Get your own Digital Clock

Isnin, 30 Julai 2012

Gulai Kemahang di Bulan Ramadhan


Salam Ramadhan,

Hari nie dah hari ke-10 umat Islam berpuasa. Alhamdulilah setakat hari nie, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Aku tak sangka ya Bulan Ramadhan tahun nie, aku dapat menikmati Gulai Kemahang yang dah lama aku teringan dan angan2kan. Bayangkanlah semenjak aku berumahtangga aku tak menikmati Gulai nie. Kesiankan...dan akhirnya dengan izin Allah, aku dapat menikmatinya semalam. Bukan apa, susah nak dapat bahan2nya cthnya:- kemahang tu sendiri dan belimbing. Kat tempat aku tinggal nie mana nak jumpa kemahang, batang keladi adalah. Mungkin ramai tak tau cara nak masak dan makan pucuk keladi nie kot. Jangan buat pasai klu tak kena gaya masaknya merenyam tekak menahannya. Kihh!!kihh!!

Semalam petang, aku memberanikan diri mengofer diri utk masak gulai nie. Dlm hati berdoa (jadilah hendaknya jgnlah gatal). Klu tak nanyer satu rumah...makan Gulai Kemahang gatal. Ramuan utk masak Gulai nie tak guna kos yang banyak pun. Aku rasa RM20.00 tak habis kot. Meh!!! tengok bahan2 yang aku gunakan(resepi wan aku).


Gulai Kemahang



Bahan-bahan:-
1. Kemahang
2. Belimbing
3. Kunyit hidup*
4. Cili Padi*
5. Serai
6. Daun Kunyit
7. Belacan*
8. Garam*
9. Ikan Talang Masin (klu ada jering cambah lg terangkat)
10. Santan pekat

Itu jerlah bahan2nya. Mari kita lihat cara penyediaannya pulak:-

Mula tumbuk bahan2 bertanda * hingga lumat. Bersihkan kemahang (buang tangkainya dan bilas), dah tu masukkan dlm periuk kemahang dan bahan bertanda * bersama air  (agak2 tenggelam daun kemahang). Pastu bolehlah dipindangkan atau direbus. Sementara nak mengelegak tu, masukkanlah daun kunyit, serai yang telah dititik, belimbing masukkan sebiji2) dan ikan masin talang. Biar mengelegak agak lama ya, sampai belimbing dan kemahang tu hancur sendiri dan masak bebetoi. Dah agak2 matang, masukkan santan pekat tadi dan perasakan. Ikut selera masing2. Dah siap....sedap jugak dimakan dengan lempeng. Kecur air liur aku....



Berbuka Dibentong...


Sabtu hari tu, kami balik Bentong sempena nak berbuka puasa beramai2 dan sempena birthday abah. Satu pakejlah kiranya. Cuma tak sempurna pertemuan nie sbb anak2 makcik dah balik minggu lepas berbuka puasa together2. Tahun nie..abah dapat handphone baru....suka tak. Harap2 suker ya abah.

Macam biasa setiap Ramadhan abah dan makcik akan sibuk didapur dari pagi hingga tengahari sbb buat kuih utk dihantar ke pasar Ramadhan. Kuih2 makcik nie, memang dah famous dan sedap jadi tak hairanlah kuih2 makcik laris walaupun bukan bulan Ramadhan ya. Petang baru.. kami take over dapur utk masak juadah berbuka.

Hari Sabtu menu berbuka kita org ialah:-  1. Nasi putih
                                                               2. Gulai Lemak Cili Api Ikan Tongkol dengan belimbing
                                                               3. Sayur kobis panjang
                                                               4. Air Sirap Cincau Bandung
                                                               (Semua di atas adik aku yang masak)

                                                               5. Sambal udang + petai (nie aku bikin)
                                                               6. Kuih muih dari air tangan makcik dan abah. Memang sedap.
                                                                   terutamanya Kuih Tepung Gomak inti kelapa dan kacang.
                                                                   Terbaik!!!!!!

Hari Ahad pulak                                  :- 1. Nasi putih
                                                              2. Tomyam campur
                                                              3. Air oren sunquick
                                                              ( adik aku masak)
                                                
                                                              4. Gulai Kemahang dengan ikan masin
                                                              5. Sambal sotong
                                                              (aku yang bikinlah)

                                                              6. Kuih Lopes
                                                               (nie kuih special sikit, makcik aku yang buat. Makcik tak jual yer..

Oklah setakat ini jerlah..senarai juadah kitaorang selama 2 hari. Jom layan gambar yang aku ambik hasil aktiviti membungkus dari bentong utk kami bersahur dan berbuka hari nie. Haaaa...senang banyak you!!!!

                                                           Kuih Tepung Gomak dan Bingka roti

Kuih Lopeh, Kuih Buah Melaka dan Kuih Sagu 

Tomyam campur

Gulai Kemahang dengan ikan masin


Jumaat, 27 Julai 2012

Majlis Tahlil dan berbuka puasa di Office 2012


Setiap tahun dah jadi kemestian bagi kelab bahagian ICT adakan Majlis cam gini utk ahli2nya. Alhamdulillah..dengan izinNya tahun nie kelab ICT sekali lagi dapat menganjurkan majlis setahun sekali nie utk ahli2nya together2 berbuka dan solat berjemaah bersama2. Setiap tahun nak masuk bulan Ramadhan  kelab ICT  ada juga berikan sumbangan buah kurma sorang satu bekas utk juadah berbuka puasa. Terima kasih..sangat kepada Jawatankuasa2 kelab ICT yang banyak menjaga kebajikan ahli2nya. Cayok!! cayok...!! semoga aktiviti2 cam gini dapat mengharmonikan silaturrahim sesama kita. Amin..

Haa...ptg nie. Aku kira tak balik rumahlah. Terus jer..jemput anak2 aku dan terus balik office semula utk Majlis Tahlil dan Majlis berbuka puasa. Ya Allah semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin..
 bersambung 30.7.12 utk layan gambar yang aku tepek kat sini utk kenangan2
Meja kami no.8

Aiza bikin sendiri..aku tak dapat makan sbb ada daging tapi karipap nie paling hangat dipasaran

Lopeh nie..kak liza yang buat, nie pun laris (mantop)

mertabak pun ada

Tengah menikmati juadah..

rakan semeja...jenuh kami nak perabihkan makanan satu meja nie hahaha!!!


 

Isnin, 23 Julai 2012

Ramadhan kali ini penuh makna..


Syukur kehadrat Ilahi, Ramadhan tahun nie lebih bermakna bagi kami. Apa yang aku cita-citakan tercapai, Insyaallah...ia tidak akan disisihkan dan aku mohon aku tidak akan mengabaikannya lagi. Pastu saat yang manis sekali, kami sekeluarga dah boleh solat terawih berjemaah kat surau rumah kami. Alhamdulillah, Allah telah memberi kemudahan dan kelapangan kepada kami. Aqil pun dah besar jadi mudahlah aku nak bersolat kat surau. Oklah perangainya masih boleh dikawal. Ramadhan tahun nie, aku harap Aniq dapat berpuasa penuh dengan jayanya. Insyaallah ya..sayang. Pastu apa lg ya.. hahaha!!!! tak nak membazir dan berlebih-lebihan. Semoga apa yang aku doakan dan harapkan akan kekal sampai bila-bila. Amin...

Rabu, 18 Julai 2012

Alhamdulillah...terima kasih ya



Ya Allah, seronoknya..pagi-pagi lagi aku terima call tanya saiz, saiz apa ya..hahahah!!! saiz baju akulah. Hehehe!!! ingatkan aper ke benda, rupanya dia nak belanja sepasang baju yang dah siap utk aku. Alhamdullillah..rezeki yang tidak aku jangkakan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya, semoga rezeki kau akan diluaskan dan dicukupkan oleh Allah yang Maha Kaya. Amin..


Jumaat, 13 Julai 2012

Al- Fatihah...


Al-Fatihah aku hadiahkan buat arwah Pak Ngah aku. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang2 yang soleh. Amin..

Pagi nie, aku terima message dari anak sulungnya mengatakan Pak Ngah dah meninggal dunia. Sesungguhnya..Allah lebih menyayanginya. Setiap yang hidup pasti mati, itu sudah pasti. Pak Ngah adalah satu-satunya abg kandung seibu dan sebapa arwah mak aku. Sekarang..hanya sepupu-sepupu aku sajerlah yang tinggal sebagai penyambung tali persaudaraan kami. Insyaallah..hubungan persaudaraan kita akan kekal hingga akhir hayat walaupun arwah mak dan arwah pak ngah sudah tiada lagi didunia ini.


Rabu, 11 Julai 2012

Bulan Ramadhan makin hampir...



Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik ..bulan Ramadhan makin dekat dengan kita. Apakah persediaan kita ya..maksud aku bukan persediaan nak raya atau nak berbuka apa ya..hehehe!!! sendiri mau ingatlah. Aku nie bukannya pandai sangat..aku pun masih belajar dan akan terus belajar untuk memperbaiki diri. Banyak lagi perkara yang perlu aku lakukan dan buat penambahbaikan. Ya.. Allah bantulah aku, aku senantiasa mengharapkan petunjuk dan hidayah dari Mu. Berikan aku kesenangan dan kelapangan untuk aku terus beribadah kepada Mu. Janganlah Kau lalaikan aku dengan perkara duniawi dari terus mengingati Mu.

Aku bersyukur ke hadrat Mu Ya Allah atas apa jua yang Engkau limpahkan dan Kurniakan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Berkatilah kami Ya Allah. Semoga Bulan Ramadhan tahun nie, akan lebih baik dan lebih bermakna buat kami. Amin...

Isnin, 9 Julai 2012

Team Building - Bhg ICT




 

Gambar kenangan... last day Teambuilding kat Bukit Merah pada 29 Jun - 01 July 2012 dengan geng2 ICT termasuk bos2. Semuanya sporting2 belaka....memang best!!!!!

Ringan tapi berat....


Just nak share:- Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw bersabda.
"Dua kalimah yang ringan bagi lisan untuk mengucapkannya, berat ketika diletakkan diatas Mizan (timbangan diakhirat) dan sangat dicintai oleh Dzat yang Maha Mengasihi iaitu:-"
                      
Sumber gambar dari Google "aku cuma edit bacaan rumi dan maknanya"






Khamis, 5 Julai 2012

Ikan Pekasam yang sedap...kedah mari



Pekasam Ikan Lampam klu tak silap akulah...

Tq..tq.. kak ita, ingat jugak kat kita orang ya. Walaupun dah lama tak jumpa. Sempat lagi agihkan ikan pekasam untuk kawan2. Aku jumpa dia kat lobi Kementerian masa aku baru jer turun dari bas setelah selesai teambuilding kat Bukit Merah. Rezeki nak jumpa dan nak dapat ikan pekasam yang best nie.

Jadinya aku try goreng semalam, Alhamdulillah tidak hancur. Pastu tumis pulak dengan bawang dan cili, aku percikkan kicap sikit (kasik warna gitu) memang ada uummpHHhh!!!! layannnzzz
Ikan pekasam nie memang best, tak masin, tak masam..siap ada rasa lemak lagi. Ingat klu habis nak oderlah ngan kak ita lagi. Boleh ke..????



Selasa, 3 Julai 2012

Cuti Sekolah hari tu..


Just nak share tempat nie, dah lama plan nak ke sini. Tapi cuti sekolah hari  tu kami berkesempatan singgah. Itu pun sbb on the way balik dari Teluk Intan Perak nak balik ke rumah ikut jln lama. Jom layan gambarlah..malas nak story panjang2.

Nielah tempatnya

Kami baru sampai, tengah tunggu train malas nak jalan kaki...masuk kena bayar ya.

cewahhh!!! tak ketinggalan. Aku pun nak posing jugak


Sampai jer terus ambik gambar view kolam nie. Rupa2 kat sini ada dua kolam besar mcm nie. Satu yang nie, satu lagi kolam mandi air panas (gambar tak sempat ambik, brg penuh ditangan). Kolam air panas masa nak balik baru jumpa. Rugi ...rugi rasanya. Klu tau boleh mandi kat situ pulak. Tapi mengenangkan dtg ngan mak, tak bolehlah ikut kepala kitaorang jer. Kesian kat mak penat menunggu. Tak per..tak per ada rezeki kita pergi lagi ya mandi2.

Depa 3 beranak jer yang mandi2. Aku dan mak tengok jerlah. Lagi pun hari tu org ramai bebenor. Malulah.... Yelahkan cuti sekolah, pulak2 hari ahad. Memanglah....


Abg ngan Aniq mandi kat tempat yang dalam sikit dan main gelongsor tu. Aqil pulak mandi jerlah kat tepian kolam, ditemani aku. Eemmmm..basah jugaklah seluar aku sehingga paras lutut, merasa jugaklah main air. Hehehe!!!!


Dah penat mandi manda kami pergi pulak kolam air panas untuk rendam kaki. Aku tak join "malas". Nie..kolam kecik khas utk rendam kaki.

Kaki Aniq yang kepanasan

Oklah...setakat nie jerlah...gambar yang sempat aku ambik.