tengoklah klu kami cancel program (tak jadi main bola) tanya macam2x sampai naik hangin nak menjawabnya....soalan yg berulang2x. Tension...dibuatnya. Nie...antara aksi2 aniq yang sempat di snap.
"Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam"
Rabu, 23 Jun 2010
Rabu, 16 Jun 2010
JiWa kAcAu
Ujung-ujung waktu mcm nie memang dah malas nak wt keja. Lebih-lebih lagi jiwa aku yg tak berapa nak syok nie. Tapi aye cuba supaya yg tak syok tu jadi syok sbb klu jiwa tak syok akan melahirkan titik hitam...dalam hati, tak mau lah macam tu..tak baik untuk kesihatan rohani. Bila..sesuatu tu terjadi, baru kita akan tau siapa kawan atau lawan. Tapi aye dah tak kisah...sbb lepas nie kita akan lebih berhati-hati dijln raya.
Eemm...tak pelah, nak wat cam no, masing2 ada agenda. Eh..paham ke, apa yg aye tulis nie, apa!! tak paham. Tak yah le paham, biar aye je yg tau, nie sebenarnya nak luahkan apa yg terbuku dlm ati nie je, pas tu..ok arrr.
Lepas nie, back to normal....
Isnin, 7 Jun 2010
tak tau nape!!! Suka S'ngat.....
~Selamat Malam~
Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
WOoooo....
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
WOoooo....
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
oleh:-Faizal Tahir
m'LangKah vs d'MaM
Ha.....akhirnya berjalan jugak ya.....4 langkah petang Jumaat hari tu (jadilah). Lambatnya....si adik berjalan berbanding si abangnya. Tak pelah..setiap anak bukannya sama kan..kan. Syukur alhamdulillah berjalan jugak. Tapi kelakar..terkengkang-kengkang dia nak melangkah....
Si abangnya....pun baru kebah dari demam dah 4 hari, aye dan abang berganti menjaganya dirumah. Kesian nengoknya dah kurus mana taknya makan tak nak, minum susu tak abis. Ada satu tahap tu, kami jadi panik bila dia sampai mengigau dan meracau. Mana tidaknya ada satu pagi tu, dia keluar bilik meluru ke pintu pagar luar tu...nasib baik sedar. Kalau tak tak tau le..lepas dari hari tu pagar depan tu senantiasa berkunci.
Sabtu dan ahad penuh dengan aktiviti berjalan-jalan sekitar Putrajaya start dari malam Jumaat tu hingga Sabtu malam (full) tak duduk umah. Kan..kat Presint 2 ada pesta nasi lemak. Saje..lah pusing2 bawak aniq & aqil (naik motor) tukar angin bagi dia segar sikit dan suka suki nengok konsert kat tapak pesta tu..(sabtu mlm) ada nora, daud kilau, tarian itu... ini...dan ramai lagilah. Best jugaklah...sempatlah sambar selendang ala2 yuna tu..(kononnya).
ha..ha..hari nie aye sangat senang hati dan boleh bergumbira sbb anak-anak dan insan yang tersayang semuanya sihat dan aktiviti berjalan seperti biasa. Ya..Allah berikanlah kesihatan yang baik kepada kami agar mudah urusan kami. Amin......
Selasa, 1 Jun 2010
KePoNg - BirtHdaY PartY
Tut..tut message masuk
"Salam. Dengan segala hormatnya mempersilakan kalian ke majlis ulangtahun putera kami HIJAZZ HAIQAL pada hari Sabtu, 29hb 5, jam 8 mlm, di teratak kami. Semoga dengan kehadiran para tetamu sekalian akan menyerikan lagi majlis dan diberkati Allah SWT. terima kasih."
eemmm..setiap tahun kawan aye yg sorang nie mesti tak lupakan kami. Tq sangat2 sbb kami sentiasa dihati kalian dan kami juga tak pernah lagi mengecewakan pelawaan mereka sekeluarga. Kak long nie kawan baik aye masa sekolah menengah lagi dan kami still contact sampai sekarang. Jadi malam Sabtu ari tu, aye and family lepak kat rumah dialah sampai pukul 11.30 mlm ikut hati nak balik awal tapi dah kena tahan (nak wat cam no). Bila dah nak balik, macam2 pulak yang dibungkusnya. Mak..aii berbunjut-bunjut. Apa2 pun terima kasih (rezeki).
Nie je..gambar yang sempat di snap sebab tuan rumah (baju hijau) adiknya (baju coklat) busy sokmo. Apa2 pun buat Haiqal (baju belang2) "Selamat harijadi yang ke-4 tahun semoga menjadi anak yang baik" dari kami sekeluarga.
Langgan:
Catatan (Atom)