Get your own Digital Clock

Rabu, 24 Mac 2010

Tasik Kenyir

Mengikut apa yang aku baca hari nie dari info KETENGAH Jan/Feb 2010, terdapat taman burung yang akan menjadi tarikan baru pelancong. 'Kenyir Island Hopping' (KIH) yang dibangunkan di Tasik Kenyir dijangka dapat disiapkan sebelum pertengahan tahun ini. Terletak lebih kurang 4km dari Pengkalan Gawi, ia hanya mengambil masa selama 7 minit perjalanan dengan bot. Konsep yang digunakan ialah melepaskan burung-burung secara bebas supaya para pengunjung merasa lebih dekat dan mesra dengan burung-burung tersebut.
Tasik Kenyir bukan sahaja kaya dengan flora dan fauna disamping keindahan alam semulajadi yang mempersonakan. Satu lagi tarikannya ialah dua buah guanya iaitu Gua Taat dan Gua Bewah yang dipercayai pernah didiami oleh manusia purba.
Selain daripada Gua Bewah terdapat dua buah lagi, iaitu Gua Taat A dan Gua Taat B yang menyimpan khazanah bersejarah yang berharga. Terdapat juga Gua yang belum diterokai iaitu Gua Tok Bidan yang tersimpan banyak rahsia dan khazanah. Malangnya gua tersebut ditenggelami air sebaik saja Tasik Kenyir wujud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!