Get your own Digital Clock

Rabu, 27 Jun 2012

Duit gaji..????



Dapat jer gaji Isnin hari tu, terus gie membeli. Tak sempat panas duit gaji dalam dompet. Ada-ade jer..itulah inilah. Bulan nie aku kena beli kasut sukan, seluar trek, baju T-shirt lengan panjang. Gara-gara kena pergi team building Jumaat nie. Penyertaan adalah "wajib", klu tak nak pergi kena bagi surat direct ke pegawai atasan. Itu pun tak tentu lepas. Alhamdulillah setakat nie, semuanya berjalan lancar. Ok jugak..dah lama tak gie kursus lasak2 mcam gini. Boleh jalan-jalan makan angin. Papai...abg, papai... anak2 ku. Jangan nakal2 yer..


Selasa, 19 Jun 2012

entah apa silapnya..tak bersarang






Frust tau....bila buat tak jadi. Aku niat nak bawak kek gula hangus utk Majlis Hari Jadi Saffiya comey Sabtu hari tu. Tapi hasilnya jadi macam gini. Maka terbantutlah hasrat murni aku tu. Tapi still boleh makan, tapi tak bersarang jer seperti yang sepatutnya. Tulah...lama tak buat, ginilah jadinya. hahahah!!!!

Akhirnya aku dan family yang perabihkan separuh, separuh lagi aku bagi adik aku yang sorang lagi tu..Hahaha!!! jadi mangsa aku.

Aku tau kenapa tak bersarang, salah satunya pasal telur ayam. Yang ke dua pasal cara bancuh. Aku tersalah steplahhhh...orang suruh masukkan susu pekat, aku pulak pergi masukkan tepung. Hahaha!!!! buat pasal lagi. Tulah hasilnya,,,tak bersarang semut tak nak dekat. Tak perlah nanti kita cuba lagi ok...




Rabu, 13 Jun 2012

Layang-layang - Homemade




Jangan tak percaya ya...layang-layang nie, abg aku buat sendiri. Klu aku, tak kuasa... beli jerlah RM10.00 jer. Layang-layang nie diperbuat dari lidi penyapu kat belakang pintu rumah aku. Hehehe!!!! pastu guna plastik sampah yang tebal sikit. Last sekali diikat menggunakan benang sulam aku yang dah lama aku tak gunakan (peninggalan arwah mak aku) bayangkan dah bertahun ya. Benang tu masih dalam keadaan elok. Benang yang sama jugak abg aku gunakan untuk main layang2 nie. Harap2 tak putuslah hendaknya. Bila aku tengok hasilnya..mcm tak caya jer. Boleh ker terbang, takut2 tak sempat terbang dah bersepai...hik hik!!!

Sabtu bersamaan 9.6.2012 kitaorang try terbangkan layang2 dekat Tasik Cempaka. Cemas kauuu.....sib baik naik tinggi hingga benang terakhir. Yang ruginya..masa tu tak bawak kamera. Tak per..2x, next time ok.


Isnin, 11 Jun 2012

Dah jadik - aKu BaKAr jEr...


Continue pasal Kek Coklat segera hari tu. Aku dah berjaya membuatnya, biasanya orang kukuskan tapi aku try bakar pulak, nak tengok apa bezanya.Yesss!!!! mood rajin aku sudah mari.........
-
-
-


Ok kawan2, klu nak sukat gunalah cawan mcm gini. Insyaallah tak keras dan tak lembik. YeyeOOO jer!!!
Nie first time aku cuba buat kek coklat guna tepung segera. Nantikan hasilnya..jeng.jeng.jeng



Pastu, bancuh sampai jadi macam gini, pastikan adunan dah tak berketul dan digaul rata yerrr!! Hari tu telur kat rumah aku tu kecik sikit. Jadinya aku letak 4 biji telur ayam.



Langkah seterusnya, tuangkan adunan ke dalam loyang. Aku guna loyang bulat yang besar sikit dari saiz sederhana. Dah tu... aku bakarlah sehingga masak. Rasanya tak sampai 1 jam aku bakar. Aku awalkan 10 minit.  Rajin2lah jengok2 oven tu, takut karang rentung kek tu..hahahaha!!!! sebabnya oven2 kita2 bukannya semua sama kan..kan. Tapi klu kukus mudah sikitlah rasanya. Risiko hangus tu tak adalah....kan
-
-
-



Alhamdulillah.....jadik akhirnya Kek Coklat Segera aku nie. Oklah sedap..beza sikit rasanya dengan yang kukus. Klu yang bakar nie, teksturnya agak kering. Klu yang kukus pulak lebih lembab. Ikutlah mana kita suka. Janji sedap........



Selasa, 5 Jun 2012

Tepung Kek Coklat Segera...


Tepung Kek nie..Kak Ngah aku mintak aku jualkan kepada sesiapa yang berminat hanya RM10.00 sahaja. Dia bagi aku sample nie masa aku singgah rumah dia Ahad petang bersamaan 3 Jun 2012. Dia memang minat jual2 nie. Aku pulak bukan pandai sangat (segan). Tapi dah dia bagi sample nie, aku tolong wawarkan utk kengkawan yang minat nak beli. Bolehlah buat2 simpanan utk raya nanti, senang dan cepat.


Bahagian depan

Cara Penyediaan

Aku tak sempat lagi nak cuba buat, nanti bila aku cuba buat dan menjadi aku post kat sini ya. Tunggu......!!!