Get your own Digital Clock

Jumaat, 11 Oktober 2013

Kerak Roti jadi Puding Roti bersama Coklat Chip

Salam Jumaat.

Hari nie, saya nak share pasal buat Puding Roti. Sebelum nie, saya pernah buat bingka roti. Apa bezanya? ada. Setahu saya, klu buat bingka roti adunannya ada campuran tepung. Manakala puding roti tak der campuran tepung. Rasa dan teksturnya pun memang berbeza. Tak caya!!! cuba buat. Pastu mesti percaya. 

Saya juga nak share berkenaan teknik membakar Bingka Roti dan Puding Roti. Masa saya buat Bingka Roti saya bakar macam biasa. Tapi bila buat Puding Roti semalam, saya cuba teknik Bain Marie atau kata lain Double boiled @ Steam Bath. Secara teknikalnya adalah untuk mengelakkan adunan cepat hangus. Tu jer...tapi baguslah. Sajerlah, tukar teknik membakar. Tak try...tak taukan. Sbb klu tengok rancangan kat TV klu buat Puding Roti, mesti Chef tu buat teknik cam gini.

Sebenarnya...saya ada menyimpan stok kerak roti sebanyak 1 bekas airkrim. Hasil @ lebihan buat sandwish. Rasanya dan 1 bulan terbiar dlm peti ais. Nak dibuang sayang, rezeki tu.....!!!manafaatlah apa yang adakan. Nak tengok...

Kerak roti nie dan di bahagi 2. Untuk Next puding Roti ya.

Tiada sukatan khusus yang digunakan. Yang saya ingat, campurkan susu cair bersama air sikit + telur + garam + gula. Hiasan just guna coklat chip. Klu nak lembik sikit lebihkan susu cair ke..susu segar ke. Klu nak sedang2 ajer jgnlah susu tu menutupi roti2 tu. Klu nak wangi masukkanlah sedikit esen vanilla. Semalam...saya punya adunan macam nie....

Sebelum dibakar

Mula tu, tuangkan selapis pastu tabur coklat chip. Last sekali tuang semua adunan dan taburkan coklat chip sekali lagi. Jom kita intai, macam mana bakar secara Bain Marie...

Nampak tak ada air kat dlm dulang tu. Klu kering tambahlah ya....bakarlah sehingga masak dan permukaannya kekuningan
_
_
_
ting!!!ting!!ting!!
bunyi loceng tanda dah masak
-
-
 Klu makan masa panas2 best jugak sbb Rangup di permukaannya

Puding Roti yang dah sejuk dan sedia dibekalkan utk sarapan kami sekeluarga pagi nie

~ Misi Puding Roti selesai ~



Rabu, 9 Oktober 2013

Daftar Awal ..settle satu masalah

Cuti Sekolah tak lama lagi kan..kan. Haa!!! dah fikir dah, mana nak transitkan anak-anak kita. Takkan...nak bawak ke Office sehingga cuti sekolah berakhir (tak patut-tak patut). Altenatif lain antaranya mesti hantar ke kampung, transit di tadika, kita bercuti panjang, tingggal di rumah atau lain-lainlah.

Aniq,

Saya dah daftar untuk dia sertai Kem Pemantapan Al-Quran Cuti Sekolah 2013. Alhamdulillah...Aniq masih berpeluang sekali lagi menimba ilmu di Masjid Putra dari 18 Nov hingga 13 Dis 2013 dengan yuran RM100.00. Sebenarnya di situ ada dua Kem. Yang satu lagi tu, Kem Tahfiz Al-Quran. Kem ini bermula dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang dari hari Isnin hingga Jumaat. Pada saya oklah...untuk Aniq habiskan masa-masa yang terluang disitu dari dia melangok jer, tak buat apa-apa. Cuma 2 minggu terakhir tu, Aniq free (buat aktiviti bebas).

Rasanya..pendaftaran masih dibuka. Siapa cepat dia dapat sbbnya tempat adalah terhad. Klu berminat boleh hubungi no nie ya 03-8888 5678.


Selasa, 8 Oktober 2013

OLe - OLe dari SaBaH

 U-N-T-U-K

 ANiQ & AQiL

 SaYa SekeluArga & AdIK SekeLuaRga

 SaYa & AdIk


T-E-R-I-M-A  K-A-S-I-H 
T-O-K  A-Y-A-H  &  O-P-A-H







Isnin, 7 Oktober 2013

2 cawan D.A.P.A.T 14 biji


Inti karipap dah siap. Saya cuma guna kentang jer, tak der penyedap mcm ayam atau daging. Sajer nak test market. Reti ker buat karipap, selama nie tau makan jer kan..kan. Nak tergelak pun ada. Macam main masak-masak sorang-sorang. Geli hati...

Sebenarnya..masa buat inti dan doh, saya tak ikut sukatan pun. Just agak2 jer..berdasarkan pengalaman masa sekolah dulu-dulu tengok jiran sebelah rumah buat karipap. Kakak tu berniaga kuih dan lauk-pauk masa bulan puasa share dengan nenek berniaga kat pasar Ramadhan. Secara tidak langsung, kami pun terjebak masa sediakan kuih-muih dan lauk-pauk. Jadinya ilmu kelim karipap tu  dapat dari situ ler...sampailah sekarang ilmu kelim karipap masih aku ingat dan berguna walaupun aku tak pernah buat karipap sendiri. Tapi kakak dan nenek yang aku maksudkan sudah pergi mengadap Ilahi (Al-Fatihah).

Berdebar-debar you, saya siap pesan dekat En. Abg klu tak jadi jangan marah yer. Poyokan mcm nak pergi periksa. Sebenarnya takut malu..hahaha!!!!!, tu yang sebenarnya.

Karipap inti Kentang


Sebelum jadi seperti di atas haruslah jalani proses seperti di bawah
-
-
-
sediakan inti
-
-
-

sediakan doh
-
-
-

doh dan inti disatukan
-
-
Alhamdulillah...karipap kentang menjadi juadah minum petang kami sekeluarga. Insyaallah, akan repeat lagi...^%^%^^entah bila????


Sukan Sekolah 2013 ~ ANIQ


Gambar kenangan Aniq masa sukan sekolahnya Sabtu 05.10.2013.

Kontijen Rumah Merah

Kontijen Rumah Kuning

Kontijen Rumah Hijau

Kontijen Rumah Unggu
(ada juga rumah sukan warna nie...tak ganas langsung)

Aniq dengan aksinya...

 Tengah tunggu giliran utk acara golek bola dengan kayu hoki 

Acara kedua, berlari dengan tempurung buatan hehe!!!

Aqil & Aniq


Khamis, 3 Oktober 2013

KuAh~kAcaNg~SeGeRa


Dalam hidup nie, klu dah senang nak senang lagikan. Betul tak? Zaman sekarang dah ada bermacam-macam produk yang segera. Mee segera tu, tak yah citerlah.... satu dunia dah tahu. Maksud saya, macam kuah mee bandung, tepung kek coklat segera, haaa..yg nie pun special, ketupat palas sejuk beku dan yang terkini bagi sayalahkan...kuah kacang segera. 

Orang yang pertama yang perkenalkan saya dengan produk nie ialah mak mertua. Mak pesan dari kakak ipar dari Behrang. First time rasa kuah kacang segera nie, terus jatuh cinta. Macam buat sendiri, rasanya memang layan. tak yah susah-susah nak buat kuah kacang sendiri klu setakat nak cicah dengan cucur udang ke, apa ke tak kisahlah. Sekarang nie dah menjadi barang keperluan dlm peti ais. Agak-agak nak habis, cepat2 order. Pada saya, harga dengan kuantiti dan nilai yang kita dapat memang berbaloi-baloi. Kuah kacang segera tu, makcik yang jual tu pek mcm dibawah..

 Kuah Kacang Segera


 Klu tak silap, 1 bekas nie harganya RM7.00 @ RM8.00. Nie stok yang dibeli masa Hari Raya Puasa. Borong sampai 4 tapi dah dibagi bagikan rezeki nie tinggallah 2 bekas kat kita. Yang atas nie, stok akhir tapi dah order yang baru. Insyaallah raya haji pergi ambik. Ok sekarang saya tunjuk hasil setelah dipanaskan dan dicampurkan air ya.

Kuah kacang yang telah dimasak

Ok sekarang nak citer pasal rasanya pulak...pada saya rasanya pedas, manis cukup, masinnya cukup....kiranya cukup rasalah. Biasanya kami sekeluarga suka makan bersama cucur dan nasi impit. Memang layannnzzz...tak terkata. Poyokan....promosi tak berbayar hahaha!!!!