Get your own Digital Clock

Rabu, 11 Disember 2013

Ada beza ~


Terima kasih kepada yang memberi
Actually, saya kirim. Tapi saya dapat tanpa perlu dibayar
Terima kasih sekali lagi, semoga Allah melimpahkan rezeki

Saya dah cuba semalam
Memang berbeza dari perencah yang biasa saya gunakan
Yang memang tak der dekat area sini
Klu nak lagi kenalah tunggu..
Saper2 yang menuju ke arah utara
Nun di Perlis


Pes Tom Yam

Selasa, 10 Disember 2013

Nak bawak apa? Ada idea tak!!


Tuan/Puan,

Oleh kerana sudah lama kita tidak menjalankan aktiviti berpotluck, sukacita dimaklumkan bahawa Kelab ICT akan mengadakan jamuan secara potluck seperti butiran berikut:

Tarikh : 27 Disember 2013 (Jumaat)
Masa : Sekitar 12 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat ICT

Agenda:

-          Sambutan Hari Jadi
-          Pemberian hadiah/sumbangan kelahiran 

Seperti biasa, cadangan menu potluck boleh dibincangkan dan dimaklumkan kepada saya jika dikhuatiri ada pertindanan antara satu sama lain.
Semoga dengan aktiviti yang akan dijalankan ini dapat mengeratkan silaturahim antara kita dan dimurahkan rezeki kepada semua warga ICT. Amin.

Dapat email semalam

Terus bertanya pada kengkawan nak bawak apa yer..
Ada juga yg kata "klu tempah sempat lagi" hahaha!!!
Klu nak masak apa yang paling mudah dan cepat

Tapi sebenarnya, yang paling pentingkan...kan tak kisahlah
mudah ker, tempah ker, senang ker

adalah K*E*I*K*H*L*A*S*A*N betoi tak
barulah berkat dan sedap dimakan

Tunggu jerlah..yer. Nanti kita post kat sini. Insyaallah.


Wedding..anak Cik. Ina


Picture Wedding nie diambil pada 30.11.2013
Kenduri khawin yang simple tapi sweet sangat
Nama mempelai..dah cuba ingat
tapi masih blurrr
Apa-apa pun, kami doakan semoga berbahagia dunia dan akhirat
Amin..



Isnin, 9 Disember 2013

Musim segala musim


Sekarang nie..musim hujan, musim banjir, musim demam, batuk, selesema dll
Antara banyak-banyak musim di atas
Keluarga kami telah dilanda musim demam, batuk dan selesema

Orang pertama yang terima rawatan Muhammad Aqil Naufal
Alhamdulillah..dah sihat
Orang kedua tidak mendapatkan rawatan cuma berehat sehari di rumah Zarina Zakaria
Alhamdulillah..sihat dengan izinNya
Orang ketiga yang terima rawatan dan dapat MC Muhammad Amin
Alhamdulillah..dan Insyaallah akan sihat sepenuhnya dengan IzinNya

Walau apa pun yang melanda
Pasti ada hikmah dan nikmat
Ya Allah.. mohon diberi kekuatan dan kesabaran 
Amin....




Kena sekat..tukar ajerlah


Ok...background yang sebelum nie dah kena sekat..
Tak silap saya sejak minggu lepas..
Tak perlah..kita cari background baru

Tak boleh yang tu
Kita try yang nie..
Seterusnya..dan seterusnya..




Isnin, 2 Disember 2013

Keputusannya..Taska Lagenda


Salam semua,

Walaupun tidak berapa sihat
masih datang kerja sbb byk benda yang nak disettlekan
Keputusan telah dibuat
Setelah..memantau sana-sini sejak minggu lepas
Taska Lagenda menjadi pilihan kami utk Aqil menuntut ilmu tahun depan

Kami tawakal dan berserah
Moga Aqil akan lebih cemerlang dan bersinar disana utk menuntut ilmu dunia dan akhirat
Insyaallah ibu dan ayah doakan
Amin...