Get your own Digital Clock

Khamis, 25 Mac 2010

Yogurt

Suka tak makan Yogurd. Di dalam yogurt terdapat bakteria baik untuk usus manusia. Ia dikenali sebagai Lactobacillus Acidophilus. Nak tau tak:-

  • Kebanyakan penyakit manusia berpunca dari proses pengasingan protein dan mikroorganisma yang telah busuk di dalam salur usus.
  • Bakteria baik ini boleh menanam dan membiakkan bakteria berfaedah dalam usus bagi menyingkirkan bakteria yang merbahaya.

Jadi dengan adanya bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt, ia dapat memberi faedah kepada kesihatan kita. Nak tau apa fungsi bakteria baik nie.

  1. Pengeluaran vitamin di dalam usus
  2. Menyembuhkan sembelit
  3. Mencegah kembung perut, masalah angin serta nafas yang berbau
  4. Menghalang amoeba, cacing dan lain-lain parasit
  5. Merawat usus selepas terapi antibiotik

Oleh itu, pengambilan yogurt dalam diet harian, adalah sangat baik untuk mencegah penyakit yang berpunca dari usus. Begitulah besarnya kasih sayang Allah. Jadilah hamba yang taat dan sentiasa menggunakan kesihatan yang dianugerahkan untuk beribadah kepada-Nya.