Get your own Digital Clock

Rabu, 28 Disember 2011

~ Apam Gula Hangus

Resepi Apam Gula Hangus nie aku salin dari K.Shidah. Ada sekali k. Shidah bawak Apam nie kat Office, bila rasa terus... jatuh cinta nak buat. Lebih2 lagi bahan-bahan yang diperlukan mudah dan senang disediakan. Tapi kalau ada penyakit "M" hinggap kat dlm diri. Tu yang selalu delay jer..hahaha!!!! biasalah tu. Aku pun selalu kena penyakit "M" nie. Tapi malam semalam terlebih rajin pulak.


Alhamdulillah ....cubaan pertama nie, menjadi. Seronok rasanya...

Jom tengok resepi "Apam Gula Hangus" nie:-

Bahan 1 (Gula Hangus)
- 1 atau 3/4 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas

Caranya:-
Masukkan gula pasir ke dalam periuk. Pastikan api yang digunakan sederhana besar, takut tak terkontrol bila gula tu nak menghangus. Silap2 jadi gula rentung pulak hehehe!!!!
Masa gula tu dah nak hangus dan warnanya dah nampak mcm keemasan bolehlah masukkan air panas tadi. Berhati2 ya takut terperecik kat tangan atau muka. Biar mendidih kejap utk pastikan gula larut. Pastu ketepikan.

Bahan 2
- 2 biji telur gred A (aku guna 3 biji sbb telur gred B)
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 11/2 cawan tepung gandum

Caranya:-
Masukkan telur dlm blender, putar sampai kembang. Pastu masukkan minyak putar lagi hingga sebati. Setelah itu masukkan susu, putar lagi. Eeemmm....letak soda bikarbonat, putar lagi. Ok, bolehlah tuangkan gula hangus tadi ke dalam blender tadi. Blender sikit, sampai agak sebati. Akhir sekali masukkan tepung. Putar lagi hingga adunan sebati. Dah siap....senangkan, hanya dengan blender jer.


beginilah rupanya bila semua bahan2 tadi diblender 

Sementara sibuk memblender tu, bolehlah panaskan kukusan ya. Gunalah loyang yang sesuai. Aku guna loyang bulat yang kecik jer...jadi adunannya tebal dan aku kukus selama 45 minit. Insyaallah klu kawan2 buat mesti jadi. (utk elakkan air kukusan jatuh atas apam, aku guna aluminium foil utk tutup permukaan loyang)

aku potong apam nie dalam pukul 11.10 mlm, sbb dah tak sabar nak rasa

*K.Shidah terima kasih kerana sudi share resepi nie. Hasilnya memang best....lembut, tak manis dan memang sedap. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!