Get your own Digital Clock

Rabu, 9 Januari 2013

Awal tahun..slow sikit


Klu awal tahun nie, perjalanan kerja aku slow sikit tak mcm hujung tahun. Tapi ok jugak, bolehlah aku main-main sikit. hahaha...aku ketagih dok main game 'Plants versus Zombies'. Dah lama aku tak main game nie, sbbnya aku ingat dah delete masa sibuk2 nak pindah office baru tahun 2011. Tak sangka baru-baru nie, dok sibuk klik2 terjumpa pulak..apa lagi layanlah, sementara tak ada kerja nie. Oklah....nak sambung buat kerjalah....

Jumaat, 4 Januari 2013

Masa mula2 dengar lagu nie terus berlinang air mata


Aku start dengar lagu nie, kat TV Al-Hijrah masa bulan puasa. Sayu jer..tersentuh hati aku, hingga berlinang air mata aku sbbnya aku baca terjemahan lagu nie. Pada aku lagu nie memang best..utk santapan jiwa aku.



Khamis, 3 Januari 2013

Klu tak ada aral melintang..sampailah kitaorg ke situ


gambar ehsan dr google

 
Secara tak sengajanya, aku pun tak plan semua benda nie. Secara tiba-tiba jer..aku dah dapat tiket ke Gold Cost Morib dengan harga Pakej yang sangat berbaloi-baloi. Kwn office aku yang tolong book kan...secara online tak silap aku 15.12.2012. Dan secara tak sengajanya juga, kami tiga family (officemate) akan pergi bercuti ke situ pada hari dan waktu yang sama. Insyaallah... klu tak ada aral melintang dan pakej tu memang rezeki kami, aku akan postkan story disini ya.

Rabu, 2 Januari 2013

kedua-duanya dah sekolah


Seorang darjah 2 dan sorang lagi dah Tadika 5 tahun. Jadinya mulai hari nie, kedua-duanya perlu dikejutkan utk membersihkan diri. Aniq..bersiap sendiri dan Aqil, serah pada ayahnyalah...ibunya pulak ngelat. Hahaha!!!! oklah tu. Aku jadi tukang kejut dan huru-harakan suasana pagi yang sunyi dan gelap tu...

Pagi tadi ada sedikit konfliklah..yang mana Aqil tak nak pakai baju Tadika, berlari ke dalam bilik nak bukak almari nak ambil baju lain. Entah macam mana, tiba2 dia teringatkan semua mainannya sehingga lupa nak ambil baju kat dlm almari tu. Elok jer... ayahnya sarungkan baju Tadikanya tu. Rasanya...Aqil dah redha kot. Masa hantar ke Tadika pagi tadi, risau jugak takut dia nangis sbb abgnya kan dah sekolah. Masuk jer..terus daftar dan bawak dia kebelakang tengok Tv. Pesan mcm-mcm kat dia dan teacher dia. Settle semua, aku cakaplah ibu nak kerja. Tengok dia ok jer...Alhamdulillah. Lega....

Khamis, 27 Disember 2012

Klinik gigi Bestari Sg. Ramal


Minggu lepas, keadaan gigi Aniq makin tak berapa ok ya. Ingatkan gigi aniq yang berlubang tu tak serius sangat. Hari aper ntah luperrr..lak. Dia ckp sakit kat gigi tu. Aku check punya check ada ketulan mcm bisul dkt gusi tepi gigi berlubang tu. Aik!!! serius nie..Lastly semalam petang, aku terjah klinik seperti diatas....tu pun aku dapat dari sumber google. Alhamdulillah..urusan kami berjalan dengan lancar. Nak cari klinik Dr. Kamil nie pun senang (dkt rumah kedai berhampiran dengan gerai satay Willy Kajang) conform jumpa. Rasanya Klinik nie ada buka cawangannya dekat Putrajaya Presint 15.

Aniq cemas jugak bila kata kena cabut. Dan..danlah tak nak makan gula2lah nak berus gigi selalulah. Sudah terlambat yaa..Aniq hahaha!!!! Masa Aniq masuk bilik doktor tu, aku tak ikut. Ayah dia yg follow. Beberapa minit kemudian Aniq keluar dengan keadaan yang keliru, sbbnya bila aku tanya 'sakit tak?? dia tak jawab. Rupanya dia rasa pelik, dia ckp mulut dia mcm senget. Hahaha...kesan dari ubat kebaslah tu. Alhamdulillah dia tak nangis. Syukur semuanya dah selamat.

Rabu, 26 Disember 2012

dia..buat dahhh......


Hari pertama mcm ok. Tu pun, aku bagi alasan nak ke tandas kejap. Masuk hari ke-2 hari nie, dia buat dahhh...drama tak nak gie Tadika. Penat aku pancing dia mcm2 walaupun abgnya ada sekali, Aqil tak peduli masih nak ikut aku. Dah penat pujuk..tak mkn jugak. Cikgunya terpaksa dukung dan bawa dia masuk bilik tengok Tv. Aku rasa..kejap jer dia nangis..tak sampai 2 minit aku pergi mesti dia dah diam. Biasalah..budak, lebih2 lagi tempat baru ..masih tak biasa lagi. Tak perlah..kita tengok hari ke-3 pulak apakah watak yang akan dibawanya. Hahahaha....