"Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam"
Rabu, 28 November 2012
Jimat sangat....
Ya Allah, syukur sangat..dapat jugak Aqil ditempatkan kat Taska Laman Cerdik sebelah bangunan aku nie. Ingatkan tak dapat dahhh....sbb minggu lepas, dengar desas desus mengatakan Aqil tak dapat. Check2 hari nie, masih ada kekosongan. Alhamdulillah..terus book dan ambik borang kat sebelah. Lega sesangat...tak terkata. Senang sikit pepagi, tak yah..nak melencong ke Presint 9 dah. Kiranya lepas anto Aniq kat presint 8 terus jer gie Ofiice. Jimat masa dan tenaga....
Yang paling penting..LEBIH JIMAT. Sebabnya....aku, ada jugak booking Taska yang sama di Presint 9. Taska kat situ bulanannya RM390.00 berbeza Taska kat sini bulanannya hanya RM240.00. Beza tak?? beza tak?? bezaaaaaakan!!!! kan!!!! jimat sesangat. Bolehlah..aku simpan balancenya utk masa depan hehehe!!!! tu baru beza bayaran bulanan.
Jom kita tengok beza bayaran tahunan, kat sini tahunannya tak sampai RM900.00. Bayaran tahunan Taska kat Presint 9 tu mencecah RM1,700.00. Tapi tak boleh jugak nak pertikaikan kenapa yuran bulanan dan tahunannya mahal sikit. Sbbnya..yang aku tahu, taska yang mahal tu..mungkin sewanya mahal, swasta sepenuhnya dan yang paling penting kualiti yang dihasilkan dan Teacher Taska Laman Cerdik di Presint 9 tu memang baik sangat. Dan.. dah ada bukti pun..Anak kwn seoffice aku nie dah boleh membaca dan mengaji masa umur 5 tahun dalam tempoh setengah tahun belajar kat situ. Apa yang penting ...sebelah nie pun rangkaian taska tu jugak, cuma pengurusannya lain. Tapi..seandaikan Aqil memang tak der rezeki kat Taska sebelah nie, aku dah nekad pun nak anto Taska kat presint 9 tu. Apa2 pun syukur aku kepada Allah...sbb semuanya berjalan seperti mana yang aku harapkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam