"Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam"
Khamis, 17 Mei 2012
hati yang tak syok..
Since minggu lepas dan minggu nie, hati nie tak best sangat bila memikirkan anak2 yang on off tahap kesihatannya. Aqil sejak minggu lepas, demam on fff on off jer. Risau pulak aku dibuatnya. Yang Aniq pulak start petang selasa, dia demam. Hati ibu mana yang seronok bila tengok anak2 tak sihat mcm gitu. Kebetulan pulak Sekolah Agama tengah exam. Kena jugaklah Aniq kuatkan semangat pergi sekolah semalam. Cuma sekolah pagi jer, dia tak pergi. Pagi nie, Insyaallah bebudak tu aku tengok ok rasanya. Ya Allah kasihanilah hamba-hambamu ini. Kurniakanlah kesihatan badan buat kami supaya kami dapat uruskan kehidupan dengan baik. Dengan izinMu jua. Amin.
Selasa, 15 Mei 2012
berakhir sudah...
Lalala....senang hati aku hari nie. Sebab apa ya? ha..sebab PA kat office aku dah kembali. Ringan sikit tanggungjawab aku. Just fokus kat kerja2 aku jer. 3 bulan aku tanggung kerja PA, bukan seminggu, atau sebulan ya. Lama tu...klu aku nak cutikan fikir 2 tiga kali sbb aku akan pastikan kerja2 PA settle, lebih-lebih lagi berkaitan mesyuarat, waran kapal terbang dan lain2. Yerlahkan....aku tanggung kerja PA nie berbayar, taknaklah pendapatan aku tu tak diberkati. Aku kenalah bertanggungjawab atas semua tugas2 PA tu. Takkan nak bebankan orang lain, pastu kita senang2 dapat upahnya. Tak sesuai....
Setakat ni dan sehingga semalam, Alhamdulillah aku dah buat yang terbaik dah utk pikul tanggungjawab tu. Insyaallah, klu ada rezeki aku nak kongsi dengan rakan2 yang banyak membantu selama aku tanggung kerja PA nie. Terima kasih ya kawan2.
Isnin, 14 Mei 2012
Travel ke Batu Pahat, Johor
Semalam pagi, kita orang dan bebudak Office travel ngan bas pergi meraikan kengkawan seoffice khawinlah (Farhana). Excited Aniq dan Aqil naik bas, Nasib baik bebudak tu under control. Klu tak fening jugak. Yerlah...dlm bas bukannya dalam keter boleh buat sesuka hati. Bayangkanlah..bertolak dari Putrajaya pukul 9.15 pagi lebih kurang, sampai sini pulak 9.20malam lebih kurang. Lama tu....nasib baik driver2 bas tu sporting. Boleh berenti-berenti, siap pergi Air Hitam lagi jln2 parabih duit hik..hik..
Alah..gambar tak derlah, sebabnya Aqil asyik nak berdukung jer. Gambar pengantin pun aku tak dapat nak ambik yer. Cerita kosong jerlah..tengoklah klu member2 kat sini ada download boleh aku tepek kat sini (dengan izinlah).
aqil yang masih tak berapa sihat, terlena dalam bas
Haaa..pasal Air Hitam tu kan. Pada pendapat peribadi akulah kan, jangan marah yer klu tak sependapat. Biasa jerlah. Tak der aper2 yang menarik sangat. Walaupun begitu, alhamdulillah sampai jugak aku ke situ. Tak derlah aku blur jer, bila org cerita pasal Air Hitam nie. Tempatnyakan kecik jer, parking pun susah. Keseluruahnnya biasalah...Isnin, 7 Mei 2012
~ Sup Ketam Siap...
Haa...mira, aiza, yan sup ketam dah siap. Jemputlah tengok hahaha!!! nak bagi tak cukuplah. aku dan amin dah setelkan dgn jayanya. Anak2 mkn kuah jer (bukan aku tak bagi tapi diaorang yang tak nak yer!!). Nasib badan...masak utk anak, tapi kita jugak yang kena perabih.
Nasib baik Jumaat hari tu, aku rajin ronda2 kat pasar tu. Klu tak bernasib baik boleh terbeli ketam yang harga RM24.00 sekilo. Alhamdulillah aku terbeli ketam RM22.00 sekilo. Jadinya utk 3 ekor ketam yang gebu aku dapat dengan harga RM18.00. Bila masak potong 2 dapatlah 6 ketul (betullah isi ketam dia penuh dan padat). Oklah tu kan... Jom layan gambonya sebagai buktinya. Hahahaha!!!!!!
Proses membersih ketam yer. Kena hati2 takut isinya terkeluar (sayang Oooo...mahal tu)
Sup Ketam
Sup nie aku letak daun sup dengan daun bawang jer sbb abg aku nak cam gitu. Biasanya org letaklah lobak merah sikit, apa2 ke sikit. Ikutkan ajer....kami hadap ketam2 nie sekali gus. 6 ketul licin tak tinggal satu pun walaupun sepitnya. Kih..kih..kih..boleh dikategorikan malam tu "kenduri ketamlah".
Jumaat, 4 Mei 2012
Nak cari ketam..nak cari ketam..
Petang nie plan nak cari ketamlah kat pasar malam Putrajaya. Harap-harap berjayalah hendaknya sup ketam aku mlm nie. Minggu lepas aku tengok ketam banyak eemmm!!! RM22.00 sekilo. Itu harga minggu lepas. Minggu nie aku tak pasti....tunggu!!!! kawan2 aku cakap isi ketam penuh sekarang nie.
Dah lama jugak aku tak masak ketam nie. Teringin pulak, abg dan anak2 suker makan, tapi lecehkan bila nak makan isinya. Ambik masa, sampaikan nasi tak luak2 dok ralik mengeluarkan isi ketam. Cobaan...benda yang sedap memanglah cam gitu. Ketam oh ketam...
Khamis, 3 Mei 2012
rezeki makan tak sudah2
Alhamdulillah..rezeki makan2 melimpah ruah. Start dari aku balik ke Bentong dari pagi sabtu aritu sampai ke petang hari ahad tak berhenti makan okeh. Pagi Sabtu tu makan nasi lemak pastu pulut kuning yang makcik masak. Tengaharinya pulak gie kenduri khawin makan nasi minyak lauk macam biasalah klu kenduri tu. Malamnya pulak ada makan2 sempena hari jadi kat umah makcik aku. Malam nie, memang makanannya sedap2 belaka dan memang terbaik!!! Ada BBQ ayam, sosej dan udang, coslow. Apalagi yer...ha!! kek, satay, nasi emmm!!! rasanya cukuplah kot menu2 yang ada nie. Itu pun dah macam2 dah tak larat nak makan semua. Tapi paling aku suka BBQ ayam dan udang klu ada sotong dan ketam lg syok nie. (nanti klu nak buat lg boleh tong2 sikit sorang). Pagi ahad just sarapan kuih muih yang telah disediakan sendiri oleh makcik dan abah aku. Kuih diaorang memang sedap ya, lebih2 lagi kuih tepung gomak diaorang susah nak dapat kat mana2. Klu ada pun tak sesedap tepung gomak abah dan makcik akulah.
Ha..menu juadah untuk tengahari ahad pulak. Gulai masam ikan kembung dengan belimbing depan rumah. Pucuk paku goreng belacan, sayur kobis goreng, sambal kerdas masak belacan, ikan goreng, jantung pisang rebus dan tidak ketinggalan sambal belacan. Puas aku makan... cukup pedasnya, masamnya. Rasanya badan aku nie dah kembang semacam dah. Nie, klu hari2 mcm gini. Gemuklah aku..sekarang nie pun dah naik sikit. Tak abis lagi makan2 sabtu ahad. Sambung pulak...isnin tengahari. Aiza.. belanja kami bertiga makan kat Nando's kat Alamanda. Alhamdulillah..memang kenyanglah. Nasib baiklah aku memang mengosongkan perut tak makan pagi.(mcm tau2 jer).
Semalam pulak, zurina..belanja nasi ayam dan Brownies serta air kotak (sempurna hidangannya) satu bahagian kita orang. Memang sedap abang aku ckp..dia yang habiskan semua. Rezeki abg aku ya. Sbb aku dah tak larat nak makan. Aku dah makan bekal aku dari rumah (nasi putih + sambal peria masak belacan + ikan cencaru goreng). Kenyang tahap gapan, klu aku makan lagi kemungkinan besar (aku bukan makan tapi melantak) hahaha!!!
Terima kasih semua, yang sponser makan2 nie. Semoga rezeki korang bertambah-tambah lagi. Amin...
Langgan:
Catatan (Atom)