Get your own Digital Clock

Rabu, 20 November 2013

Idak Semudah Mee Kari Maggie


Klu ikut putaran jam, saya ambil masa 45 minit untuk menyiapkan kuah mee kari sahaja malam semalam. Itu pun dengan bantuan  En. Suami yang memang bersemangat dan bersiap sedia. Masa yang diambil tidak termasuk hal2 mengemas dapur. Leceh jugak nak memasaknya..renyah tau idak. Bahan yang nak dicampur tu banyak benor. Nasib ada pembantu yang setia buat itu dan ini. Terima kasih ya En. Suami. Klu nak diikutkan memang tak rajin nak membuatnya tetapi mengenangkan dah lama teringin dan tak tau nak cari kedai mana yang jual mee kari malam-malam. Ada ker??? klu ada, bagi tau ya.

Petang semalam sibuk google resepi kuah mee kari. Eeemm..conform ambil resepi paling mudah dan cepatkan. Klu nak yang sedap betoi kena tambah masa dan bahanlah ya. Idak rajin..lain kalilah pulak. Dah..nak magrib ya.

Mee Kari pertama dalam hidupku

Semangkuk sedia untuk dimakan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!