Get your own Digital Clock

Isnin, 23 April 2012

first day tanpa pampers...



Khamis lepas aku gie check up Aqil. Nurse tu just ambik berat dan tanya tu dan ini. Oklahkan...Pastu dia kata sepatutnya Aqil dah tak pakai pampers. Alahai...bab nie aku lemah sikit nak ajar si kecik nie. Jadinya start dari pagi sabtu ari tu, aku dah tak pakaikan pampers kat Aqil. Punyalah dia seronok...anunya bebas dan dia tergelak2 mungkin sbb geli kot. Setiap 20 minit aku mesti tanya nak kencing tak. Sampai bosan dia nak layan..kih..kih!!! (nak main pun tak senang) kata aqil dlm hati.

Sepanjang hari tu, 2 kali dia kencing dlm seluar ya. Aqil tak ckp apa2 ya, cuma tersengeh jer!!! sajer jer si kecik nie. Tapi bila aku nak tido ker atau dia nak tido, aku pakaikan pampers lah. Nanti tak kusyuk pulak aku nak melelapkan mata. Hehehe!!!

Pastukan...bila aku pakaikan Aqil pampers, ingatkan dia nak tido. Rupa2 lakonan semata ya. Boleh pulak dia berak disebalik langsir. Ingatkan dia buat aper...rupanya memerot. Aku rasa masa sepanjang dia tak pakai pampers mesti dia tahan nak berak. Kesian pulak anak aku nie, mungkin hari pertama. Dia pun aku tengok mcm tak bagi respon pun, tak der gaya nak kencing kat toilet. Suker jer, bila pakaikan pampers. Sabar jerlah...

Berbeza ngan abg dia, pengasuh yang ajar. Lagi pun Aniq nie mudah dengar arahan. Berbeza ngan Aqil yang agak nakal dan banyak mengelat. Bukan tak reti tapi buat2 tak faham...Mungkin aku akan ambil masa sikit nak ajar Aqil nie. Kena banyak bersabar...tak per ayahnya ada. Kat umah tu lantai dah tak beralas dah. Tikar dan karpet dah kena simpan oleh ayahnya. katanya "mengelakkan anaknya terkencing" naya nak membasuhnya. Betul jugak...

Moga2 usaha kami akan berbaloi dan berjaya mengajar Aqil tidak berpampers dan pandai buang air kat toilet mcm kanak2 sebaya ngan nya. Sbb tahun depan dah nak masuk Tadikakan. Nak tak nak kena jugak ya..anakku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!