Get your own Digital Clock

Rabu, 9 Oktober 2013

Daftar Awal ..settle satu masalah

Cuti Sekolah tak lama lagi kan..kan. Haa!!! dah fikir dah, mana nak transitkan anak-anak kita. Takkan...nak bawak ke Office sehingga cuti sekolah berakhir (tak patut-tak patut). Altenatif lain antaranya mesti hantar ke kampung, transit di tadika, kita bercuti panjang, tingggal di rumah atau lain-lainlah.

Aniq,

Saya dah daftar untuk dia sertai Kem Pemantapan Al-Quran Cuti Sekolah 2013. Alhamdulillah...Aniq masih berpeluang sekali lagi menimba ilmu di Masjid Putra dari 18 Nov hingga 13 Dis 2013 dengan yuran RM100.00. Sebenarnya di situ ada dua Kem. Yang satu lagi tu, Kem Tahfiz Al-Quran. Kem ini bermula dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang dari hari Isnin hingga Jumaat. Pada saya oklah...untuk Aniq habiskan masa-masa yang terluang disitu dari dia melangok jer, tak buat apa-apa. Cuma 2 minggu terakhir tu, Aniq free (buat aktiviti bebas).

Rasanya..pendaftaran masih dibuka. Siapa cepat dia dapat sbbnya tempat adalah terhad. Klu berminat boleh hubungi no nie ya 03-8888 5678.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!