Get your own Digital Clock

Rabu, 31 Oktober 2012

Lega..settle jugak, tapi tak sepenuhnya lagi ya. Tunggu ptg nie pulak'


Dah berminggu aku tunggu, hari-hari aku call. Dan..akhirnya settle jugak. Tapi tinggal step terakhir jer lagi. Katanya petang nie pukul 3.00 ptg. Nasib baik, orangnya..berhemah dan baik. Sejuk sikit hati nie. Nak wat cam no...kerja..kerja..kerja...

TQ...kerjasama anda amat saya hargai.

Insyaallah.. pasti boleh!!!!


Mulai malam tadi, aqil tidak dipakaikan pampers ketika tidur. Tawakal jerlah aku..klulah dia kencing atas tilam tu...nasiblah. Nak wat cam mana??? nak ke, tak nak ke, kena jugak berkeras dengan Aqil. Sbbnya tahun depan dah 5 tahun. Nak masuk Tadika...sampai bila nak pakai pampers kan..kan..

Mula2 tu bila nak masuk tidur, dia dah start mintak susu. Ayah dia kata..jgn layan, kesian Aqil. Menangis bukan main lagi, sedih sangat gayanya. Yerlah..klu dia minum susu masa nak masuk tidur, conform kencing punyalah. Jadi..kami jadi kejam sikit, sikit jerlah...demi kebaikan bersama yer tak..hehehe...tak dapeklah Aqil susu mlm tadi...tidurlah dia bersama perasaan yang rajuk dan sedih.

Pastu sepanjang mlm tadi, bila aku terjaga jer. Aku mesti tanya Aqil "nak kencing tak". Jawapannya "tak nak". Sampailah pagi tadi, Aqil dah lulus ujian pada mlm tadi. Alhamdulillah...dan mulai pagi nie jugak Aqil tidak dipakaikan pampers ke Taska. Aku dah pesan kat cikgu, tolong pantau Aqil. Cuma klu Aqil tido jer pakaikan pampers..sbb tak nak menyusahkan cikgu. Tak taulah pulak...kisahnya petang nie. Tunggu!!!!!

Isnin, 29 Oktober 2012

Raya Korban kat sini...


Tahun nie, raya kat rumah sendiri jer. Tak kemana-mana pun...rumah abah pun tidak, rumah mak mertua pun tidak. Hanya setia disini sahaja. Khamis petang on the way balik dari kerja, kami just beli 2 batang lemang utk juadah kami esoknya (tak sempat pagi...mlm tu sebatang lemang dah lesap masuk perut). Mlm tu, aku pulunlah masak rendah ayam cili padi sbb nak mkn ngan lemang tu. Alhamdulilah..success...pedasnya bukan main, kategori rendang cuci perutlahkan..hehehe!!!

Pagi2 lagi kami dah bersiap nak pergi solat sunat raya kat Masjid UKM. Awal jugaklah..kami keluar rumah dlm pukul 8.00 pagi. Sajerlah..takutnya ketinggalan pulak, nanti terkial2 nak cari parkingnya..tempat solat nya kan..kan. Masa pagi tu, kami memang tak jamah apa2 pun lagi sbbnya sunat kita tidak menjamah makanan sehingga selesai solat sunat raya. Pengetahuan yang baru utk aku tahun nie...Alhamdulillah.

Selesai solat...niat nak rayalah rumah makcik aku, nampaknya tak der rezeki. Mereka tiada dirumah, mungkin raya kat umah abang pakcik kot. Jadinya..kami pun baliklah rumah. Beraya dan menikmati juadah sendiri. Tengahari..kami test, try tengok buat nasi minyak (konon). Hanya berpandukan buku resepi HANIELIZA untuk Nasi. Alhamdulillah...jadik, makanlah bersama ayam masak merah dan gulai kari ikan tongkol.

Sebenarnya..niat sebenar nak raya kat sini sbb nak join komuniti kat umah tu buat korban. Tup..tup..korban tu buat hari nie, hari Isnin. Tak dapeklah...aku nak join tengok. Bising anak2 aku bila tengok lembu sekor ada terikat kat taman mainan depan umah tu. Layan jerlah....


Khamis, 18 Oktober 2012

Aniq..lepas nie conform tak boring lagi...


Cuti sekolah ujung tahun nie, aku dah tak pening2 dan tak payah nak risau2 lagi, sebabnya aku dah jumpa kat mana nak transit aniq nie. Alhamdulillah.... Allah telah mempermudahkan urusanku. Aku memang rasa lega dan seronok sangat, apatah lagi aniq.

27.9.2012 aku dah daftarkan Aniq untuk join Kem Pemantapan Al-Quran sempena cuti sekolah 2012 bermula:-

Tarikh    :  19 November hingga 30 November 2012
Hari       :   Isnin hingga Jumaat
Masa     :   8.30 pagi hingga 4.30 petang
Yuran    :   RM50.00 seorang
Tempat  :  Masjid Putra, PUTRAJAYA

Hari nie pulak, aku nak daftar Aniq untuk join Kem Tahfiz Al-Quran & Pemantapan Kefahaman Fardhu Ain (PEKFA) sempena cuti sekolah 2012 bermula :-

Tarikh    :  03 Disember hingga 21 Disember 2012
Hari       :  Isnin hingga Jumaat
Masa     :  8.30 hingga 4.30 petang
Yuran    :  RM50.00 seorang
Tempat  :  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, PUTRAJAYA



Aku harap cuti sekolah kali nie, Aniq enjoy!!!!

Rabu, 17 Oktober 2012

Nyaman....sangat



Semalam lebih baik dari dulu semalam
dan hari nie..moga lebih baik dari semalam

Insyaallah...


Rabu, 10 Oktober 2012

kucing kertas



Hasil seni original dari Pn. Melati khas utk Aniq


Terima kasih untie, pandainya untie buat kucing dengan kertas. Mesti anak untie dlm peyut tu, bila kuar jer..kreatif mcm untie hehehehe!!!!!

Selasa, 9 Oktober 2012

Lafaz dan fahami



Rabbighfirli     -    ampuni aku

Warhamni       -    sayangi aku

Wajburni         -    cukupi kekuranganku

Warfa'ni          -    tinggikan darjatku

Warzuqni        -    beri aku rezeki

Wahdini          -    tunjuki aku

Wa'afini          -    sihatkan aku

Wa'fuanni       -    maafkan aku



Isnin, 8 Oktober 2012

Jauhkan aku...


Ya Allah peliharalah, lidah aku, hati aku dan telinga aku dari berbuat dosa. Janganlah kerana hambamu itu, aku mudah menciptakan dosa dan dia mendapatkan pahalanya. Ampunkanlah aku Ya Allah.. sesungguhnya aku hambamu yang lemah. Amin...




Jumaat, 5 Oktober 2012

~ Suatu Hari Nanti...


Tersentuh hatiku bila terfikirkanmu
Kau sering bersandar padaku
Disaat kau lelah

Ingatkah dirimu pada waktu-waktu dulu
Aku sering menyambutmu
Disaat kau jatuh

Akulah...aku
Yang selalu membuat kau tersenyum
Walaupun sering ku terluka
Tapi tak mengapa

Akulah...aku
Kan selalu hadir untukmu
Moga nanti suatu hari
Kau akan sedari..


 
       ` Keroz Nazri.....

Khamis, 4 Oktober 2012

"Bicara Psikologi Bil.4/2012"


Program Bicara Psikologi hari nie tajuknya ialah "Kau Yang Terindah". Menarikkan...memang menarik. Banyak bicara pasal pasangan kita, rumahtangga, anak-anak, boleh kata cerita pasal alam berumahtangga dan keluargalah.

Persoalan macam mana nak mengenali pasangan kita, cara nak atasi kelemahan dan masalah pasangan kita. Apa yang perlu kita buat dan apa yang perlu kita dapat. Semuanya ilmu2 yang baguslah utk diperaktikkan dlm keluarga kita. Eeemmm...tadi masa ustazah cerita pasal apa yang pernah rasulullah lakukan kepada isterinya Aisyah. Tersenyum aku sensorang....

Alhamdulillah, Allah telah temukan aku dengan seorang suami yang baik. Moga apa yang aku ada nie..berkekalan hingga ke akhir hayat. Sesungguhnya...aku amat bersyukur sangat dengan kurnianNya.

Pastu tu pulak, kami dapat kad masa pendaftaran tadi. Cantik kad tu...ustazah tu cakap "berikan Kad itu kepada Insan yang kita sayang. Jadik..tak reti2 lagi...hahahha!!!!

Rabu, 3 Oktober 2012

tekad..nak tukar jugak


Yesss! Yesss!

Akhirnya..aku berjaya jugak. Memang dah lama aku nak tukar wajah blog aku nie. Tapi bila aku pilih ..pilih punya pilih. Tak jadik jugak...

Finally ...hari nie, aku dah tekad nak tekan save utk tukar..ini background baru blog aku lah. Aku sangat2 berpuas hati. Setelah sekian lama...ianya berwarna hitam dan gelap ya. Kini ianya berwarna apa ya?  Tapi sejuklah mata yang memandang. Pada pandangan mata akulah. Klu org lain aku tak tahulah hahaha!!!! dan aku masukkan lagu siapa entah (tak kenal pun). Tapi...pada aku lagu tu mcm best jer bila dengar, terbuai-buai jer perasaan nie.kih..kih..kih (apa sudah jadik)

Kenapa ina? free sangat nampak. Begini...minggu nie aku tak boleh nak buat apa2 sbb Kad Ep aku dah expired. Hari nie baru siap, insyaallah...esok aku dah kembali normal.


Isnin, 1 Oktober 2012

8 tahun sudah


Masyaallah..boleh aku dan abg aku tak ingat ya. Hari nie hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-8 tahun. Pagi nie..pukul 9.50 pagi, baru aku teringat dan terfikir bila kawan officemate tanya tarikh hari nie. Bila teringat terus aku message abg aku. Dia pun sama lupa hahaha!!!!!

Tak per2...istimewanya hari nie, Allah telah menggerakkan hati kami utk berpuasa bersama2 pada hari nie. Syukur..ada juga benda besar yang kami lakukan bersama. Alhamdulillah. Rasa macam sweet sangat.