Get your own Digital Clock

Khamis, 3 Oktober 2013

KuAh~kAcaNg~SeGeRa


Dalam hidup nie, klu dah senang nak senang lagikan. Betul tak? Zaman sekarang dah ada bermacam-macam produk yang segera. Mee segera tu, tak yah citerlah.... satu dunia dah tahu. Maksud saya, macam kuah mee bandung, tepung kek coklat segera, haaa..yg nie pun special, ketupat palas sejuk beku dan yang terkini bagi sayalahkan...kuah kacang segera. 

Orang yang pertama yang perkenalkan saya dengan produk nie ialah mak mertua. Mak pesan dari kakak ipar dari Behrang. First time rasa kuah kacang segera nie, terus jatuh cinta. Macam buat sendiri, rasanya memang layan. tak yah susah-susah nak buat kuah kacang sendiri klu setakat nak cicah dengan cucur udang ke, apa ke tak kisahlah. Sekarang nie dah menjadi barang keperluan dlm peti ais. Agak-agak nak habis, cepat2 order. Pada saya, harga dengan kuantiti dan nilai yang kita dapat memang berbaloi-baloi. Kuah kacang segera tu, makcik yang jual tu pek mcm dibawah..

 Kuah Kacang Segera


 Klu tak silap, 1 bekas nie harganya RM7.00 @ RM8.00. Nie stok yang dibeli masa Hari Raya Puasa. Borong sampai 4 tapi dah dibagi bagikan rezeki nie tinggallah 2 bekas kat kita. Yang atas nie, stok akhir tapi dah order yang baru. Insyaallah raya haji pergi ambik. Ok sekarang saya tunjuk hasil setelah dipanaskan dan dicampurkan air ya.

Kuah kacang yang telah dimasak

Ok sekarang nak citer pasal rasanya pulak...pada saya rasanya pedas, manis cukup, masinnya cukup....kiranya cukup rasalah. Biasanya kami sekeluarga suka makan bersama cucur dan nasi impit. Memang layannnzzz...tak terkata. Poyokan....promosi tak berbayar hahaha!!!!





1 ulasan:

  1. Mmmmmm...mcm best jer. Favourite! Mcm mana nk dptkan? Ada contact nombor?
    ~ Lily ~

    BalasPadam

Hai!!!