Get your own Digital Clock

Isnin, 25 Februari 2013

$%$$^&....


Salam...

Dah lama tak tulis kat blog nie, tak ada idea nak post apa. Klu ada pun...masa pulak tak ada.Tup..tup..pending lama sangat, idea terus hilang. tak perlah. Klu ada yang menarik akan datang aku postlah klu tak der aku post jugak tapi tulis mcm nie jugaklah.

Rabu, 13 Februari 2013

Pagi Rabu...


Pagi nie, kami semua hanya ke satu destinasi sahaja. Office!!! Aniq tak sekolah utk sesi pagi tapi sesi petang ada ya. Aqil sekolah seperti biasalah. Jadiknya...berlambat-lambatlah sikit kami pagi tadi. Tapi yang peliknya sampai office seperti biasa, sempat isi minyak lagi. Mungkin..kereta dijalan tidak banyak seperti selalu. sbb tu perjalanan lancar. Alhamdulillah...kerja agak banyak utk aku hari ini. Tapi masih boleh luangkan sedikit masa utk update blog aku nie yang tak berapa agresif sejak kebelakangan nie. Tapi masih aktiv..oklah tu.

Jumaat, 8 Februari 2013

Cuti yang panjang


Bulan nie, cuti umum memang banyak. Seronok memang seronok...klu masa-masa cuti tu terisi dengan aktiviti yang best-best. Minggu nie, tak tau lg apa agenda kami sekeluarga. Biarlah...masa yang menentukannya..kita hanya merancang Allah yang menentukannya. Moga masa cuti nie, terisi dengan aktiviti yang baik-baik dan berfaedah. Insyaallah...

Rabu, 9 Januari 2013

Awal tahun..slow sikit


Klu awal tahun nie, perjalanan kerja aku slow sikit tak mcm hujung tahun. Tapi ok jugak, bolehlah aku main-main sikit. hahaha...aku ketagih dok main game 'Plants versus Zombies'. Dah lama aku tak main game nie, sbbnya aku ingat dah delete masa sibuk2 nak pindah office baru tahun 2011. Tak sangka baru-baru nie, dok sibuk klik2 terjumpa pulak..apa lagi layanlah, sementara tak ada kerja nie. Oklah....nak sambung buat kerjalah....

Jumaat, 4 Januari 2013

Masa mula2 dengar lagu nie terus berlinang air mata


Aku start dengar lagu nie, kat TV Al-Hijrah masa bulan puasa. Sayu jer..tersentuh hati aku, hingga berlinang air mata aku sbbnya aku baca terjemahan lagu nie. Pada aku lagu nie memang best..utk santapan jiwa aku.



Khamis, 3 Januari 2013

Klu tak ada aral melintang..sampailah kitaorg ke situ


gambar ehsan dr google

 
Secara tak sengajanya, aku pun tak plan semua benda nie. Secara tiba-tiba jer..aku dah dapat tiket ke Gold Cost Morib dengan harga Pakej yang sangat berbaloi-baloi. Kwn office aku yang tolong book kan...secara online tak silap aku 15.12.2012. Dan secara tak sengajanya juga, kami tiga family (officemate) akan pergi bercuti ke situ pada hari dan waktu yang sama. Insyaallah... klu tak ada aral melintang dan pakej tu memang rezeki kami, aku akan postkan story disini ya.