Get your own Digital Clock

Jumaat, 14 Mei 2010

GuLaI lEmAk UdAnG TeMpOyAk

Kisahnya gini, adik aye yang kerja kat Sabah tu ada bawak udang dari sana. Katanya "kat sana murah". 2 minggu jugaklah udang nie tersimpan, ate...sibuk kenduri sepupu aye ari tu. Bila masa nak masak, time kerja pulak, tak dapek le nak masak gitu-gini (take time). Jadi Ahad 8 Mei 2010 ari tu (petang) barulah udang nie digulai. Fikir punya fikir, tengok punya tengok keputusannya:-

-GuLaI LeMaK CilI pAdI UdAnG TeMpOyak-

Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Udang (1/2 kilo)
2. Santan (Rm1.00)
3. Tempoyak (3 sudu)
4. Daun kunyit (sehelai- hiris nipis)
5. Serai (1 btg)
6. Asam Keping (1 kpg)

Bahan Tumbuk
1. Cili padi (20 biji)
2. Kunyit hidup

Caranya:-

Masukkan udang ke dlm periuk, daun kunyit, serai dan tuangkan bahan tumbuk tadi bersama sedikit air. Biarkan mengelegak sikit, pastu masukkan santan dan tempoyak tadi. Kacau sehingga menggelegak, pastu masukkan garam dan asam keping biarkan ia masak. Akhir sekali, rasa gulai tu sebelum tutup api. Dah siap untuk dihidangkan.


Sebetulnya, tak niat pun nak letak tempoyak. Tapi aye tengok kat dlm peti ais ada tempoyak liza, adalah dalam 3 sudu. EemmM...masuk jelah. Habis cerita. Hari tu beli 2 bekas kat liza, sebekas lagi yang tak terusik tu aye bagi kat adik (terbang ke sabah). Tu le...... kisahnya.

3 ulasan:

Hai!!!