"Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam"
Selasa, 26 November 2013
Merunsingkan..bila dah ujung-ujung
Masalah..datang lagi. Macam biasalah berkaitan Tadika Aqil. Khabar berita nie, tak sahih lagi sebenarnya. Cuma cakap-cakap dari mulut ke mulut jer. Tapi apa-apa pun ibubapa jugak yang akan terima risiko ini. Jadi ke tak jadi ker, semua kemungkinan amat-amat merisaukan ya. So, mulai dari hari ini saya dan kengkawan yang seangkatan dah sibuk mencari Tadika lain yang sesuai untuk tempatkan anak-anak kami tahun hadapan yang berusia 6 tahun. Klu tak jadi tutup Alhamdulillah tetapi klu jadi tutup berusaha dan berserahlah. Apa lagi yang nak di kata...
Khamis, 21 November 2013
Doa Qunut
Ertinya:-
Ya Allah, tunjukkanlah aku sebagaimana orang yang Engkau telah beri petunjuk. Dan sihatkanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau beri kesihatan. Dan berilah aku kekuasaan sebagaimana orang yang Engkau beri kekuasaan. Dan berkatilah segala apa yang Engkau berikan kepadaku. Dan lindungilah aku dari kejahatan (bahaya) yang telah Engkau pastikan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan tidak ada sesuatu yang menghukum ke atas Engkau. Dan sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau beri kekuasaan. Dan tidak akan mulia orang yang Engkau murkai(musuhi). Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka segala pujian semata-mata bagi Engkau atas segala yang Engkau tentukan. Aku memohon ampun kepada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu. Dan semoga Allah limpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad serta kaum keluarganya; dan para sahabatnya sekalian.
Ya Allah, tunjukkanlah aku sebagaimana orang yang Engkau telah beri petunjuk. Dan sihatkanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau beri kesihatan. Dan berilah aku kekuasaan sebagaimana orang yang Engkau beri kekuasaan. Dan berkatilah segala apa yang Engkau berikan kepadaku. Dan lindungilah aku dari kejahatan (bahaya) yang telah Engkau pastikan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan tidak ada sesuatu yang menghukum ke atas Engkau. Dan sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau beri kekuasaan. Dan tidak akan mulia orang yang Engkau murkai(musuhi). Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka segala pujian semata-mata bagi Engkau atas segala yang Engkau tentukan. Aku memohon ampun kepada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu. Dan semoga Allah limpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad serta kaum keluarganya; dan para sahabatnya sekalian.
Rabu, 20 November 2013
Idak Semudah Mee Kari Maggie
Klu ikut putaran jam, saya ambil masa 45 minit untuk menyiapkan kuah mee kari sahaja malam semalam. Itu pun dengan bantuan En. Suami yang memang bersemangat dan bersiap sedia. Masa yang diambil tidak termasuk hal2 mengemas dapur. Leceh jugak nak memasaknya..renyah tau idak. Bahan yang nak dicampur tu banyak benor. Nasib ada pembantu yang setia buat itu dan ini. Terima kasih ya En. Suami. Klu nak diikutkan memang tak rajin nak membuatnya tetapi mengenangkan dah lama teringin dan tak tau nak cari kedai mana yang jual mee kari malam-malam. Ada ker??? klu ada, bagi tau ya.
Petang semalam sibuk google resepi kuah mee kari. Eeemm..conform ambil resepi paling mudah dan cepatkan. Klu nak yang sedap betoi kena tambah masa dan bahanlah ya. Idak rajin..lain kalilah pulak. Dah..nak magrib ya.
Mee Kari pertama dalam hidupku
Semangkuk sedia untuk dimakan
Konsert Aqil 09 Nov 2013
Ibunya hampir terlupa nak masukkan gambar Aqil masa Konsert Taska Laman Cerdik. Tak banyak gambar ...nie jer yang sempat. Jadilah..utk kenangan dimasa hadapan ya.
Pentas Konsert
Adik dan Abang
Kostum untuk tarian Bollywood
Jom layan video nie, tengok Aqil goyang.
Selasa, 19 November 2013
Manusia
Susah klu kerja dengan manusia yang ikut kepala sendiri. Tak ikut prosedur org lain. Ikutlah nak buat macam mana pun. Klu dah kena esok jawab sendiri. Pandai sangatkan..kita nak mengelakkan masalah tapi manusia tu sajer nak mengundang masalah... ikut sukalah pikirlah sendiri.
" Ya Allah. Aku memohon pada Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya, dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesunggunya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang Maha Berkuasa menentukannya." Amin....
Isnin, 18 November 2013
Al-Fatihah
ertinya :-
Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
iaitu jalan orang-orang yang Engkau Anugerahkan Nikmat
bukan jalan orang yang dimurkai (kaum yahudi)
dan bukan pula jalan orang yang sesat (kaum nasrani)
Jumaat, 15 November 2013
Doa Iftitah
Ertinya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan semua pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Aku hadapkan wajahku kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan aku bukan dari golongan orang-orang yang menyekutukan-Nya. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku semata-mata hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam, tiada sekutu bagi-Nya. Dan dengan demikian aku diperintahkan; dan aku adalah dari orang-orang muslimin (berserah diri).
Khamis, 14 November 2013
Terjebak lagi....
Tapi bukan untuk saya..
Ina bawak bersabar..banyak benda lain nak buat
Ok..fine
Pilih untuk org pun kira terapi jugaklah
Pn. eja..suka beri kejutan tau
Cantik tak..saya pilih
Khamis, 7 November 2013
coklat..coklat..coklat lagi..
Pengagihan coklat-coklat masih belum selesai sepenuhnya.
Minggu lepas kita dapat minyak gamat,
coklat dan coklat.
Hari nie
Coklat dan coklat lagi
Terima kasih ya
kepada semua
yang ingat kat kitaorang yang tinggal kat office nie
Jumaat, 1 November 2013
Allah selamatkan kamu semua..
Assalamualaikum...
Alhamdulillah...saya masih disini dengan NikmatNya
Dikesempatan ini saya mengucapkan ~Selamat Hari Lahir
Kepada adik saya Shelliza binti Zakaria
Hari ini 01 Nov 2013
Dan buat anak ke-2 saya Muhammad Aqil Naufal bin Muhammad Amin
Hari esok 02 Nov 2013
Didoakan semoga
"Mendapat kebahagian dan kemenangan dunia dan akhirat"
amin....
Langgan:
Catatan (Atom)