Get your own Digital Clock

Jumaat, 30 Januari 2015

Khamis, 29 Januari 2015

Jumaat, 23 Januari 2015

Aqil dah sekolah



Tahun 2015 Aqil dah 7 tahun. Bermakna Aqil dah sekolah darjah 1. Berdebar hati mak ayahnya, hehehe..tak tau lagi bagaimana sambutan dan reaksinya ke alam sekolah yang lebih besar dan luas. Aku sendiri sebenarnya tak yakin yang Aqil nie boleh!!! perasaan terhadap anak bongsu hehehe.,,

Alhamdulillah...Allah permudahkan. Segala apa yang dirungsingkan..beransur2 hilang bersama waktu-waktu yang berlalu pergi. Hingga ke hari ini..perasaan bimbang masih ada tapi kita tawakal. Insyaallah...Aqil pun boleh seperti abangnya kan..kan.

Hari kedua sekolah...Aqil memberi respon yang positif dan tindak balas yang baik terhadap persekitaran dan orang2 sekelilingnya. Dia cepat belajar dan agak berani berbanding abangnya.

Awal persekolahan tu, kami cuti sebab nak menemankan Aqil dari pagi hingga ke petang. Penatnya Allah jerlah yang tahu. Ate..dok menunggu Aqil bagi makan dan tanya nak ke tandas ke idak. Hari pertamalah katakan. Mak ayah mana tak risaukan.

Hari kedua, pagi tu..kami tunggu Aqil hingga masuk kelas. Pastu kami nyorok..tanpa Aqil sedar kami dok perati apa yang dia buat. Alhamdulillah bila waktu rehat, dia dah ada geng dalam 4 orang duduk sama2 dan makan sama2. Seronoknyalah aku waktu tu, dia dah berkawan dan boleh berkomunikasi dengan baik dengan kawan2. Lepas pada tu, aku yakin Aqil boleh menguruskan diri sendiri.

Macam tak percaya jer..anak2 aku semuanya dan bersekolah. Selamat tinggal Alam Tadika ...



Khamis, 22 Januari 2015

Rabu, 21 Januari 2015

Selasa, 20 Januari 2015

Penatkan...



Permulaan Tahun yang agak memenatkan. Memang penat..nak mengeluh pun tiada gunanya, harungi hari-hari dengan penuh kesabaran. Sekolah Rendah zaman sekarang dah macam sekolah Menengah. Zaman aku dulu tak derlah sepadat gini jadualnya. Alhamdulillah...semua berjalan lancar. Semoga Allah beri kami kesihatan dan dipermudahkan segala urusan kami.


Selasa, 6 Januari 2015