Get your own Digital Clock

Selasa, 18 Mei 2010

JiMaT teNagA


Tip yang boleh kita gunapakai menjimatkan tenaga elektrik untuk peralatan rumah

1. Letakkan peti sejuk di tempat yang tidak terlalu panas, cthnya terdedah pada sinaran matahari atau yang berhampiran dengan dapur masak.

2. Selalu periksa perekat pintu pada ketuhar elektrik atau gelombang mikro jika ada tanda-tanda haus dan lusuh.

3. Pastikan penyaman udara dipasang jauh daripada pancaran terus matahari. Pastikan juga keupayaan penyaman udara (kuasa kudanya) bersesuaian dengan saiz ruang bilik.

4. Pastikan suis televisyen, komputer dan radio ditutup apabila tidak digunakan. Peralatan yang berada pada mod sedia masih menggunakan tenaga elektrik.

5. Pastikan rumah kita mengunakan lampu jenis cekap tenaga. Cthnya, gunakan lampu kalimantang atau lampu penjimat elektrik iaitu lampu kalimantang mampat.


sumber : Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!