Get your own Digital Clock

Rabu, 17 Ogos 2016

Roti Buatan Sendiri - Sentuhan Pertama Haha....


Sarapan Pagi Selasa - 16 Ogos


Try buat sosej pintal..

Taraaa....oklah kan. haha!!!

Banyak nie jer dapat untuk satu adunan

Tara...sedia dimakan

* Adunan dah ok, cuma tak gebu gebas sbb mungkin uli tak lama dan terbakar terlama. Haha...semuanya terrrr....boleh cuba lagi. Cayok!! cayok!!



Jumaat, 5 Ogos 2016

Cup Cake Coklat Moist


Buat untuk Pot Luck Sekolah Pagi Anak-anakku......Syawal Terakhir

Bahan-bahan:-

3 biji Telur (4 biji klu gred C)
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil Soda Bikarbonat
1 sudu kecil Baking Powder
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 penutup botol esen vanilla

caranya:-

- Masukkan telur dan gula, kacau sampai kembang. Masukkan susu pekat kacau hingga sebati.
- Masukkan serbuk koko, esen vanilla, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder kacau sebati.
- Masukkan minyak, kacau sebati dan masukkan air panas.
- Masukkan dalam cup kecik2.
- Kukus 15 minit.
- Siap



Sebelum

Selepas


Rabu, 20 Julai 2016

Famous Amos bila buat menjadi..


Tepek sikit...

Bahan A

1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk Vanilla

Bahan B

2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sb serbuk koko (diayak)
1 sb tepung jagung (diayak)
1/2 sk cream of tartar nona atau ganti dgn 1/2 sk cuka/jus lemon)
1 cawan coklat chip

Cara:-

Satukan semua bahan A dlm mangkuk dan kacau hingga sebati. Masukkan bahan2 ayak tadi guna spatula jer. Pastu masukkan coklat chip. Simpan dalam peti ais selama 30 minit. Bakar suhu 170 darjah selama 20 minit.

Siap~~~

Sebelum

Selepas

Isnin, 11 Julai 2016

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir dan Batin





Main masak-masak Ramadhan 2016





                                                            Biskut Samperet                                                           

Biskut Famous Amos

Muffin Coklat Chip


Rabu, 11 Mei 2016

R-i-N-d-U


KADANG KITA RINDUKAN SESEORANG
BUKAN SEBAB KITA RINDU
NAK TENGOK MUKA DIA

TAPI KITA RINDUKAN KENANGAN
LALU BERSAMANYA
KERANA KITA TAHU
MASA TAKKAN BOLEH PATAH BALIK
KE WAKTU ITU...