Get your own Digital Clock

Isnin, 11 Jun 2012

Dah jadik - aKu BaKAr jEr...


Continue pasal Kek Coklat segera hari tu. Aku dah berjaya membuatnya, biasanya orang kukuskan tapi aku try bakar pulak, nak tengok apa bezanya.Yesss!!!! mood rajin aku sudah mari.........
-
-
-


Ok kawan2, klu nak sukat gunalah cawan mcm gini. Insyaallah tak keras dan tak lembik. YeyeOOO jer!!!
Nie first time aku cuba buat kek coklat guna tepung segera. Nantikan hasilnya..jeng.jeng.jeng



Pastu, bancuh sampai jadi macam gini, pastikan adunan dah tak berketul dan digaul rata yerrr!! Hari tu telur kat rumah aku tu kecik sikit. Jadinya aku letak 4 biji telur ayam.



Langkah seterusnya, tuangkan adunan ke dalam loyang. Aku guna loyang bulat yang besar sikit dari saiz sederhana. Dah tu... aku bakarlah sehingga masak. Rasanya tak sampai 1 jam aku bakar. Aku awalkan 10 minit.  Rajin2lah jengok2 oven tu, takut karang rentung kek tu..hahahaha!!!! sebabnya oven2 kita2 bukannya semua sama kan..kan. Tapi klu kukus mudah sikitlah rasanya. Risiko hangus tu tak adalah....kan
-
-
-



Alhamdulillah.....jadik akhirnya Kek Coklat Segera aku nie. Oklah sedap..beza sikit rasanya dengan yang kukus. Klu yang bakar nie, teksturnya agak kering. Klu yang kukus pulak lebih lembab. Ikutlah mana kita suka. Janji sedap........



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!