Get your own Digital Clock

Rabu, 24 Mac 2010

Peranan Minda Untuk Berhijrah

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Ra'd:11)


Ramai yang beranggapan bahawa hijrah diri adalah hasil daripada hidayah dan ketentuan Allah SWT semata-mata. Namun Allah telah berfirman seperti di atas yang bermaksud:

Hijrah itu bertitik tolak daripada kuasa minda yang merupakan ciptaan Allah yang hebat. Ia mampu membuatkan manusia berfikir tentang diri dan kejadian -Nya. Minda mengawal proses pemikiran dan tingkah laku agar bersikap rasional.

Jika kita mengganggap perubahan diri adalah takdir semata-mata dan bukan datangnya dari kehendak diri, minda kita akan berkata "tidak" kepada usaha hijrah. Lantas timbullah kata-kata seperti "aku memang tidak boleh berubah", "aku tidak mampu untuk berhijrah", "sudah nasib aku begini", "mustahil saya boleh berubah" atau yang lebih menyedihkan lagi bila ada yang mengatakan "belum sampai seru, bila dah tua nanti aku taubatlah!".

Sesungguhnya Allah SWT akan menolong hamba-Nya yang ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk berubah dari baik kepada yang lebih baik dalam kehidupan dunia dan akhirat. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!