Get your own Digital Clock

Khamis, 31 Mac 2011

7 biji 20 hinggit

Ini semalam punya cerita...dah berhari-hari aniq mintak nak makan durian. Aku nie..tak tau nak beli kat mana yg ok dan murah. Sudahnya....kami beli kat pasar mlm. Sampai2 je..terus tuju kat gerai durian, tak toleh dah kiri dan kanan. Haha....

Dialog antara kami dan penjual:-
Kami : kira mcm mana nie?
Penjual : 3 biji 10 hinggit, klu 20 hinggit bagi 7 biji.
Kami : durian dari mana nie?
Penjual : Pahang.
Kami : Kat mana?
Penjual : Bentong.
Kami : Bagi 20 hinggit jerlah..
Penjual : Ok

Haa..ha tak yah susah2 aku balik Bentong, rupanya kat sini pun ada durian dari Kampung sendiri. Sampai jer..di rumah aniq terus nak mkn. Tak sempat aku nak letak beg, dah menjerit2, yang besor nak mkn durian dan yang kechek pulak sibuk suruh potong kek cokelat yg aku beli kat jualan bawah office aku. Nak pitam rasanya....

Tengok isi durian tu..oklah berbaloi-baloi, sedap, lemak dan manis. Aniq bukan main banyak lg dia mkn, suka pulak dia. Rasanya masa kocik2 tak der nya dia nak makan pun. Yang adik setakat cubit sikit2 jer. Jadilah..pengenalan. Dah puas mkn, apalagi minum air dlm kulit durian tu..org panggil apa ek..aku lupalah.
Petua org lama2, katanya elakkan panas badan. Oklah, alhamdulillah...

7 biji durian yang dikopek tu, hanya 5 jer yg licin dimkn. Lg 2 biji tu, aku buat keputusan buat tempoyak. Yeyeooo jer..kan. Betoi..aku buat tempoyak, aku teringat mcm mana 'wan' aku bikin sbb tu aku tau. Walaupun ini adalah kali pertama aku nak buat sendiri, masa kechik2 dulu tu..aku tolong sikit2 jer.

Aku sebenarnya..nak ambik gambar masa tengah asingkan biji dan isi durian tu..tapi malaslah pulak. Si Kechik tu meragam..nak aper ntah. Tak paham aku. Pastu...jln terakhirnya aku suruh ayahnya...mandikan si abg dan si adik, rasanya dah pukul 10.30 mlm kot masa tu. Mana tak nya suruh tido tak nak, bg susu tak nak, nak kata lapar....mustahil. Sudahnya..pergi mandi mana tau, sejuk sikit. Memang betol tekaan aku mereka2 tu kepanasan, sbb lepas mandi tu, barulah mereka2 dah tak berbunyi. Aman sikit...klu tak huru hara dibuatnya. Nak buat tempoyak pun tak senang...boleh gitu!! hehehe...nantilah esok ke, lusa ke, tulat ke, tonggeng ke..aku tepek gambar tempoyak yg tak berapa byk tu yg dah disumbat dlm botol buat kenangan aku dimasa hadapan utk kenang-kenangan.

Jumaat, 11 Mac 2011

Berpindah sudah..........

Sedih...sebenarnya nak melangkah keluar dari kuarters. mana taknya dah 6 tahun aku mendiaminya. Dari tak der anak sampai dah ada 2 anak. Suka, duka...semua adalah!!! malas nak citer. Oleh kerana rumah yg aku beli tu tak jauh sangat dr tempat kerja, kenalah aku duduk dan niat pun beli utk duduk. Apa2 jer..lah.

26.2.2011 sah...aku pindah ke rumah baru. Sekarang rutin aku pun dah berubah....semuanya kena awal klu tak lambatlah jawabnya. Apa..yg penting sekarang nie..semuanya dah selamat. Syukur...sgt2!!