Get your own Digital Clock

Selasa, 10 Disember 2013

Nak bawak apa? Ada idea tak!!


Tuan/Puan,

Oleh kerana sudah lama kita tidak menjalankan aktiviti berpotluck, sukacita dimaklumkan bahawa Kelab ICT akan mengadakan jamuan secara potluck seperti butiran berikut:

Tarikh : 27 Disember 2013 (Jumaat)
Masa : Sekitar 12 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat ICT

Agenda:

-          Sambutan Hari Jadi
-          Pemberian hadiah/sumbangan kelahiran 

Seperti biasa, cadangan menu potluck boleh dibincangkan dan dimaklumkan kepada saya jika dikhuatiri ada pertindanan antara satu sama lain.
Semoga dengan aktiviti yang akan dijalankan ini dapat mengeratkan silaturahim antara kita dan dimurahkan rezeki kepada semua warga ICT. Amin.

Dapat email semalam

Terus bertanya pada kengkawan nak bawak apa yer..
Ada juga yg kata "klu tempah sempat lagi" hahaha!!!
Klu nak masak apa yang paling mudah dan cepat

Tapi sebenarnya, yang paling pentingkan...kan tak kisahlah
mudah ker, tempah ker, senang ker

adalah K*E*I*K*H*L*A*S*A*N betoi tak
barulah berkat dan sedap dimakan

Tunggu jerlah..yer. Nanti kita post kat sini. Insyaallah.


2 ulasan:

  1. menyampah...

    order je....

    hmmmph

    BalasPadam
  2. eh..tak mention pun nak order tau. Itu dulu..

    mee kari..mee kari..mengidam nie!!!

    BalasPadam

Hai!!!