Get your own Digital Clock

Isnin, 29 Oktober 2012

Raya Korban kat sini...


Tahun nie, raya kat rumah sendiri jer. Tak kemana-mana pun...rumah abah pun tidak, rumah mak mertua pun tidak. Hanya setia disini sahaja. Khamis petang on the way balik dari kerja, kami just beli 2 batang lemang utk juadah kami esoknya (tak sempat pagi...mlm tu sebatang lemang dah lesap masuk perut). Mlm tu, aku pulunlah masak rendah ayam cili padi sbb nak mkn ngan lemang tu. Alhamdulilah..success...pedasnya bukan main, kategori rendang cuci perutlahkan..hehehe!!!

Pagi2 lagi kami dah bersiap nak pergi solat sunat raya kat Masjid UKM. Awal jugaklah..kami keluar rumah dlm pukul 8.00 pagi. Sajerlah..takutnya ketinggalan pulak, nanti terkial2 nak cari parkingnya..tempat solat nya kan..kan. Masa pagi tu, kami memang tak jamah apa2 pun lagi sbbnya sunat kita tidak menjamah makanan sehingga selesai solat sunat raya. Pengetahuan yang baru utk aku tahun nie...Alhamdulillah.

Selesai solat...niat nak rayalah rumah makcik aku, nampaknya tak der rezeki. Mereka tiada dirumah, mungkin raya kat umah abang pakcik kot. Jadinya..kami pun baliklah rumah. Beraya dan menikmati juadah sendiri. Tengahari..kami test, try tengok buat nasi minyak (konon). Hanya berpandukan buku resepi HANIELIZA untuk Nasi. Alhamdulillah...jadik, makanlah bersama ayam masak merah dan gulai kari ikan tongkol.

Sebenarnya..niat sebenar nak raya kat sini sbb nak join komuniti kat umah tu buat korban. Tup..tup..korban tu buat hari nie, hari Isnin. Tak dapeklah...aku nak join tengok. Bising anak2 aku bila tengok lembu sekor ada terikat kat taman mainan depan umah tu. Layan jerlah....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!