Get your own Digital Clock

Isnin, 26 Mac 2012

....ngantuknya

 
Ya Allah..ngantuknya. Rasa nak baring jer atas meja nie. Tak terangkat dah mater aku nie ha. Bestnyalah kalau aku kat atas katil dengan bantal aku dan selimut aku. Lena-selenanya....dengan syarat jgn ada bebudak tu. Hahaha...biar aku sorang2 kat umah. Bilalah tu ya??? nak cuti sayang Ooooo. Kat Office nie, kami berentap siapa cuti paling banyak. Bestkan..sebab tulah aku kedekut bab cuti nie, melainkan untuk anak2 aku klu tak sihat. Kenalah aku cuti dengan relanya. Mengarut dah!!!!!!

Jumaat, 23 Mac 2012

"Dimanakah Mahabbahku"

Gambar Ehsan dari Google


Tulah tajuk Program Ceramah Agama pagi nie, Alhamdulillah...ada perkara dalam pengisian yang membuat aku tersentuh dan tersentak sebagai seorang ibu. Berlinang dan meleleh air mataku.....Banyak kisah2 Nabi dan pengisian dlm cermah ustaz tadi walaupun sekejap. "Kasih Sayang" tulah keyword ceramah pagi tadi...hanya dengan kasih sayang. Fikir-fikirkanlah.....

Isnin, 19 Mac 2012

Kuih Sagu..versi kukus

Aku sebenarnya tak berapa nak ok nie. Rasa tak sedap badan...nak demam pun ada. Tapi aku rajinkan jugak nak post pasal kuih sagu nie.

Kan..ari tu aku ada post aku nak berehatkan. Malam tu aku cuba buat kuih sagu versi kukus dan Bingka Pandan resepi lain utk bekalan balik ke rumah mak mertuaku. Tapi aku hanya nak share cara buat kuih sagu jer kali nie. Aku jumpa resepi nie kat satu blog..tak terfikir pulak aku kuih sagu boleh dikukus. Biasanya abah aku masak kuih sagu atas kuali sehingga masak buat jual kat pasar. Abah aku memang dah expert klu buat kuih sagu. Anaknya jer yang tak reti2 + malas.

Meh!! kita tengok resepi kat sini  KUIH SAGU KUKUS

Jom tengok, jadi tak aku buat????

Masak sampai pekat


Kukus sampai takder bijik2 putih

Nielah orangnya yang request kuih nie, jadi dia kena kerja keras klu nak makan

Nielah hasilnya..alhamdulillah memang sedap!!! tak tipu. Cubalah mesti jadi punya.


Rabu, 14 Mac 2012

esok nak berehat

Aku dah start cuti esok, nak gie mana ya. Nanti akan diceritakan Insyaallah.... Nak tulis apa lg ye????
Blurrr!!! lah pulak. Tadi bukan main berkobar2..nie mesti pasal kes sentap tadikan. Yalahh..kot. Entah apa-apa ntah. Tolak tepi jerlah...small matter. Oklah.

Isnin, 12 Mac 2012

cuti sekolah

Hari nie, Aniq dah start cuti sekolah. Nasib baik ada mak sedara yang dekat, dapat jugaklah aku tumpangkan Aniq. Klu nak letak kat Taska lama dia tu, boleh jugak. Tapi ..awal2 lagi Aniq tak nak sbb katanya..tak best sebab tak boleh bising, tak boleh main2 sangat dan tido lama sangat katanya. Oklah Aniq, ibu memahaminya. Klu dia kat rumah pun memang tak duduk diam dan mulut pun susah nak tutup. Nak wat cam ner..dah begitu orangnya. Sabar ajerlah...moga2 apa yang ada pada diri dia hari ini, ada kebaikan buatnya. Amin....

"Selamat bercuti ya Aniq"

*nanti kita jln2...ya.

Jumaat, 9 Mac 2012

Pasai aper ntah!!!

Hari nie, aku terpaksa tukar background blog sbb dah tak show. Aku ganti yang lain..baru boleh kuar sbg background. Oklah jugak...dah lama sangat aku guna background yang tu. Yang baru nie, mcm ok jugaklah. Aku masih kekalkan warna hitam dan background warna gelap. Aku memang suker....

Tak perlah..klu aku nak guna semula aku bolehlah pergi ke link kat bawah nie....

Background lama..