Just nak share tempat nie, dah lama plan nak ke sini. Tapi cuti sekolah hari tu kami berkesempatan singgah. Itu pun sbb on the way balik dari Teluk Intan Perak nak balik ke rumah ikut jln lama. Jom layan gambarlah..malas nak story panjang2.
Nielah tempatnya
Kami baru sampai, tengah tunggu train malas nak jalan kaki...masuk kena bayar ya.
cewahhh!!! tak ketinggalan. Aku pun nak posing jugak
Sampai jer terus ambik gambar view kolam nie. Rupa2 kat sini ada dua kolam besar mcm nie. Satu yang nie, satu lagi kolam mandi air panas (gambar tak sempat ambik, brg penuh ditangan). Kolam air panas masa nak balik baru jumpa. Rugi ...rugi rasanya. Klu tau boleh mandi kat situ pulak. Tapi mengenangkan dtg ngan mak, tak bolehlah ikut kepala kitaorang jer. Kesian kat mak penat menunggu. Tak per..tak per ada rezeki kita pergi lagi ya mandi2.
Depa 3 beranak jer yang mandi2. Aku dan mak tengok jerlah. Lagi pun hari tu org ramai bebenor. Malulah.... Yelahkan cuti sekolah, pulak2 hari ahad. Memanglah....
Abg ngan Aniq mandi kat tempat yang dalam sikit dan main gelongsor tu. Aqil pulak mandi jerlah kat tepian kolam, ditemani aku. Eemmmm..basah jugaklah seluar aku sehingga paras lutut, merasa jugaklah main air. Hehehe!!!!
Dah penat mandi manda kami pergi pulak kolam air panas untuk rendam kaki. Aku tak join "malas". Nie..kolam kecik khas utk rendam kaki.
Kaki Aniq yang kepanasan
Oklah...setakat nie jerlah...gambar yang sempat aku ambik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hai!!!