Get your own Digital Clock

Selasa, 7 Ogos 2012

Anak-anak aku...



Setakat hari nie, tak pernah miss lagi lah beli kuih lopeh. Hanya sahari jer tak beli kuih lopeh masa hari sabtu masa balik bentong ari tu dan hari ahad makcik buatkan kuih lopeh utk kami. Kuih lopeh nie, kuih kemestian aniq bila berbuka puasa. Heran aku...tak der kuih lain ker yang dia nak makan. Hari2 bila tanya..kuih lopeh jugaklah jawapannya. Nasib baik senang nak dapat. Klu tak haru aku ............

Semalam aku dah tunaikan permintaannya nak makan bubur pulut hitam. Berulang2 jugaklah dia makan, seronok aku tengok. Sehinggakan bersahur pun tambah sampai 2 mangkuk. Hari nie, boleh makan lagi ya..aniq, seperiuk ibu buat. Makan puas2...semoga aniq puasa penuh tahun nie. Insyaallah.

Yang aqilnya pulak dengan perangainya. Yalah..seminggu lepas dia asyik demam jer. Lepas makan ubat ok, pastu panas balik..macam tulah berulang-ulang sehingga semalam. Alhamdulillah hari nie, aku tengok dia dah sihat. dan ok macam biasa. Cuma...selsema pulak. Bila waktu berbuka puasa, masa tulah dia nak buat perangai.. nak itu tak kena, nak ini tak kena, bila makan.. kejap nak, kejap nak luah. Sabarrrrr!!!!! Ampunkanlah dosa2 aku Ya Allah......sesungguhnya hambamu ini lemah. Berikanlah kekuatan untuk aku membesarkan dan mendidik anak2 aku menjadi anak2 yang berguna dunia dan akhirat. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!