Get your own Digital Clock

Khamis, 20 September 2012

Ayam Percik Sempoi punya....


Resepi nie, aku dapat daripada lin. Dia dok bercerita anak dia suka makan ayam percik nie. Tengok gayanya dia bercerita mcm best jer. Jadiknya aku mintaklah resepi ayam percik yang biasa dia buat. Memang sempoi betoi bahan2 yang dia gunakan. No wonderlah, dia boleh bikin bila2 ajer. Seingat aku apa yang perlu ada adalah:-

Bahan2

1. Ayam
2. Halia
3. Cili kering
4. Buah keras
5. Bawang putih/bawang merah
    (Blend semuanya)
6. Serai
7. Asam keping
8. Santan
9. Garam
10. Gula

Caranya pulak

Blend semua bahan kecuali serai (titik jer). Tumis semua bahan tu....sampai wangi. Masukkan santan  biar didih kejap. Seterusnya masukkan ayam tadi. Agak isi ayam dah separuh masak. Keluarkan ayam tu utk dipanggang atau dibakar hingga masak. Didihkan kuah tadi sehingga masak dan pekat. Pastu bolehlah jiruskan kuah tadi yang pekat ke atas ayam yang telah siap dibakar. Makanlah..dengan kenyang ya.

andai kata anda kreatif, bolehlah tambah apa yang patut hehehe!!!!


Hasilnya....

Kat bawah gambar sebelum kejadian-----

kuah tengah didihkan sehingga pekat

ayam sedang dibakar sehingga garing bukan sampai rentung ya....


Selasa, 11 September 2012

setelah bertahun tak berjumpa....


yana dan aku

Sabtu malam bersamaan 8 Sept 2012, berhari raya bersama. Seronok dapat berjumpa dengan kawan lama aku masa kat Kolej. Tapi masih rapat dan saling contact walaupun tak selalu. Tapi klu jumpa tak hingat...riuh sangat. Dah bertahun rasanya tak berjumpa. Mana taknya Yana nie sibuk memanjang. Nie pun, rezeki dapat jumpa. Kebetulan dia free aku pun free.





Selasa, 4 September 2012

Rentetan Hari Raya Tahun 2012

 Salam Syawal,

Sambutan Hari Raya Tahun nie memang best dan berjalan dengan lancar dengan izinNya jua. Alhamdulillah...semuanya nampak sempurna. Kemanisan Syawal tahun nie dapat kami rasai dan moga apa yang kami lakukan dapat keberkatan dan keredhaan dari Allah.

Sabtu lepas subuh, kami dah mula gerak untuk balik ke Bentong, Pahang. Tahun nie klu nak ikutkan memang giliran belah keluarga aku. Biasanya, setiap kali malam Raya Taman rumah aku akan adakan kunjungan rumah ke rumah untuk Takbir raya. Jadi tahun nie, kami berganding bahu menyiapkan juadah untuk hidangan berbuka dan beraya. Tahun nie, adik aku plan nak masak mee kari. Makcik aku pulak masak ayam halia dan kuah kacang. Tak ketinggalan abah aku pulak masak rendang ayam untuk dimakan dengan lemang. Aku pulak..hehehe!!! ngelat sikit, cuma sumbangkan tenaga untuk merebus ketupat adabi. Hahaha!!!! oklah tu. Ada jugak sumbangan....Malam lepas berbuka, kami dah sibuk nak siapkan hidangan untuk orang2 surau. Alhamdulillah...semua settle.

1 Syawal pagi2 lagi aku dah bangun dengan penuh semangat mengejut dan menyiapkan anak2. Tahun nie, kami semua pergi sembahyang Raya di surau kat Taman rumah aku. Memang seronok you....semuanya berseri2 nak raikan kemenangan masing2. Yang paling excited anak2 akulah. Mana taknya..seronok nak menggayakan baju melayu diaoranglah. Habis sembahyang raya, kami adik beradik beraya pulak dengan Abah dan makcik. Cuma anak2 makcik jer yang tak der sbb tahun nie, diaorang beraya belah mertua.

Dah settle beraya, acara seterusnya...makan beramai2, menikmati juadah hari raya yang telah kami sediakan semalam.

2 Syawal pagi-pagi lagi kami dah nak gerak ke destinasi masing2. Aku nak menghala ke Bangi nak beraya rumah mak sedara  kat Limau Manis. Adik lelaki aku dah start kerja esoknya. Adik aku yang perempuan tu, nak menuju ke Melaka (rumah mak mertuanya). Mira pulak nak ke Taiping (rumah saudara belah suami). Makcik dan abah menuju ke Kampar rumah Opah (mak mertua abah). Aku stay kat Bangi sampai 4 Syawal untuk settle apa2 yang perlu.

5 Syawal aku  dan adik perempuan aku gerak ke Tapah untuk beraya dengan keluarga arwah Pak Ngah. Dekat rumah Mak Ngah, adik aku ditugaskan untuk masak laksa. Sepatutnya mak ngah aku nak masak utk kami. Tapi kesihatannya tidak mengizinkan. Aku pulak kena masak untuk makan tenganhari. Oklah..tu berjasa untuk sepupu-sepupu aku tu...yang bestnya abah dan makcik pun datang beraya kat umah Pak ngah aku. Lepas asar, kami pulak follow abah dan makcik beraya umah Opah pulak. Kami lepak sampai maghrib. Kami siap mandi lagi kat umah Opah...dah settle semua kami gerak balik ke rumah Pak Ngah aku untuk bermalam.

6 Syawal, lepas sarapan aku gerak ke Teluk Intan (rumah mak mertuaku). Adik aku pulak balik ke Shah Alam. Aku beraya kat Teluk Intan sampai 9 Syawal. Masa kat Perak, kami gie beraya kat Manjong (rumah adik mak mertuaku). Sempat lagi kami singgah ke Teluk Batik, tak mandi pun. Lain kali boleh kot?????

Oklah tu..jer.