Get your own Digital Clock

Khamis, 13 Mei 2010

3 hArI 2 MaLaM

Nama Kursus : Kursus Pengurusan Sumber Manusia
Tarikh : 10 hingga 12 Mei 2010
Tempoh : 3 hari 2 malam
Tempat : City Villa Hotel, Kuala Lumpur


Banyak betul rintangan yang kami lalui sepanjang perjalanan ke tempat kursus. Dahlah bas lambat sebab jemput peserta BTN dulu. Oklah pastu, masa nak sampai ke tol sungai besi tayar bas pancit pulak dah le hujan lebat. Tunggulah pulak pomen tayar sampai. Bila dah sampai, peralatan tak cukup pulak. Aduh..tension betoi. Lastly, kami dalam 7 orang naik van, selebihnya naik kereta. Rasanya kalau nak gie Kelantan sampai dah kot. He..he...

Alhamdulillah akhirnya, aye sampai dengan selamat. Aye terus check in bilik, buat apa yang patut sebab nak nonton Adamaya. First time, dapat bilik duduk sorang.

En. Kamarul (ketua kumpulan) dan Kak Maznah

Niza & Sanisah
Semua nie ahli kumpulan aye. Nama kumpulan kami sempoi giler (ApE-aPe aJe).

Hasil kerja kumpulan (malam pertama) yang wajib dibentangkan. Nasib baik ketua aye, bijak berkata-kata. Selamat rasanya.

Hasil kerja kumpulan (hari ke-2). Kami kena bincang pasal bagaimana nak buat pelanggan puashati dengan kita. Kacang kuda....je tu.

Ha..yang nie paling best. Kami kena bina kapal terbang mengikut syarat dan skop yang telah diberi. Kreatif beb..kapal terbang kami dapat tempat ke-2 (dapat terbang jauh)

Malam ke-2, kami semua dipaksa membuat persembahan kumpulan dan wajib hantar wakil kumpulan untuk buat persembahan solo atau duet. Ketar satu badan beb..sampai tak seleralah nak makan. Tak penah hayat hayun, aye kena nyanyi atas pentas. Malam tu, kami nyanyi lagu YuNa untuk persembahan kumpulan. Sedap x sedap belakang kira, janji kami dah cuba sehabis baik..ya ke..hentamlah labu.

Nie persembahan duet dari kumpulan ApE-aPe aJe. AyE & NiZa dendangkan lagu dari ErrA Fazira, eemm..lagunya macam nie, pertemuan yang tak terduga, kau ku lihat tersenyum manja..lebih kurang gitu lah...

Sebenarnya adik Niza yang nak nyanyi solo tapi bila majlis dah nak mula, dia kata "akak tolonglah.. niza tak sanggup nak nyanyi sorang" alahai kesianlah pulok. ApE aPe ajElah....


5 ulasan:

  1. Fuyoo dh jadi penyanyi ke ni.. Nak signnnnnn!!!!:-p

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. datanglah sabtu nie (jom heboh) i ada buat show kat situ. He..he....

    BalasPadam
  4. ala ala alahai.. patut malam tu takleh toduq. bergegaq rasa kt putrajaya nie hehehehe

    BalasPadam
  5. Tau..tak pe, biasalahkan bakat semulajadi belilah album i, baru banjir putrajaya nie. Kwang..kwang..kwang...

    BalasPadam

Hai!!!