"Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam"
Khamis, 3 Mei 2012
rezeki makan tak sudah2
Alhamdulillah..rezeki makan2 melimpah ruah. Start dari aku balik ke Bentong dari pagi sabtu aritu sampai ke petang hari ahad tak berhenti makan okeh. Pagi Sabtu tu makan nasi lemak pastu pulut kuning yang makcik masak. Tengaharinya pulak gie kenduri khawin makan nasi minyak lauk macam biasalah klu kenduri tu. Malamnya pulak ada makan2 sempena hari jadi kat umah makcik aku. Malam nie, memang makanannya sedap2 belaka dan memang terbaik!!! Ada BBQ ayam, sosej dan udang, coslow. Apalagi yer...ha!! kek, satay, nasi emmm!!! rasanya cukuplah kot menu2 yang ada nie. Itu pun dah macam2 dah tak larat nak makan semua. Tapi paling aku suka BBQ ayam dan udang klu ada sotong dan ketam lg syok nie. (nanti klu nak buat lg boleh tong2 sikit sorang). Pagi ahad just sarapan kuih muih yang telah disediakan sendiri oleh makcik dan abah aku. Kuih diaorang memang sedap ya, lebih2 lagi kuih tepung gomak diaorang susah nak dapat kat mana2. Klu ada pun tak sesedap tepung gomak abah dan makcik akulah.
Ha..menu juadah untuk tengahari ahad pulak. Gulai masam ikan kembung dengan belimbing depan rumah. Pucuk paku goreng belacan, sayur kobis goreng, sambal kerdas masak belacan, ikan goreng, jantung pisang rebus dan tidak ketinggalan sambal belacan. Puas aku makan... cukup pedasnya, masamnya. Rasanya badan aku nie dah kembang semacam dah. Nie, klu hari2 mcm gini. Gemuklah aku..sekarang nie pun dah naik sikit. Tak abis lagi makan2 sabtu ahad. Sambung pulak...isnin tengahari. Aiza.. belanja kami bertiga makan kat Nando's kat Alamanda. Alhamdulillah..memang kenyanglah. Nasib baiklah aku memang mengosongkan perut tak makan pagi.(mcm tau2 jer).
Semalam pulak, zurina..belanja nasi ayam dan Brownies serta air kotak (sempurna hidangannya) satu bahagian kita orang. Memang sedap abang aku ckp..dia yang habiskan semua. Rezeki abg aku ya. Sbb aku dah tak larat nak makan. Aku dah makan bekal aku dari rumah (nasi putih + sambal peria masak belacan + ikan cencaru goreng). Kenyang tahap gapan, klu aku makan lagi kemungkinan besar (aku bukan makan tapi melantak) hahaha!!!
Terima kasih semua, yang sponser makan2 nie. Semoga rezeki korang bertambah-tambah lagi. Amin...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hai!!!