Get your own Digital Clock

Isnin, 30 Julai 2012

Gulai Kemahang di Bulan Ramadhan


Salam Ramadhan,

Hari nie dah hari ke-10 umat Islam berpuasa. Alhamdulilah setakat hari nie, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Aku tak sangka ya Bulan Ramadhan tahun nie, aku dapat menikmati Gulai Kemahang yang dah lama aku teringan dan angan2kan. Bayangkanlah semenjak aku berumahtangga aku tak menikmati Gulai nie. Kesiankan...dan akhirnya dengan izin Allah, aku dapat menikmatinya semalam. Bukan apa, susah nak dapat bahan2nya cthnya:- kemahang tu sendiri dan belimbing. Kat tempat aku tinggal nie mana nak jumpa kemahang, batang keladi adalah. Mungkin ramai tak tau cara nak masak dan makan pucuk keladi nie kot. Jangan buat pasai klu tak kena gaya masaknya merenyam tekak menahannya. Kihh!!kihh!!

Semalam petang, aku memberanikan diri mengofer diri utk masak gulai nie. Dlm hati berdoa (jadilah hendaknya jgnlah gatal). Klu tak nanyer satu rumah...makan Gulai Kemahang gatal. Ramuan utk masak Gulai nie tak guna kos yang banyak pun. Aku rasa RM20.00 tak habis kot. Meh!!! tengok bahan2 yang aku gunakan(resepi wan aku).


Gulai Kemahang



Bahan-bahan:-
1. Kemahang
2. Belimbing
3. Kunyit hidup*
4. Cili Padi*
5. Serai
6. Daun Kunyit
7. Belacan*
8. Garam*
9. Ikan Talang Masin (klu ada jering cambah lg terangkat)
10. Santan pekat

Itu jerlah bahan2nya. Mari kita lihat cara penyediaannya pulak:-

Mula tumbuk bahan2 bertanda * hingga lumat. Bersihkan kemahang (buang tangkainya dan bilas), dah tu masukkan dlm periuk kemahang dan bahan bertanda * bersama air  (agak2 tenggelam daun kemahang). Pastu bolehlah dipindangkan atau direbus. Sementara nak mengelegak tu, masukkanlah daun kunyit, serai yang telah dititik, belimbing masukkan sebiji2) dan ikan masin talang. Biar mengelegak agak lama ya, sampai belimbing dan kemahang tu hancur sendiri dan masak bebetoi. Dah agak2 matang, masukkan santan pekat tadi dan perasakan. Ikut selera masing2. Dah siap....sedap jugak dimakan dengan lempeng. Kecur air liur aku....



2 ulasan:

  1. Terliuq aih tengok gulai tuh. Next potluck bawak yer kak :-)

    BalasPadam
  2. tak tau ler.. dpt ker tidak sbb kemahangnya jual kat bentong jer. Kat sini tak der, btg keladi adalah....

    BalasPadam

Hai!!!