"Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam"
Isnin, 30 Disember 2013
Orientasi Taska Baru
Salam,
Hari ini dan esok
Aqil ada orientasi di Taska barunya
Separuh hari..8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Masa hantar Aqil tadi..dia ok jer
Sbb ada 2 orang kawan dari Taska lama
kuranglah rasa tak seronok tu..
Alhamdulillah..
Semuanya berjalan dengan lancar
Selesai ~
Alhamdulillah..
Selesai sudah tanggungjawab saya hari ini untuk tugas-tugas saya bagi tahun 2013
Semua telah dihantar
Buku pun dah close untuk 2013
Lega rasanya..
Alhamdulillah
kerana urusan kami telah dipermudahkan olehNYA
Jumaat, 27 Disember 2013
~ Saya bawak Roti John
Haa..kan dah kata nak post
~ akhirnya....menu yang terpilih
R-O-T-I J-O-H-N
Bahan Utama
1. Roti Gardenia yang selalu makan dengan sosej tu..
2. Telur
3. Timun
Bahan Telur
3 keping roti utk 2 biji telur
1. 2 biji telur
2. garam sikit
3. Rempah kari daging sikit
4. Origano sikit
5. Bawang
6. Minyak zaitun (klu ada)
Cara:-
Campur semua mcm buat telur dadar. Panaskan kuali (guna kuali magic).
Curahkan telur tadi dan ratakan. Pastu tepek roti atasnya. Biarkan sekejap..tara..dah masak.
Bahan hiasan
1. Timun disagat
2. Sos cili life
3. Sos lada hitam
4. Mayonis
Cara:-
Sapukan mayonis pada roti yang dah siap dimasak bersama telur tadi. Pastu sapukan sos-sos tu semua. Last sekali letakkan timun. Dah siap..
Actually...Terima kasih kepada En. Suami yang sudi menyediakan Roti John nie pagi tadi. Saya hanya bantu sikit-sikit jer hahaha!!!!!
S-E-L-A-M-A-T M-E-N-J-A-M-U S-E-L-E-R-A
Menu Potluck hari ini
2 jenis kek
Aneka lauk-pauk
Aneka kuih-muih dan makanan sampingan
Ada satay ya. Yang bekas biru dan merah tu..nasi putih dan nasi minyak yang sedap
Aneka buah-buahan dan dalam periuk tu, tomyam yang dimakan bersama bihun
Air panas dan air sejuk
Khamis, 26 Disember 2013
Ho..Ho..Ho
Alhamdulillah...
Hari ini
Selesai semua LO-LO 2013
Haaa....lepas nafas panjang-panjang
Lapang fikiran dan dadaku
Terima kasih diucapkan
Kepada mereka-mereka yang membantu
Alhamdulillah..
Perjalanan hari ini dipermudahkan..
Update Menu Potluck Esok
e-mail hari nie...
dr Pn. Aziyan
Salam
SEMARAKKAN POTLUCK
KITA DENGAN MENU YANG LAZAT-LAZAT !!
Berikut adalah
senarai menu untuk Potluck setakat hari ini. Kepada yang belum menghantarkan
senarai menu anda bolehlah email kepada saya untuk dikongsi bersama.
Masterchef Nursabeeha – Buah2an
Masterchef Norhaniza – Bihun Tomyam
Masterchef Norhaliza - Daging Masak Hitam
Masterchef Zurina – Paru Sambal
Masterchef Wahidah – Ais Krim
Masterchef Nor Aiza & Masterchef Ayu – Nasi Minyak
Masterchef Zaidi – Nasi Puteh
Masterchef Noor Aziyan – Ayam Masak Merah
Masterchef Zai – Apam Palkodot
Masterchef En Izheir & Masterchef En Ishak – Kek
Birthday
Masterchef Roshidatun - Sambal Udang Petai
Masterchef Farhana – Kari Ayam
Masterchef Asiah – Daging Dendeng & Pulut Kuning
**Mcm dengar2 ada geng nak sponsor satay.. tapi masih dlm
perbincangan. Kita doa je la sama2 ye..
-
-
-
Menu saya belum tentu lagi..
Masih berkira-kira..
Tunggu..esok yer..
Kita post kat sini...
Selasa, 24 Disember 2013
SeTaKat 04.05 ptg
Alhamdulillah..
Hanya tinggal 3 LO jer lagi dan 2 Bil Broadband.
Insyaallah Khamis, Jumaat, Isnin dan Selasa.
~ Selesai
Jumaat, 20 Disember 2013
Agenda Tadika Lagenda Cemerlang
23 & 24 Dec 2013 (2pm - 5pm)
Pendaftaran
30 & 31 Dec 2013 (8am - 12pm)
Orientasi
Persekolahan 2014 akan bermula
6 Januari 2014 (Isnin)
DenganMu Aku Tenang
Klik tajuk lagu untuk dengar lagu
Tuhan sentuh aku dengan cinta-Mu
Basuh rindu dendam hatiku
Berlari mencari diri-Mu
Terbata meraba di fatamorgana dunia
Tuhan ampun bila hamba terlena arungi sang hidup
Nenangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa
Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang
Berlari mencari terlempar tak pasti
Terbata meraba di fatamorgana dunia
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa
Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang
Aku tenang
Aku tenang
Nikmat Rezeki..
Semalam dapat Gaji
Hari nie, dapat duit Kutu
Terima kasih ya sesiapa yang membayar
Hari nie, sarapan ditaja
Terima kasih ya En. Rash
Semua rezeki yang kita terima
bukanlah milik kita seorang
Semuanya telah diaturkan
Alhamdulillah
Khamis, 19 Disember 2013
Alhamdulillah...
Segala Puji Bagi Allah
Kerana diberi kesihatan
Kerana diberi ketenangan
Kerana diberi Kekuatan
Kerana diberi rezeki
Kerana diberi keselamatan
Kerana diberi kesabaran
Kerana diberi nikmat-nikmat hidup di duniaNya ini
Alhamdulillah..
Kerana diberi kesihatan
Kerana diberi ketenangan
Kerana diberi Kekuatan
Kerana diberi rezeki
Kerana diberi keselamatan
Kerana diberi kesabaran
Kerana diberi nikmat-nikmat hidup di duniaNya ini
Alhamdulillah..
Rabu, 18 Disember 2013
Stress setiap hujung tahun
Rasanya....tahun ke-3
Hadapi stress hujung tahun untuk closing akaun
Setiap hari semak sistem
Setiap hari belek LO
Setiap hari update Dummy Vot, Buku Rekod
Setiap hari dok peringat saper2 yang berkenaan
Setiap hari calling2 saper yang sepatutnya
Masih banyak yang tak settle lagi
Majoriti kerja settle 20 Dis 2013
Ada masa 8 hari lagi
Tidak termasuk hari ini
Sabtu dan Ahad
dan cuti Christmas
Ya Allah permudahkanlah urusan kami
Amin..
Selasa, 17 Disember 2013
Trip ke Pekan
13 Dis 2013
Bertolak ke Bentong
Tidur semalam
14 Dis 2013
Bertolak ke Pekan Kuantan
Majlis kenduri khawin sepupu
Lepak sampai maghrib
Lepas magrib
Bertolak ke Bentong
Patah balik sebab air melimpah hingga ke jalan
Check in Hotel Budget
Itulah satu-satunya hotel yang ada
Belasah ajerlah
15 Dis 2013
Bertolak dari Pekan
Terus menuju ke Rumah
Alhamdulillah selamat semuanya
Jumaat, 13 Disember 2013
Renungan Jumaat
Untuk renungan diri sendiri dan teman-teman
2 bentuk putus asa yang dicela
Putus asa yang dihadapi manusia:-
1. Berputus asa daripada rahmat Allah SWT
2. Berputus asa dengan perkara kehidupan di dunia
Al-Quran mencela orang bersifat demikian dan menyifatkan putus asa sebagai sifat orang yang tidak beriman.
Huraian lanjut boleh baca Berita Harian hari ini, muka surat 36 sudut Agama.
Penting:-
Berkenaan berwuduk dengan sempurna.
Rasulullah SAW bersabda, 'Tidaklah diterima solat orang yang berhadas sehingga ia berwuduk'
Seorang laki-laki Hadramaut bertanya
Apakah hadas itu, wahai Abu Hurairah?
Ia menjawab , " Kentut yang tidak berbunyi atau kentut yang berbunyi"
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa dan kelalaian kami Ya Allah. Alhamdulillah kerana diberikan petunjuk dan hidayah antara kami sedar atau tidak.
Semua diatas sumber dari Berita Harian sudut Agama
4 jam dengan kebenaran
Petang nie, kami dijemput untuk meraikan Majlis Penutupan Kem Tahfiz dan Kem Pemantapan dekat Masjid Putra
Aniq cakap, dia masuk nasyid
Alhamdulillah...
Cayalah..
Cayok! Cayok! you can do it
Oklah..kata semangat untuk Aniq dari Ibu
"Untuk berjaya, palingkan muka daripada setiap kritikan yang merosakkan kita, hanya ambil kritikan yang membina yang akan membantu untuk mencapai kejayaan"
~ Hafizah ~
Khamis, 12 Disember 2013
~ Memahami Hikmah ~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu"
-Surah Al-Baqarah; 26-
Nilai Pengorbanan
"Orang yang memanjai dirinya secara tidak munasabah mampu membawa kepada ketidakselesaan akan datang"
- CR Afizul -
Rabu, 11 Disember 2013
Ada beza ~
Terima kasih kepada yang memberi
Actually, saya kirim. Tapi saya dapat tanpa perlu dibayar
Terima kasih sekali lagi, semoga Allah melimpahkan rezeki
Saya dah cuba semalam
Memang berbeza dari perencah yang biasa saya gunakan
Yang memang tak der dekat area sini
Klu nak lagi kenalah tunggu..
Saper2 yang menuju ke arah utara
Nun di Perlis
Pes Tom Yam
Selasa, 10 Disember 2013
Nak bawak apa? Ada idea tak!!
Tuan/Puan,
Oleh kerana sudah lama kita tidak
menjalankan aktiviti berpotluck, sukacita dimaklumkan bahawa Kelab ICT akan
mengadakan jamuan secara potluck seperti butiran berikut:
Tarikh : 27 Disember 2013
(Jumaat)
Masa : Sekitar 12 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat ICT
Agenda:
-
Sambutan Hari Jadi
-
Pemberian hadiah/sumbangan kelahiran
Seperti biasa, cadangan menu potluck boleh
dibincangkan dan dimaklumkan kepada saya jika dikhuatiri ada pertindanan antara
satu sama lain.
Semoga dengan aktiviti yang akan
dijalankan ini dapat mengeratkan silaturahim antara kita dan dimurahkan rezeki
kepada semua warga ICT. Amin.
Dapat email semalam
Terus bertanya pada kengkawan nak bawak apa yer..
Ada juga yg kata "klu tempah sempat lagi" hahaha!!!
Klu nak masak apa yang paling mudah dan cepat
Tapi sebenarnya, yang paling pentingkan...kan tak kisahlah
mudah ker, tempah ker, senang ker
adalah K*E*I*K*H*L*A*S*A*N betoi tak
barulah berkat dan sedap dimakan
Tunggu jerlah..yer. Nanti kita post kat sini. Insyaallah.
Wedding..anak Cik. Ina
Picture Wedding nie diambil pada 30.11.2013
Kenduri khawin yang simple tapi sweet sangat
Nama mempelai..dah cuba ingat
tapi masih blurrr
Apa-apa pun, kami doakan semoga berbahagia dunia dan akhirat
Amin..
Isnin, 9 Disember 2013
Musim segala musim
Sekarang nie..musim hujan, musim banjir, musim demam, batuk, selesema dll
Antara banyak-banyak musim di atas
Keluarga kami telah dilanda musim demam, batuk dan selesema
Orang pertama yang terima rawatan Muhammad Aqil Naufal
Alhamdulillah..dah sihat
Orang kedua tidak mendapatkan rawatan cuma berehat sehari di rumah Zarina Zakaria
Alhamdulillah..sihat dengan izinNya
Orang ketiga yang terima rawatan dan dapat MC Muhammad Amin
Alhamdulillah..dan Insyaallah akan sihat sepenuhnya dengan IzinNya
Walau apa pun yang melanda
Pasti ada hikmah dan nikmat
Ya Allah.. mohon diberi kekuatan dan kesabaran
Amin....
Kena sekat..tukar ajerlah
Ok...background yang sebelum nie dah kena sekat..
Tak silap saya sejak minggu lepas..
Tak perlah..kita cari background baru
Tak boleh yang tu
Kita try yang nie..
Seterusnya..dan seterusnya..
Isnin, 2 Disember 2013
Keputusannya..Taska Lagenda
Salam semua,
Walaupun tidak berapa sihat
masih datang kerja sbb byk benda yang nak disettlekan
Keputusan telah dibuat
Setelah..memantau sana-sini sejak minggu lepas
Taska Lagenda menjadi pilihan kami utk Aqil menuntut ilmu tahun depan
Kami tawakal dan berserah
Moga Aqil akan lebih cemerlang dan bersinar disana utk menuntut ilmu dunia dan akhirat
Insyaallah ibu dan ayah doakan
Amin...
Langgan:
Catatan (Atom)