Get your own Digital Clock

Jumaat, 11 Oktober 2013

Kerak Roti jadi Puding Roti bersama Coklat Chip

Salam Jumaat.

Hari nie, saya nak share pasal buat Puding Roti. Sebelum nie, saya pernah buat bingka roti. Apa bezanya? ada. Setahu saya, klu buat bingka roti adunannya ada campuran tepung. Manakala puding roti tak der campuran tepung. Rasa dan teksturnya pun memang berbeza. Tak caya!!! cuba buat. Pastu mesti percaya. 

Saya juga nak share berkenaan teknik membakar Bingka Roti dan Puding Roti. Masa saya buat Bingka Roti saya bakar macam biasa. Tapi bila buat Puding Roti semalam, saya cuba teknik Bain Marie atau kata lain Double boiled @ Steam Bath. Secara teknikalnya adalah untuk mengelakkan adunan cepat hangus. Tu jer...tapi baguslah. Sajerlah, tukar teknik membakar. Tak try...tak taukan. Sbb klu tengok rancangan kat TV klu buat Puding Roti, mesti Chef tu buat teknik cam gini.

Sebenarnya...saya ada menyimpan stok kerak roti sebanyak 1 bekas airkrim. Hasil @ lebihan buat sandwish. Rasanya dan 1 bulan terbiar dlm peti ais. Nak dibuang sayang, rezeki tu.....!!!manafaatlah apa yang adakan. Nak tengok...

Kerak roti nie dan di bahagi 2. Untuk Next puding Roti ya.

Tiada sukatan khusus yang digunakan. Yang saya ingat, campurkan susu cair bersama air sikit + telur + garam + gula. Hiasan just guna coklat chip. Klu nak lembik sikit lebihkan susu cair ke..susu segar ke. Klu nak sedang2 ajer jgnlah susu tu menutupi roti2 tu. Klu nak wangi masukkanlah sedikit esen vanilla. Semalam...saya punya adunan macam nie....

Sebelum dibakar

Mula tu, tuangkan selapis pastu tabur coklat chip. Last sekali tuang semua adunan dan taburkan coklat chip sekali lagi. Jom kita intai, macam mana bakar secara Bain Marie...

Nampak tak ada air kat dlm dulang tu. Klu kering tambahlah ya....bakarlah sehingga masak dan permukaannya kekuningan
_
_
_
ting!!!ting!!ting!!
bunyi loceng tanda dah masak
-
-
 Klu makan masa panas2 best jugak sbb Rangup di permukaannya

Puding Roti yang dah sejuk dan sedia dibekalkan utk sarapan kami sekeluarga pagi nie

~ Misi Puding Roti selesai ~



2 ulasan:

Hai!!!