Get your own Digital Clock

Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat Hari raya


Aniq dan keluarga mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA" DAN " MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada semua yang mengenali kami. Hati-hati dijalanraya semoga selamat sampai dan selamat kembali ke destinasi yang dituju. Semoga Ramadhan tahun ini bukan ramadhan yang terakhir buat kita.

Selasa, 7 Ogos 2012

Anak-anak aku...



Setakat hari nie, tak pernah miss lagi lah beli kuih lopeh. Hanya sahari jer tak beli kuih lopeh masa hari sabtu masa balik bentong ari tu dan hari ahad makcik buatkan kuih lopeh utk kami. Kuih lopeh nie, kuih kemestian aniq bila berbuka puasa. Heran aku...tak der kuih lain ker yang dia nak makan. Hari2 bila tanya..kuih lopeh jugaklah jawapannya. Nasib baik senang nak dapat. Klu tak haru aku ............

Semalam aku dah tunaikan permintaannya nak makan bubur pulut hitam. Berulang2 jugaklah dia makan, seronok aku tengok. Sehinggakan bersahur pun tambah sampai 2 mangkuk. Hari nie, boleh makan lagi ya..aniq, seperiuk ibu buat. Makan puas2...semoga aniq puasa penuh tahun nie. Insyaallah.

Yang aqilnya pulak dengan perangainya. Yalah..seminggu lepas dia asyik demam jer. Lepas makan ubat ok, pastu panas balik..macam tulah berulang-ulang sehingga semalam. Alhamdulillah hari nie, aku tengok dia dah sihat. dan ok macam biasa. Cuma...selsema pulak. Bila waktu berbuka puasa, masa tulah dia nak buat perangai.. nak itu tak kena, nak ini tak kena, bila makan.. kejap nak, kejap nak luah. Sabarrrrr!!!!! Ampunkanlah dosa2 aku Ya Allah......sesungguhnya hambamu ini lemah. Berikanlah kekuatan untuk aku membesarkan dan mendidik anak2 aku menjadi anak2 yang berguna dunia dan akhirat. Amin..

Rabu, 1 Ogos 2012

Boleh tahan jugak..


Hari nie, abg aku telah bekerja keras untuk menyiapkan Kad Hari Raya. Aniq dah request dari Jumaat lepas lagi. Dia bagi tau, kad tu nak bagi Ustazah KAFAnya. Sayang ya..kat Ustazah dia. Hari tu, dia request jugak Kad untuk Hari Guru. Yang tu aku yang buat. Tak terfikir pulak nak ambik gambar kad tu. Biasa-biasa jerlah yang tu. Tapi Kad Raya nie, special sikit. Nampak cantiklah..kreatif jugak abg aku nie yer!!!

Abg aku hanya sediakan kad jer..tapi isi dalamnya Aniq yang tulis sendiri. Ikutlah apa yang dia nak tulis untuk Ustazah kesayangannya tu.

haaa!!!! cantik tak? cantik tak?
siap letak gambo lg...empunya kad. Sampul kad pun warna hijau (buat sendiri jugak)
Terbaikkkkk!!!!!