Get your own Digital Clock

Isnin, 14 Mei 2012

Travel ke Batu Pahat, Johor



Semalam pagi, kita orang dan bebudak Office travel ngan bas pergi meraikan kengkawan seoffice khawinlah (Farhana). Excited Aniq dan Aqil naik bas, Nasib baik bebudak tu under control. Klu tak fening jugak. Yerlah...dlm bas bukannya dalam keter boleh buat sesuka hati. Bayangkanlah..bertolak dari Putrajaya pukul 9.15 pagi lebih kurang, sampai sini pulak 9.20malam lebih kurang. Lama tu....nasib baik driver2 bas tu sporting. Boleh berenti-berenti, siap pergi Air Hitam lagi jln2 parabih duit hik..hik..

Alah..gambar tak derlah, sebabnya Aqil asyik nak berdukung jer. Gambar pengantin pun aku tak dapat nak ambik yer. Cerita kosong jerlah..tengoklah klu member2 kat sini ada download boleh aku tepek kat sini (dengan izinlah).

aqil yang masih tak berapa sihat, terlena dalam bas

Haaa..pasal Air Hitam tu kan. Pada pendapat peribadi akulah kan, jangan marah yer klu tak sependapat. Biasa jerlah. Tak der aper2 yang menarik sangat. Walaupun begitu, alhamdulillah sampai jugak aku ke situ. Tak derlah aku blur jer, bila org cerita pasal Air Hitam nie. Tempatnyakan kecik jer, parking pun susah. Keseluruahnnya biasalah...

Isnin, 7 Mei 2012

~ Sup Ketam Siap...


Haa...mira, aiza, yan sup ketam dah siap. Jemputlah tengok hahaha!!! nak bagi tak cukuplah. aku dan amin dah setelkan dgn jayanya. Anak2 mkn kuah jer (bukan aku tak bagi tapi diaorang yang tak nak yer!!). Nasib badan...masak utk anak, tapi kita jugak yang kena perabih.

Nasib baik Jumaat hari tu, aku rajin ronda2 kat pasar tu. Klu tak bernasib baik boleh terbeli ketam yang harga RM24.00 sekilo. Alhamdulillah aku terbeli ketam RM22.00 sekilo. Jadinya utk 3 ekor ketam yang gebu aku dapat dengan harga RM18.00. Bila masak potong 2 dapatlah 6 ketul (betullah isi ketam dia penuh dan padat). Oklah tu kan... Jom layan gambonya sebagai buktinya. Hahahaha!!!!!!



Proses membersih ketam yer. Kena hati2 takut isinya terkeluar (sayang Oooo...mahal tu)


Sup Ketam

Sup nie aku letak daun sup dengan daun bawang jer sbb abg aku nak cam gitu. Biasanya org letaklah lobak merah sikit, apa2 ke sikit. Ikutkan ajer....kami hadap ketam2 nie sekali gus. 6 ketul licin tak tinggal satu pun walaupun sepitnya. Kih..kih..kih..boleh dikategorikan malam tu "kenduri ketamlah".





Jumaat, 4 Mei 2012

Nak cari ketam..nak cari ketam..


Petang nie plan nak cari ketamlah kat pasar malam Putrajaya. Harap-harap berjayalah hendaknya sup ketam aku mlm nie. Minggu lepas aku tengok ketam banyak eemmm!!! RM22.00 sekilo. Itu harga minggu lepas. Minggu nie aku tak pasti....tunggu!!!! kawan2 aku cakap isi ketam penuh sekarang nie.

Dah lama jugak aku tak masak ketam nie. Teringin pulak, abg dan anak2 suker makan, tapi lecehkan bila nak makan isinya. Ambik masa, sampaikan nasi tak luak2 dok ralik mengeluarkan isi ketam. Cobaan...benda yang sedap memanglah cam gitu. Ketam oh ketam...

Khamis, 3 Mei 2012

rezeki makan tak sudah2



Alhamdulillah..rezeki makan2 melimpah ruah. Start dari aku balik  ke Bentong dari pagi sabtu aritu sampai ke petang hari ahad tak berhenti makan okeh. Pagi Sabtu tu makan nasi lemak pastu pulut kuning yang makcik masak. Tengaharinya pulak gie kenduri khawin makan nasi minyak lauk macam biasalah klu kenduri tu. Malamnya pulak ada makan2 sempena hari jadi kat umah makcik aku. Malam nie, memang makanannya sedap2 belaka dan memang terbaik!!! Ada BBQ ayam, sosej dan udang, coslow. Apalagi yer...ha!! kek, satay, nasi emmm!!! rasanya cukuplah kot menu2 yang ada nie. Itu pun dah macam2 dah tak larat nak makan semua. Tapi paling aku suka BBQ ayam dan udang klu ada sotong dan ketam lg syok nie. (nanti klu nak buat lg boleh tong2 sikit sorang). Pagi ahad just sarapan kuih muih yang telah disediakan sendiri oleh makcik dan abah aku. Kuih diaorang memang sedap ya, lebih2 lagi kuih tepung gomak diaorang susah nak dapat kat mana2. Klu ada pun tak sesedap tepung gomak abah dan makcik akulah.

Ha..menu juadah untuk tengahari ahad pulak. Gulai masam ikan kembung dengan belimbing depan rumah. Pucuk paku goreng belacan, sayur kobis goreng, sambal kerdas masak belacan, ikan goreng, jantung pisang rebus dan tidak ketinggalan sambal belacan. Puas aku makan... cukup pedasnya, masamnya. Rasanya badan aku nie dah kembang semacam dah. Nie, klu hari2 mcm gini. Gemuklah aku..sekarang nie pun dah naik sikit. Tak abis lagi makan2 sabtu ahad. Sambung pulak...isnin tengahari. Aiza.. belanja kami bertiga makan kat Nando's kat Alamanda. Alhamdulillah..memang kenyanglah. Nasib baiklah aku memang mengosongkan perut tak makan pagi.(mcm tau2 jer).

Semalam pulak, zurina..belanja nasi ayam dan Brownies serta air kotak (sempurna hidangannya) satu bahagian kita orang. Memang sedap abang aku ckp..dia yang habiskan semua. Rezeki abg aku ya. Sbb aku dah tak larat nak makan. Aku dah makan bekal aku dari rumah (nasi putih + sambal peria masak belacan + ikan cencaru goreng). Kenyang tahap gapan, klu aku makan lagi kemungkinan besar (aku bukan makan tapi melantak) hahaha!!!

Terima kasih semua, yang sponser makan2 nie. Semoga rezeki korang bertambah-tambah lagi. Amin...


Jumaat, 27 April 2012

cucur udang style arwah mak


rindunya nak post pasal masak2. Bukan apa..kat umah pun dah lama tak main masak2 sbb tu tak der story. Klu ada pun aku malas nak ambik gambar dan post kat sini. Mood tak der!!!

Tapi hari niekan, aku nak abadikan cara arwah mak aku menyediakan cekodok udang untuk kami dulu2 memang best "Kenangan". Aku try buat hari tu, utk sarapan pagi di hari sabtu yang relax gitu. Bahan2 yang diperlukan memang sempoi, tak perlu serbuk penaik atau air panas. Bancuh ngan air paip jer. Tapi ngan syarat kena peram kat dalam peti aislah dulu. Pastu baru boleh goreng. Seingat akulah kan, aku bancuh adunan Jumaat malam. Esok paginya baru aku goreng, memang lembut dan sedap. Serius..tak caya tanya aku...hahaha!!!! dihidang pulak ngan kuah kacang (segera) memang terangkatlah. Banyak jugak sebenarnya teknik2 masakan yang mak aku tinggalkan utk kami praktikkan. Alhamdulillah..semua tu memang berguna utk kami. Terima kasih mak..walau pun mak dah tak der, mak sentiasa dlm hati dan doa aku.
-
-
-

Cekodok Peram..boleh gitu!!

Adunan yang telah diperam semalaman

Nah..dah boleh makan dah

*Goreng dengan minyak yang banyak
*Goreng dengan minyak yang panas




Tak sangka...ya!!



Terkejut aku bila terima call yang hamba Allah tu mintak maaf ya. Alhamdulillah..hamba Allah tu sedar yang dia telah berbuat silap dan salah. Tak per biasalah...tu. Aku dah maafkan dah pun...tak simpan dlm hati pun. Cuma tadi sentap kejap jer....tapi idaklah sampai meleret2 sakitnya. Kojap aje!!! Harap2 dia boleh menjadi hamba Allah yang baik kepada yang lebih baik. Amin..sama2 kita doakan ya untuk kawan2.