Get your own Digital Clock

Rabu, 9 Januari 2013

Awal tahun..slow sikit


Klu awal tahun nie, perjalanan kerja aku slow sikit tak mcm hujung tahun. Tapi ok jugak, bolehlah aku main-main sikit. hahaha...aku ketagih dok main game 'Plants versus Zombies'. Dah lama aku tak main game nie, sbbnya aku ingat dah delete masa sibuk2 nak pindah office baru tahun 2011. Tak sangka baru-baru nie, dok sibuk klik2 terjumpa pulak..apa lagi layanlah, sementara tak ada kerja nie. Oklah....nak sambung buat kerjalah....

Jumaat, 4 Januari 2013

Masa mula2 dengar lagu nie terus berlinang air mata


Aku start dengar lagu nie, kat TV Al-Hijrah masa bulan puasa. Sayu jer..tersentuh hati aku, hingga berlinang air mata aku sbbnya aku baca terjemahan lagu nie. Pada aku lagu nie memang best..utk santapan jiwa aku.



Khamis, 3 Januari 2013

Klu tak ada aral melintang..sampailah kitaorg ke situ


gambar ehsan dr google

 
Secara tak sengajanya, aku pun tak plan semua benda nie. Secara tiba-tiba jer..aku dah dapat tiket ke Gold Cost Morib dengan harga Pakej yang sangat berbaloi-baloi. Kwn office aku yang tolong book kan...secara online tak silap aku 15.12.2012. Dan secara tak sengajanya juga, kami tiga family (officemate) akan pergi bercuti ke situ pada hari dan waktu yang sama. Insyaallah... klu tak ada aral melintang dan pakej tu memang rezeki kami, aku akan postkan story disini ya.

Rabu, 2 Januari 2013

kedua-duanya dah sekolah


Seorang darjah 2 dan sorang lagi dah Tadika 5 tahun. Jadinya mulai hari nie, kedua-duanya perlu dikejutkan utk membersihkan diri. Aniq..bersiap sendiri dan Aqil, serah pada ayahnyalah...ibunya pulak ngelat. Hahaha!!!! oklah tu. Aku jadi tukang kejut dan huru-harakan suasana pagi yang sunyi dan gelap tu...

Pagi tadi ada sedikit konfliklah..yang mana Aqil tak nak pakai baju Tadika, berlari ke dalam bilik nak bukak almari nak ambil baju lain. Entah macam mana, tiba2 dia teringatkan semua mainannya sehingga lupa nak ambil baju kat dlm almari tu. Elok jer... ayahnya sarungkan baju Tadikanya tu. Rasanya...Aqil dah redha kot. Masa hantar ke Tadika pagi tadi, risau jugak takut dia nangis sbb abgnya kan dah sekolah. Masuk jer..terus daftar dan bawak dia kebelakang tengok Tv. Pesan mcm-mcm kat dia dan teacher dia. Settle semua, aku cakaplah ibu nak kerja. Tengok dia ok jer...Alhamdulillah. Lega....