Get your own Digital Clock

Jumaat, 27 September 2013

~ Yang Ke 8 Tahun ~ semalam


Selamat Hari Lahir yg ke 8 tahun Aniq. Semoga menjadi hamba yang bertaqwa dan beriman dan menjadi anak yang soleh. Amin...

Semalam aku hanya sempat penuhi keinginannya utk beli lego yang agak comel..sebagai hadiahnya tahun nie. Pilih sendiri...ya. Tak ketinggalan utk Aqil jugak, mcm biasalah. Mana boleh seorang jer yang dapat. Tapi yang bezanya..birthday boy punya besar sikitlah. Lego nie dlm kotak yang comel jer, balik pasang sendiri dengan bantuan ayahnya.

Aniq punyer...

beza kan...yang comel tu Aqil yang punya

Isnin, 23 September 2013

try buat muffin


First time buat muffin. Resepi paling sempoi. Alhamdulillah jadi you..resepi ambik kat blog nie selera4u.blogspot.com

Aku cuma cuba separuh dari sukatan yang diberi dan aku tak buat perasa vanilla tapi ganti dengan perasa Oren. Ada satu kesilapan yang aku tak perasan, hehehe...sepatutnya mentega dicairkan tapi aku lebur jer hahaha...nasib jadik. Memang conform aku tak perasan^&^(*

Muffin Oren Coklat Chip

Beginilah hasilnya bila dah siap dibakar. Rasanya dapat dalam 10 ketul utk saiz mcm nie. Alhamdulillah misi selesai



Jumaat, 20 September 2013

Penghijrahan tahun 2014


Salam..Jumaat semua,

Hari nie, aku ada call Tadika Islam Wilayah Persekutuan kat Presint 9. Ingat nak tanya2 gitu jer, tup..tup aku dah daftarkan nama Muhammad Aqil Naufal untuk 6 tahun, kemasukan tahun depan. Sebenarnya, aku tak terlintas pun nak tukarkan Aqil ke Taska lain tapi mungkin itu rezeki Aqil kot tahun depan. Secara positifnya Aqil boleh dapat cikgu baru, kawan baru dan suasana pembelajaran yang baru. Bagus jugak rasanya untuk Aqil kan..kan..(itu pendapat aku jer). Alhamdulillah...moga urusan kami dipermudahkan.

Muhammad Aqil Naufal 5 tahun

Rabu, 18 September 2013

Kek coklat segera dlm acuan muffin


Aku buat kek coklat nie, hari Isnin ari tu(cuti 1 Malaysia). Tepung kek coklat segera nie aku beli dari kak ngah amin. Tetiba jer rajin nak buat kek coklat nie ala2 muffin coklat. Meh..ler tengok jadi ker.. idak.

nielah....pembantu2 aku yg terlebih rajin nak buat itu dan ini

dah sedia utk dibakar, coklat chipnya sikit bebenor atau dah tenggelam hehehe!!!!

dah..siap utk dihidang dan dingap..ngap..betul tak aku cakap kek coklat dlm bekas muffin sbbnya rupanya memang tak mcm muffin pun tetapi mcm kek coklat. Tak kisahlah, janji rasanya sedap kan..kan


Satu..satunya biskut raya buatan sendiri


Just nak citer kat sini sebagai story utk aku refer nanti. Emm....pertama sekali pasal aku dan anak2 buat kuih raya. Semenjak aku kahwin dan sampai dah ada 2 anak lelaki tak pernah lagi aku buat kuih raya. Masa aku remaja memang tak misslah buat kuih raya setiap tahun dengan adik dan mak ngah aku. Memang seronok, kadang2 sampai pagi. Punyalah excited nak raya sambil dengar lagu raya. Berjenis2.. berbalang2... cayer tak? tak caya sudah. Oklah..aku tunjuk kuih apa yang dah aku bikin sama anak2 ya...


inilah dia kuih samperit..gitu..gitu macam tak cayer jer. Umpama main masak2 jer ngan anak2. Best jugak sorang tolong potong ceri dan sorang lagi tolong letakkan ceri.

 masa untuk membakar

taraaa....akhirnya. Untuk adunan nie, kami dapat 2 balang yang sederhana besar. Lenguh pinggang aku nak menyiapkannya. Sorrylah..kwn2 ya, biskut nie licin mkn di budak 2 org tu jer tak sempat nak jamu dekat tetamu pun.

Rabu, 11 September 2013

Dengan Mu aku hidup -


Opick - DenganMu Aku Hidup

Denganmu aku hidup
Denganmu aku mati
Hanyalah padamu
hanyalah untukmu
Hidupkan dijalani
 
Padamu ku berserah
Padamu ku berpasrah
Hanyalah padamu
Hanyalah untukmu
Hidup kan dijalani
 
Engkau Allah yang Maha Mendengar
Engkau Allah yang Maha Penyayang
Engkau yang mengampuni
Engkau yang memaafkan
Engkau Allah
 
Allahurrahman Allahurrahim
Allahul malikul kuddusussalam
Allahul mukmin allahul muhaymin
Allahul azzizul jabbarrul muttaqabbir

Klik sini :  OPICK