Get your own Digital Clock

Rabu, 26 Mei 2010

20 tHN akAN datANG..

InI AdalaH RekaaN sEMATa - mATa
=+=+=+=+=+=
Percaya KE..tak percaya KE..tak kisah !!! nak gelak KE, nak senyum KE, nak kutuk KE, lagi tak kisah!!! sendiri tengok pun (@4%*$) masyaallah!!!!!
..............."wAKakA"...............

biar betoi...

lawa lagi...tu


Ini semua adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara yang muda atau yang tua. Kepada mereka yang ingin mencuba sila klick "bErTukAr" jeng..jeng..jeng!!!!

Selasa, 25 Mei 2010

sEkaLi RAsA nAk LaGi

Roti pisang


Hari nie, aye breakfast dengan 2 keping roti pisang tapi 1 keping tu bawa ke tengahari. Sebelum nie, tak pernah pulak rasa & makan roti pisang. Biasanya aye selalu order roti kosong paling hebat pun roti telur. Yang aye boleh jadi suka makan roti pisang nie, ari tu ha..Jumaat (lunch hour) Pn. Y ada beli lebih. Pn. Y beli > dari 1 jadi pelawa kami rasa & makan. Apa lagi!! sekeping roti pisang telah dihabiskan dengan licin. Macamana tak licin, masih panas, baunya harum dan rangup yumm..yumm sehingga menjilat jari (terima kasih Pn. Y). Bukan aye sorang ye..dibahagi 2 dengan Pn. N, kejadian ini berlaku setelah kami menghabiskan sebungkus nasi. Jadi.... lepas nie roti pisang dah termasuk dalam senarai roti kegemaranku...yumm..yumm




Khamis, 20 Mei 2010

CoobA TeeKa


BULAN BERAPA PEREMPUAN PALING KURANG SEKALI
"BERCAKAP"

Selasa, 18 Mei 2010

JiMaT teNagA


Tip yang boleh kita gunapakai menjimatkan tenaga elektrik untuk peralatan rumah

1. Letakkan peti sejuk di tempat yang tidak terlalu panas, cthnya terdedah pada sinaran matahari atau yang berhampiran dengan dapur masak.

2. Selalu periksa perekat pintu pada ketuhar elektrik atau gelombang mikro jika ada tanda-tanda haus dan lusuh.

3. Pastikan penyaman udara dipasang jauh daripada pancaran terus matahari. Pastikan juga keupayaan penyaman udara (kuasa kudanya) bersesuaian dengan saiz ruang bilik.

4. Pastikan suis televisyen, komputer dan radio ditutup apabila tidak digunakan. Peralatan yang berada pada mod sedia masih menggunakan tenaga elektrik.

5. Pastikan rumah kita mengunakan lampu jenis cekap tenaga. Cthnya, gunakan lampu kalimantang atau lampu penjimat elektrik iaitu lampu kalimantang mampat.


sumber : Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Jumaat, 14 Mei 2010

GuLaI lEmAk UdAnG TeMpOyAk

Kisahnya gini, adik aye yang kerja kat Sabah tu ada bawak udang dari sana. Katanya "kat sana murah". 2 minggu jugaklah udang nie tersimpan, ate...sibuk kenduri sepupu aye ari tu. Bila masa nak masak, time kerja pulak, tak dapek le nak masak gitu-gini (take time). Jadi Ahad 8 Mei 2010 ari tu (petang) barulah udang nie digulai. Fikir punya fikir, tengok punya tengok keputusannya:-

-GuLaI LeMaK CilI pAdI UdAnG TeMpOyak-

Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Udang (1/2 kilo)
2. Santan (Rm1.00)
3. Tempoyak (3 sudu)
4. Daun kunyit (sehelai- hiris nipis)
5. Serai (1 btg)
6. Asam Keping (1 kpg)

Bahan Tumbuk
1. Cili padi (20 biji)
2. Kunyit hidup

Caranya:-

Masukkan udang ke dlm periuk, daun kunyit, serai dan tuangkan bahan tumbuk tadi bersama sedikit air. Biarkan mengelegak sikit, pastu masukkan santan dan tempoyak tadi. Kacau sehingga menggelegak, pastu masukkan garam dan asam keping biarkan ia masak. Akhir sekali, rasa gulai tu sebelum tutup api. Dah siap untuk dihidangkan.


Sebetulnya, tak niat pun nak letak tempoyak. Tapi aye tengok kat dlm peti ais ada tempoyak liza, adalah dalam 3 sudu. EemmM...masuk jelah. Habis cerita. Hari tu beli 2 bekas kat liza, sebekas lagi yang tak terusik tu aye bagi kat adik (terbang ke sabah). Tu le...... kisahnya.

Khamis, 13 Mei 2010

3 hArI 2 MaLaM

Nama Kursus : Kursus Pengurusan Sumber Manusia
Tarikh : 10 hingga 12 Mei 2010
Tempoh : 3 hari 2 malam
Tempat : City Villa Hotel, Kuala Lumpur


Banyak betul rintangan yang kami lalui sepanjang perjalanan ke tempat kursus. Dahlah bas lambat sebab jemput peserta BTN dulu. Oklah pastu, masa nak sampai ke tol sungai besi tayar bas pancit pulak dah le hujan lebat. Tunggulah pulak pomen tayar sampai. Bila dah sampai, peralatan tak cukup pulak. Aduh..tension betoi. Lastly, kami dalam 7 orang naik van, selebihnya naik kereta. Rasanya kalau nak gie Kelantan sampai dah kot. He..he...

Alhamdulillah akhirnya, aye sampai dengan selamat. Aye terus check in bilik, buat apa yang patut sebab nak nonton Adamaya. First time, dapat bilik duduk sorang.

En. Kamarul (ketua kumpulan) dan Kak Maznah

Niza & Sanisah
Semua nie ahli kumpulan aye. Nama kumpulan kami sempoi giler (ApE-aPe aJe).

Hasil kerja kumpulan (malam pertama) yang wajib dibentangkan. Nasib baik ketua aye, bijak berkata-kata. Selamat rasanya.

Hasil kerja kumpulan (hari ke-2). Kami kena bincang pasal bagaimana nak buat pelanggan puashati dengan kita. Kacang kuda....je tu.

Ha..yang nie paling best. Kami kena bina kapal terbang mengikut syarat dan skop yang telah diberi. Kreatif beb..kapal terbang kami dapat tempat ke-2 (dapat terbang jauh)

Malam ke-2, kami semua dipaksa membuat persembahan kumpulan dan wajib hantar wakil kumpulan untuk buat persembahan solo atau duet. Ketar satu badan beb..sampai tak seleralah nak makan. Tak penah hayat hayun, aye kena nyanyi atas pentas. Malam tu, kami nyanyi lagu YuNa untuk persembahan kumpulan. Sedap x sedap belakang kira, janji kami dah cuba sehabis baik..ya ke..hentamlah labu.

Nie persembahan duet dari kumpulan ApE-aPe aJe. AyE & NiZa dendangkan lagu dari ErrA Fazira, eemm..lagunya macam nie, pertemuan yang tak terduga, kau ku lihat tersenyum manja..lebih kurang gitu lah...

Sebenarnya adik Niza yang nak nyanyi solo tapi bila majlis dah nak mula, dia kata "akak tolonglah.. niza tak sanggup nak nyanyi sorang" alahai kesianlah pulok. ApE aPe ajElah....


Isnin, 10 Mei 2010

MaNa NiE..tAk SaMpAi2

Sabtu, 8 Mei 2010. Masa nie...kami dah sampai kat Tol Yong Peng Utara, pastu kami kena tunggu yang lain, baru boleh gerak ke rumah pengantin lelaki. Lama..tu..sempatlah ambil gambar gelagat bebudak nie dlm kereta.



hai....

poyo..kan

KoNvOi ke YoNg PeNg

Alhamdulillah... sampai jugak kami ke rumah pengantin lelaki, tu!!ha...siap ada penyambut tetamu lagi (hijau gitu). Majlis menyambut menantu nie berlangsung pada hari Sabtu, 8 Mei 2010 di Kampung Parit Selamat, Yong Peng Johor.


yang duduk tu adik kepada pengantin lelaki

orang kampung gotong-royong jayakan kenduri nie


hebat tu..tetamu dijamukan nasi briani dan ayam golek disamping menu yg lain (sedap giler)


bersemangat (kumpulan kompang) yang telah menggamatkan suasana majlis


dia datang.... dengan lenggang lenggoknya....


nonton orang bersilat


adik bongsu pengantin perempuan


adik ke-2 pengantin perempuan (*kebetulan ke-2nya ketap bibir)


tema warna hijau (menarik....)


senyum....

makan beradab bersama pengantin dan keluarga perempuan

jemput makan, perut dah berbunyi

aye dan keluarga dah selesai menjamu selera, memang bestlah nasi briani dan ayam golek dia, bertambah-tambah kami makan. Ha...satu lagi acar buah dia memang sedap (tak pernah makan sesedap kat sini). Si kecik nie dah ngantuk tu yang tak duduk diam.

Ok....lah kami dah nak balik. Terima kasih tuan rumah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami semua selamat tiba ke destinasi di tuju.


Jumaat, 7 Mei 2010

RaSa AlaMaNdA PuTRajAya

Kenyangnya hari nie, ada kawan-kawan belanja makan. Buat Yan, Kak. wana dan Kak ita tQ semua for everything. Kami nie, sebenarnya nak raikan Birthday girl (Yan) yang dah berlalu (last week) 27 April 2010 semoga panjang umur dan cepat naik pelamin.

K.wana thanks (licin)

Nielah wafer yang birthday girl belanja tu kongsi 4 (sweet moment)

tinggal tulang je ke (YaN & k.WaNa)

bute le..mata den (AyE & k.ItA)

BeRsAmBunG dIsInI cLiCk

Rabu, 5 Mei 2010

BoSaN....Le...tU

Masa nie, Aqil kat bilik persalinan pengantin. Lama sangat tunggu demo bersiap, tak larat aye nak dukung. Ha..aye letak Aqil atas meja dekat cermin besar nie. Lega rasanya, kebas tangan menahan lenguh. Sempatlah jugak ambil gambar utk post kat dlm nie.

Tu..tak puas hatilah tu. Ala..bucuk2 ibu!!!!!


Majlis perkahwinan Anis & Rafi

Majlis persandingan diantara Anis (sepupu) dan Rafi yang dilangsungkan di dewan Presint 16 Putrajaya pada hari Ahad 2 Mei 2010. Semoga ikatan perkahwinan ini disulami dengan kasih sayang yang sejati dan kekal ke akhir hayat. Amin...


Jemput masuk!!!nie ibubapa dan adik-adik pengantin perempuan. Serba pink gitu....


relaks la....


Setelah siap di mekap


Kat luar dewan, tonton orang bersilat


kot..ye pun jangan le serius sangat


selamat disandingkan


sama cantik dan sama padan


macam tulah...senyum


Hantaran dari pihak lelaki tema warna oren


Hantaran dari pihak perempuan tema warna biru

sempat lagi tuUuu....

My brother and sister

Nie sepupu (Epie) dan isterinya turut hadir

Nie tetamu dari Rawang, mak, kak ngah dan abang ipar kepada suami aye