Get your own Digital Clock

Khamis, 20 September 2012

Ayam Percik Sempoi punya....


Resepi nie, aku dapat daripada lin. Dia dok bercerita anak dia suka makan ayam percik nie. Tengok gayanya dia bercerita mcm best jer. Jadiknya aku mintaklah resepi ayam percik yang biasa dia buat. Memang sempoi betoi bahan2 yang dia gunakan. No wonderlah, dia boleh bikin bila2 ajer. Seingat aku apa yang perlu ada adalah:-

Bahan2

1. Ayam
2. Halia
3. Cili kering
4. Buah keras
5. Bawang putih/bawang merah
    (Blend semuanya)
6. Serai
7. Asam keping
8. Santan
9. Garam
10. Gula

Caranya pulak

Blend semua bahan kecuali serai (titik jer). Tumis semua bahan tu....sampai wangi. Masukkan santan  biar didih kejap. Seterusnya masukkan ayam tadi. Agak isi ayam dah separuh masak. Keluarkan ayam tu utk dipanggang atau dibakar hingga masak. Didihkan kuah tadi sehingga masak dan pekat. Pastu bolehlah jiruskan kuah tadi yang pekat ke atas ayam yang telah siap dibakar. Makanlah..dengan kenyang ya.

andai kata anda kreatif, bolehlah tambah apa yang patut hehehe!!!!


Hasilnya....

Kat bawah gambar sebelum kejadian-----

kuah tengah didihkan sehingga pekat

ayam sedang dibakar sehingga garing bukan sampai rentung ya....


3 ulasan:

Hai!!!